Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 13 Februari 2009

CISS DERHAKALAH KAMU !


Apabila Hang Jebat bangun melawan Sultan Melaka itu bukan menderhaka. Hang Jebat membetulkan apa yang salah. Bendahara Melaka tidak membunuh Hang Tuah, walau pun telah dititahkan oleh Baginda Sultan. Tindakan Bendahara ini juga bukan menderhaka. Bendahara membuat pekara yang betul. Sultan Melaka yang salah.

Derhaka adalah satu konsep yang wujud dalam pembudayaan Melayu. Kita selalu mendengar Anak Derhaka. Konsep derkaha berkait rapat dengan perintah. Anak dikatakan derhaka terhadap ibu bapa jika TIDAK menurut perintah emak dan ayah.

Derhaka disini di gunakan untuk mendidik anak-anak agar mendengar cakap orang yang lebih tua. Atau nasihat dari orang yang lebih berpengalaman. Ianya adalah pagar budaya agar mereka yang lebih muda dan kurang berpengalaman tidak akan terjerumus membuat kesilapan.

Konsep pembudayaan Melayu untuk mendidik anak-anak ini telah ‘dirampas’ dan ‘dirompak’ oleh gulungan feudal Melayu untuk menerap dan memperkukuhkan kuasa feudal mereka terhadap manusia Melayu.

Sistem ekonomi feudal didalam dunia ini memiliki ciri dan pola yang sama. Sistem feudal muncul di zaman peralihan tamadun manusia, di zaman manusia mula hidup berkelompok dan berpuak-puak. Secara tersendiri dalam kelompok-kelompok ini akan lahir pemimpin, gedebe atau kepala. Mungkin kerana badannya sasa dan berani bertempur. Mungkin kerana dia memiliki bakat pimpinan. Kalau dalam budaya Melayu susuk ini pandai ilmu silat dan keilmuan batin.

Akhirnya di Kampong Hulu ada pemimpi muncul. Di Kampong Hilir ada juga gedebe kampong. Pemimpin atau gedebe ini ini diperlukan untuk memberi arah tauladan ketika bekerjasama, berseraya atau bergotong royong ke hutan mencari makanan, mencari rotan, membuat rumah beramai-ramai atau ke sawah bersama-sama. Yang menjadi kepala atau yang gedebe ini akhirnya di anggap menjadi Tok Penghulu.

Budaya ini masih dipakai lagi di kalangan Orang Asal. Pemimpin mereka di panggil Tok Batin. Tok Batin ialah Tok Penghulu untuk Orang Asal. Kalau di Negeri Sembilan mereka ini menjadi Kepala Adat atau Datuk Undang.

Apabila masyarakat mula berkembang maka kumpulan-kumpulan ini menjadi besar. Kadang kala mereka bersatu. Ada yang bersatu kerana perkahwinan. Ada yang bersatu kerana keperluan ekonomi yang memerlukan lebih ramai tenaga untuk membuka sawah atau ladang yang lebih luas. Atau mereka bersatu kerana ada musuh dari luar datang merampas tanaman, sawah padi atau anak isteri mereka.

Dari sinilah munculnya mukim, daerah, wilayah dan akhirnya menjadi negeri. Kalau kita membaca buku Sejarah Negeri Sembilan, Sejarah Perak, Sejarah Kelantan – kita akan temui pergaduhan antara wilayah-wilayah ini. Kepala Tok Batin Negeri Sembilan bergaduh dengan Tok Batin Johor. Mereka berebut harta, tanah dan kekayaan. Akhirnya gedebe Negeri Sembilan ‘derhaka’ tidak lagi mahu menurut cakap dan ‘arahan’ gedebe Johor.

Harta dan kekayaan yang di rampas dan terkumpul menjadikan gedebe, Tok Batin atau Tok Penghuu ini berupaya untuk mengupah lebih ramai orang untuk bekerja di tanah hartanya. Jika ada pula tanah yang subur akan di teroka lagi oleh orang-orang upahan. Maka harta gedebe ini semakin banyak. Akhirya dengan harta yang banyak Tok Batin, Gedebe atau Tok Penghulu ini mendirikan bala tentera untuk menawan lebih banyak lagi tanah adan harta.

Dari sinilah timbulnya konsep Raja atau Sultan. Gedebe-gebebe ini kerana memiliki harta dan tentera lalu mengakui diri mereka sebagai Raja. Untuk terus menakut-nakutkan orang kampong di buat pelbagai cerita-cerita karut bahawa Raja ini keturunan dari Atas Angin, atau dari dunia kayangan atau seperti Raja Jepun mengakui mewakili Tuhan di atas dunia ini. Semua ini karut marut.

