Jumaat, 23 Januari 2009
KERAJAAN TIDAK LAKSANA DASAR TIDAK ADIL - melayau
KUALA LUMPUR 22 Jan. - Kerajaan tidak akan melaksanakan dasar-dasar yang tidak adil atau menzalimi rakyat.
Jika perkara seperti itu wujud tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia akan diperbetulkan serta merta.
Katanya, tindakan itu perlu kerana rakyat mempunyai hak untuk menjalani kehidupan harian dalam keadaan selesa.
Beliau berkata, sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, pucuk pimpinan negara tidak pernah sesekali mengabaikan amanah tersebut kerana rakyat merupakan aset terpenting bagi negara.
''Sebagai contoh pemberian permit teksi. Jika dahulu ia diberikan kepada syarikat tetapi kita ubah dasar ini dengan memberinya kepada individu. Tujuannya adalah untuk memberi keadilan kepada rakyat.
kah kah kah….dah jatuh baru nak ikat kasut…. kah kah kah…
kah kah kah…. dah berak baru nak gali lubang…. kah kah kah….
woit…. dulu gila konsortium…..konsotium… konsotium…..makan duit buta…buat pemandu teksi kuli batak… kah kah kah…
woit…munkee yang ada 600 buah teksi tu cam mana?..... rampas balik lesen teksi… bagi pada ornag ramai….. kosortium… konsortium… ini semua trick gerombolan nak tipu orang melayu….dari tuan punya teksi … jadi kuli batak…. kah kah kah
Labels:
munkee,
Perang UMNO,
uncle don,
ziana zain
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Dah berak baru nak gali lubang MWAHAHAEUHAEUHUAEHUAHEUAE you are so the kelakar, mister Isham!
Dengan lain perkataan, najib nak bagi tahu...kroni pak lah dan yang lain-lain tu tak payahlah nak mintak apa-apa...gerenti tak dapatlah....
sekarang ni kroni-kroni dia lak yang akan sapu semuanya....kahkahkah
Bro,
Inilah salah satu kenyataan yang amat menjelekkan yang dikeluarkan oleh seorang bakal PM. Kenyataan itu bukan sahaja jelek, tetapi juga seolah-olah mahu memperbodohkan rakyat.Adakah kenyataan beliau sebagai mahu membuktikan bahawa selama ini dasar-dasar kerajaan adalah adil, telus, saksama dan bijaksana? Adakah hakikat sebenar kerajaan BN hari ini tidak pernah zalim pada rakyat keseluruhannya?
Jelas Najib kerajaan tidak pernah mengabaikan amanah rakyat malahan kerajaan akan memperbetulkan serta merta segala ketidakadilan yang dapat dikesan.
Bro,
Inilah kenyataan yang berbau politik memperbodohkan rakyat. Saya berani berkata demikian kerana selama ini kita mengetahui pelbagai skandal telah wujud tetapi tidak ada satupun tindakan drastik yang telah diambil untuk membendungnya.
Kita ambil contoh pemberian permit teksi pada 2006 yang mana Datuk Seri Nazri Aziz telah mencabar supaya dikemukakan bukti seperti mana dakwaan pihak tertentu bahawa wujud unsur-unsur rasuah dalam pemberian 6000 permit teksi.
Berang dengan cabaran itu, Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Taxi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Pertekma) telah menyerahkan dokumen dan membuat laporan rasmi kepada BPR. Menurut presidennya, sejumlah 6000 permit telah diberikan kepada seorang individu melalui 19 buah syarikat! Adakah ini adil kepada pemandu-pemandu teksi yang masih tidak mendapat permit teksi sebaliknya terpaksa menjadi kuli kepada syarikat-syarikat yang memperolehi permit teksi? Apa hasil siasatan yang diperolehi BPR?
Satu lagi penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan ialah isu AP pada tahun 2005.Ini salah satu isu yang telah menyentak hati dan kalbu rakyat kerana penglibatan kroni yang terlalu banyak daripada anak Mahathir sendiri, Menantu Rafidah, bekas pegawai MITI dan individu UMNO yang tertentu.
Cuba bayangkan satu petikan yang saya dapati daripada satu artikel seperti berikut:
1 kereta import dari Korea 1.0 litre diisytiharkan oleh pemegang AP bernilai RM8,762 dan apabila dicukai menjadikan RM22,868. Tetapi pemegang AP menjual kenderaan itu dengan harga RM46,000.Inilah dia untungnya menjadi kroni kerana mendapat habuan yang lumayan hasil dari putar belit dan tipu muslihat mereka.Itu hanyalah contoh satu dalam beberapa ribu AP yang berada dalam tangan syarikat kroni.
Bro,
Banyak lagi yang boleh kita jadikan sebagai renungan bersama supaya kita semua tidak tertipu dengan dakyah penipu-penipu yng berkeliaran di mana-mana sekarang ini.Cuma masa sahajalah akan menjadi saksi tumbangnya kerajaan yang tidak pedulikan kebajikan rakyat yang pelbagai.
RAKYAT TIDAK BODOH!!!!
Catat Ulasan