Dalam budaya feudal Melayu ditimbulkan pula konsep tulah – ertinya tidak boleh melawan kuasa Raja. Kalau melawan akan tulah. Bila tulah rakyat biasa akan sakit dan ubatnya kadangkala di cadangkan oleh bomoh ialah meminum air basuh kaki Raja. Lihatlah bertapa lebong dan kelentongnya gedebe-gedebe yang mengakui jadi raja ini. Ini berlaku di Tanah Melayu 600 atau 500 tahun dahulu. Justeru semua ini di terima pakai oleh manusia Melayu pada ketika itu.

Apabila penjajah British datang mereka melihat Raja-Raja ini boleh dijadikan orang perantaraan atau kadangkala jadi kuda tunggangan untuk diarah ke hulu ke hilir oleh British. British menggunakan Raja Raja Melayu sebagai orang tengah untuk melembutkan hati Melayu agar manusia Melayu tidak bangun memberontak melawan penjajah.

Marilah kita sama-sama ketawa kerana Raja-Raja yang dikatakan berdaulat ini tiba-tiba hilang daulatnya bila berhadapan dengan tentera British. Daulat Raja Melayu tidak boleh memakan Mat Salleh. Tulah Raja Melayu pun tidak ‘mengeras’ kepada Mat Salleh. Tidak ada soldadu British yang jatuh sakit kerana tulah Raja Melayu.

Mat Salleh sampai kiamat pun tidak akan meminum air basuh kaki Raja Untuk mereka ini kerja orang gila. Terbukti tidak ada daulat raja disini. Daulat sebenarnya ialah soldadu dan alat tentera British yang lebih canggih dari keris dan tombak Raja Melayu. Bom dan senapang British adalah daulat dan kuasa. Terbukti daulat dan tulah ini hanyalah cerita karut marut.

Justeru, penjajah British telah memecahkan tembelang daulat Raja, keramat Raja dan segala macam cerita-cerita karut tentang Raja-Raja Melayu. Akhirnya apa yang tinggal hanyalah slogan – Orang Melayu Pantang Derhaka Terhadap Raja.

Pantang Derhaka Terhadap Raja ini di jual kepada manusia Melayu kerana hendak membodek British. Ini kerana ada Gedebe-Gedebe Melayu dan penyokong-penyokongnya telah berani bangun mengangkat senjata melawan British. Ciss, pantang Melayu derhaka pada Rajanya adalah slogan karut yang digunakan agar manusia Melayu mengikut Raja yang kini telah menjadi pengikut dan pembodek British.

Ciss, Melayu Pantang Derhaka disini bermakna Melayu jangan melawan kuasa British.

Pada hari ini tahun 2009 konsep tidak boleh derhaka terhadap Raja terbukti konsep karut. Pembudayaan Melayu telah berubah jauh dari 500 tahun dahulu. Kita sebagai manusia – Melayu, Cina, India atau sesiapa sahaja - memang di larang untuk TIDAK MENDERHAKA tetapi bukan kepada Raja. Kita sebagai manusia tidak boleh menderhaka terhadap kebenaran dan keadilan. Kita sebagai manusia tidak boleh derhaka terhadap Yang Maha Esa.

Hang Jebat tidak derhaka. Jebat telah melakukan apa yang wajib dilakukan kerana Sultan Melaka telah menjadi zalim dan memerintah mengikut kata hati. Datok Bendahara tidak mengikut titah Sultan Melaka untuk membunuh Hang Tuah kerana Bendahara sedar Sultan berada dipihak yang salah.

Yang salah tetap salah. Yang benar tetap benar. Jika Ayah yang salah maka ayah wajib di tegur. Ibu yang salah maka ibu wajib di ingatkan. Jika Adik Kecil yang betul maka Adik Kecil wajib didengari. Salah dan benar bukan kerana derajat, umur atau kerana dia Datok, Tun, Hukam , Hakim, Batang Seri atau Sultan.

Kebenaran dan keadilan bukan di monopoli oleh Raja, Sultan, Czar, Emperor atau Maharaja. Kebenaran dan keadilan adalah milik semua. Kita tidak perlu takut untuk menderhaka kalau kita menderhaka demi kebenaran dan keadilan. Malah dalam hidup ini kita diwajibkan menderhaka dan digalakan menderhaka demi kebenaran. Menderhakalah beramai-ramai jika menderhaka ini untuk kebaikan ramai
. (TT)

( Telah di siar dalam Harakah )



65 ulasan:

Che berkata...

aku rasa la, yg patut jd raja malaysia ialah ayah pin!..sbb org minum air basuh kaki dia. kalu x caya korang tgk video marketing dia...syok gila india kt batu cave minum air basuh kaki dia.. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Ayah Pin..KAH KAH KAH KAH..satu catatan panjang lebar dan penuh makna!..TQ TT...hahaha

Tanpa Nama berkata...

kalau dah taksub, benda salah pon nampak betol. ye dak...
sanggup bukak cerita 500-600 tahun dulu eh. hehe.

yelah, kalau da cinta, semua benda pon terima.
gajah depan mata tak nampak, semut yg kat sberang laut pon bleh nampak die pnye tahi lalat.

ehem-ehem berkata...

Best best best best aku pun ada rasa macam tu juga..... tapi tak berapa nak clear, bila dah baca tulisan anak rais (bukan cucu yatim) ni baru jelas.....


ntah otak jenis apa la mamat ni.

nami o fish berkata...

sama la dengan si bongkok tanjung puteri,sama la dengan laksamana bentan.mereka ni seangkatan dengan hang jebat.

apapun cuba la kita observe negara jiran tetangga kita di indonesia.Aku berani cakap - 90 peratus dari kaum Bani Melayu berasal dari Indonesia.Lagi 10 peratus tu mungkin datang dari Selatan Thai atau Orang Kemboja.Ini fakta,bukan benda menipu.Geng-geng Mat Gelap dan Mat Jilbab tak dikira.Mereka bukan dari Nusantara.

Indonesia - sebuah republik.Mereka takde apa-apa masalah pun.Mereka tak bergantung pada raja pun.Bahkan bahasa Ibunda mereka terangkat,mereka berbahasa Indonesia dengan megah,hingga Cristiano Ronaldo dan Zinedene Zidane terpaksa membuat iklan dalam bahasa Indonesia.Kita?Baru Sazzy Falak,Diana Danielle dah nak berbahasa Inggeris.Dalam istilah aku,aku kata Bani Melayu di Malaya kebanyakannya poyo.

Di Indonesia mereka lelong saja harta raja,pasal pada mereka tak bermakna apa-apa pun.Mereka mahu rakyat jadi pendukung daulatnya.

Mungkin rasuah zaman Suharto terlalu bejat hingga sukar nak dipulihkan,tapi percayalah - Indonesia akan bangkit kembali.

Dan mereka bangkit tanpa ada raja.

Republikkanlah hidup kita!Baru boleh kata rakyat yang berkuasa!

zack berkata...

Menarik sekali ulasan saudara TT...!!
Memang benar British menggunakan raja2 melayu untk kepentingan mereka dan........ sebaliknya raja dapat mengekalkan kuasa keatas rakyatnya.Pengajaran dari ulasan kejadian ini - raja2 dan sultan di Malaysia sebenarnya menjadi kuda tunggangan UMNO sejak dulu lagi.Selepas British meninggalkan tanah melayu mereka telah mengasaskan penubuhan UMNO yg sememangnya ditubuhkan dengan persefahaman raja2 disamping pengekalan kuasa...mereka juga dijanjikan penghormatan tertinggi oleh UMNO supaya orang2 melayu akan tunduk hormat kpd raja...justeru itu walaupun UMNO menderhaka kpd raja2 ...raja2 tidak boleh bersuara kerana mereka tahu UMNO adalah pelindung mereka...memang tidak dinafikan lagi disaat UMNO sedang nazak ini mereka manggunakan raja2 dan kesultanan melayu sebagai talian hayat....

bik najis berkata...

tulisan anda, inspirasi kami

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Dalam zaman era robotik yang kini dimasukkan elemen perasaan manusia, homo sapien yang berasaskan karbon semakin tidak relevan dalam menghadapai sistem bumi yang semakin bergantung kepada kedudukan planet bumi dalam sistem solar.
homo erectus yang wujud lebih 1.5 jta tahun dahulu memalui evolusi fizikal dan sosial. Dalam masyarakat pasca mdernisme, sistem kelas semakin menghakis dan menjadi satu polemik yang meningkatkan kos kehidupan spesis ini di seleruh permukaan bumi.
Kelas feudal tidak ada tempat dalam dunia pasca modernisme ini.
Kejumudan sebuah masyarakat akan menigkatkan kos kehidupan dan mengurangkan keupayaan bersaing dengan negara bangsa lain.
Sistem feudal adalah sejarah lama yang kini menjadi tauladan kepada semua masyarakt di atas 6 wilayah dan benua dunia. Ia satu lambang kemunduran dan kegagalan untuk maju kehadapan.
Negara yang mahu terus kekal dengan sistem feudal ini akan terus undur dan tidak akan melepasi separuh dari abad 21 ini.

jabsp berkata...

kepala kepala gerombolan pun sedar akan benarnya catatan Isham ini terutama penternak monyet.tetapi disebabkan pengikut gerombolan adalah mereka yang bolih diperbodohkan,kepala kepala gerombolan pun berlagak bodoh untuk terus memperdaya orang bodoh.terlalu banyak filem filem Allahyarham P Ramlee yang mendahului pemikiran yang ada hubung kait dengan raja sepatutnya telah dapat menyedarkan manusia melayu ,siapa kah raja raja ini.

ahba2u berkata...

Sebab itu Melaka tak der sultan. Tulah kerana menderhaka. heheh haha ha hahahah huhuhu ho ho i

Tanpa Nama berkata...

satu lagi bro..warna kuning tu sapa yang punya..

PENGEMIS DI TEPI JALAN berkata...

Masa isu "NATANG" di terengganu tak timbul pulak ISU DERHAKA, Bila kat perak Nizar lambat letak jawatan timbul pulak DERHAKA, Siapa yang mengajar DERHAKA ni kalau bukan UMNO sendiri...bosanlah UMNO ni,nampak sangat ahli-ahli yang tinggal dalam UMNO ni HAPRAK

skinhead berkata...

seperti biasa bro TT (bukan TT Boy)membuktikan melalui entri ini beliau adalah among the sharpest cats in this region. keep it up, bro!

Tanpa Nama berkata...

Jika diberi pilihan antara kebenaran dan keadilan, saya lebih memihak kepada kebenaran

uhang kinchai berkata...

Satu ketika dulu aku pernah menghadiri majlis meraikan pasangan pengantin baru (staff) berbangsa Cina di sebuah restoran Cina terkemuka di KL. Kami staff bangsa melayu dihidangkan makanan Halal yg dipesan khas melalui caterer luar manakala yg bukan muslim dihidangkan oleh restoran itu sendiri.

Boss kami yg juga secara kebetulan seorang anak raja di salah sebuah negeri di semenanjung juga tidak ketinggalan diberi meja VIP khas utk tetamu muslim.

Anak raja tersebut bersama isteri hanya duduk seketika di meja Halal & segera beralih ke meja "Tidak Halal" apabila makanan dihidangkan.

Apa yg memalukan kami, didalam 9 jenis hidangan (dari list menu) ada 2 jenis hidangan yg tertulis perkataan P**k. Anak raja tersebut & isteri tidak henti2 mengunyah dari awal hingga sesi tamat.

Peristiwa tersebut menghantui jiwa aku hingga kini...

Kini lidah aku amat berat sekali nak melaungan perkataan "Daulat Tuanku".

Tanpa Nama berkata...

tulisan yang mantap comrade hisham. saya masih ingat lagi tulisan comrade mengenai ekonomi adalah punca manusia primitif keluar dari gua-gua di Kenya. huraian comrade amat tepat sekali.

yang benar,

Lan Anarkis

Abuarif berkata...

Seronak dengan artikel ni.Tapi mereka yang dah terminum air basuh kaki tak akan terima punya.Saya dah beberapa kali bila sambut raja melawat saya tak lakukan sembahan,saya cuma bagi salam dan bersjabat salam.Raja tak kata apa pun ...yang bermasaalah adalah pengampu kiri kanannya saja yang sibuk hingga nak terkeluar biji mata.PEDULIKAN DIA.

trendkill berkata...

hah haa.. tahniah bro.. ini adalah 1 tulisan yang baik.. gua setuju je dgn setiap huruf, perkataan dan ayat dlm penulisan ni.. brilliant!

Alias Mohd Yusof berkata...

Masa tu Hang Jebat tak pergi sekolah, jauh sekali nak masuk universiti. Kepada Hang Jebat, dia hanya tahu raja dan keturunannya saja yang boleh memerintah dan berkuasa.
Kalau Hang Jebat masuk sekolah masa tu, tentu dia akan rampas kuasa dan buat pilihanraya umum, hapuskan raja dan dia buat sistem politik kerakyatan, atau sistem politik kemasyarakatan atau mungkin sistem pemerintahan hulubalang atau apa-apa lagilah asalkan bukan sistem raja.
Internet pun tak ada masa itu untuk dia melepaskan geram dan rasa tidak puas hatinya melainkan diambilnya keris taming sari, lalu diamuknya satu Melaka.

Niel berkata...

well said. but hw many will realise this amidst all the heavy propaganda from u-knw-who?

Tanpa Nama berkata...

bodo. terkial2 nak tegakkan benang basah.

Mohd Fadhil berkata...

Assalamualaikum Bro Hisham!

Sebenarnya Para Sultan dan juga Raja ini juga mempunyai jasa yang sangat Besar kepada seluruh alam Nusantara.

Maksud saya...kalau Parameswara tidak memeluk Islam saya yakin kita semua akan masih sebok menyembah pokok, bulan dan matahari.

Oleh kerana taksubnya kita pada Sultan pada masa itu...kita juga turut memeluk Islam!

Pada saya itulah jasa Para Sultan dan Raja yang sangat besar untuk semua Umat Islam di alam Nusantara!

Dengan Islam juga barulah saya memahami apa maksud Adil yang sebenarnya!

Masa berlalu dengan pelbagai jenis peperangan menyebabkan manusia yang tak berhak/tak layak dilantik menjadi Sultan oleh anasir luar.

Mereka-mereka inilah yang membuat taik kepada sistem Beraja negara ini. Mugkin juga TULAH wujud ketika puak-puak ini memerintah!

Kalau Bro Hisham ada masa sila lah lawati bog ini http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ bagi mendapatkan pandangan lain berkenaan Para Sultan dan Raja di Malaysia ini!

Saya serah kembali kepada Bro Hisham!

Assalamualaikum!

Mohd Fadhil Hariri

Edyes berkata...

Republic Malaysia?

fredo berkata...

raja...??

aku da x percaya..

mkn mnum pon rakyat tangung..

daulat buritan anda!

fudzail berkata...

Jangan lupa Tengku Razaleigh pernah derhaka pada ameno

Tanpa Nama berkata...

Tulisan yang membuka minda..keep up bro..

jd

mr_abubakr berkata...

syabass...

jawa peranakan berkata...

DERHAKA YANG PALING BAHAYA IALAH DERHAKA KEPADA ALLAH DAN RASUL..

Tanpa Nama berkata...

yang saya tau raja ni ada empat jerr..
1.raja lekuk
2.raja diamon
3.raja kelawar
4.raja sepit

biasa main terup..

Penyu Belimbing berkata...

ini baru sejarah namanya, cuma dalam dunia hari ini tak ramai yang berani membetulkan apa yang silap. Hinggalah konsep raja berkuasa mutlak ni nak diwujudkan semula. Prof aku pernah cakap, sejarah masa lampau mencerminkan keadaan yang berlaku masa kini. Apabila Britih datang ke Tanah Melayu, kuasa raja mula dikurangkan oleh British, satu hal yang bagus la juga kan. Kalau tak sampai sekarang la agaknya anak bini rakyat kena rogol dek sultan.

RajaKari berkata...

Raja-raja ni dari dulu sampai sekarang adalah alat pengangkutan yang sangat berguna.Ia juga boleh mengalami evolusi seperti teori darwin yakni kalau dulu raja pendukung agama tetapi sekarang penerajang agama.
Dulu,Mat salleh menunggang kenderaan ini sebab nak tawan tanah melayu, sekarang penunggang baru namanya ameno.

RAJAH GOPPAL berkata...

Saya biasa saja, orang tarak sembah saya pun tarak apa, sebab saya kerja juga, saya tark kira siapa, ini tahun sapa tarak kerja tarak boleh makan punya, kerja mesti kuat, itu saya punya anak punya bini jalan-jalan biasa saja tapi kerja kena kuat

IKLAS DARI

RAJA GOPAL

Tanpa Nama berkata...

sebilangan raja & kerabatnya kat malaya ni cam taik kucing kurap pada aku..cam ketam mengajar anaknya berjalan betul le....

Tanpa Nama berkata...

apa yang bagus sangat raja, sultan dan kerabat ni. benda2 ini semualah yang memundurkan minda org melayu,sikit2 campurtangan istana,derhakalah,mendaulatkan institusi berajalah apakah sumbangan diorg ni kepada rakyat,setakat bagi gelaran datuk, pingat kat rakyat bolehlah. aku lebih suka sistem pemerintahan republik.itu sebenarnya adalah sistem pemerintahan yang terbaik.

Tanpa Nama berkata...

Aku pun tak tau la sampai bila la kita nak ada sultan nie......

Kata ketua agama....tak pernah aku dengar dia jadi imam orang sembahyang jumaat... lain-lain waktu tu tak tau la..

Nak kata jaga kepentingan orang melayu.. yang aku nampak membuli ada ler..

terpikir juga nak jadi republikan...

Aiman berkata...

kpd sdr. "tanpa nama":

warna kuning tu warna taik.

Tanpa Nama berkata...

kpd sdr. "tanpa nama":

warna kuning tu warna taik.

Taik cirit, yg terhasil akibat memakan daging dan susu babi, juga minuman keras.

Awan Lahon berkata...

hehehe

Tanpa Nama berkata...

orang bodoh tiada tamadun aje yg derhaka sultan..

Tanpa Nama berkata...

memang benar apa yang saudara Hisham tuliskan didalam artikel ini....berani menderhaka pada yang palsu,yang tidak benar and yang kejam. Mari kita sama-sama mengamalkan prinsip "Amal Maaruf, Nahi Mungkar".
Syabas Hisham.... kaulah yang berani dan benar.

Perakian.

Sepukal berkata...

Satu kupasan kemas dan mudah dari penggunaan filsafah ideologi dialektika-sejarah Marxis yang tepat pada waktunya oleh sosialis Melayu!

Terima kasih daun keladi, kalau ada hendak lagi.

Mahmud-Mahmud akan muncul pada setiap zaman...begitu juga Jebat dan Nadim!

outspokenbt3 berkata...

apa yg TT cakap tu ada betulnye, zaman raja2 dah berlalu, hidup kita didunia ni, hala tuju yg penting, jangan yang kaya semakin kaya, yg miskin papa kedana,jika agihan harta negara diberi sama rata maka tiadalah penderhakaan (kata org Be eNd laa)sokong mana yg benar, takbirrr, refomasiiiii

Tanpa Nama berkata...

Kalau Pair raja dengan Pair Sat mana menang...kalau pair sat menang mana boleh derhaka la..pasal sat lagi besar dari pair king...koh..koh..koh

Tanpa Nama berkata...

duk istana garu telo pun dapat duit...dahla duit rakyat,tapi rakyat pula diketepikan & dinafikan haknya...kalau aku la jadi bos kat istana tu,dah melecet dah telo aku ni...duit pun for sure byk habis kena buat pembedahan plastik ganti kulit baru...at least,kurang sikit dah kedutnya...haha

firefly berkata...

bro....another well written one, full of wisdom!

bozzobattousai berkata...

aku sokong...pada aku derhaka atau tidak itu subjektif...yg benar harus ditegakkan...yg salah harus digulingkan...ari nih zku nak blik ipoh nak tengok apa dah jadi kat tanah tumpah tempat lahir aku...adakah dah dikaramkan karpal atau jadi werewolf akibat mengambangnya bulan hijau....

Rakyat Biasa Yang Meluat Dengan Perangai Raja Melayu Yang Pro-UMNO berkata...

RRM = Republik Rakyat Malaysia

Dirgahayu RRM!!!

Tanpa Nama berkata...

Well said isham.....

Fieqah berkata...

kenapa Sultan mesti ade kene mngene dengan orang yang berkuatkuasa dalam Islam..

kononnya Sultan la orang yang berkuasa dalam segala hal tentang islam..

Padahal,

bini2 + anak2 pompuan sultan pon x pakai tudung. yang pakai tudung boleh dikira dengan jari

bende paling simple pon mereka tak ikut, lagi la solat, zakat, dll...

macam mana nak jadi contoh rakyat,

sekarang da zaman siber, kalo derhaka pun x kene tulah... lol..

Khun Pana aka johanssm berkata...

Terbukti lah bahawa sistem casta masih wujud dalam tahun 2009 Masehi.
Raja tak bolih di soal, Sultan tak boleh di dakwa.
Ini ialah sistem kasta.


Ada kah di mata raja dan sultan bahawa-
Rakyat ini baruah ?
Rakyat ini mangkok ?
Rakyat ini pariah ?
Rakyat ini tukang cuci kaki raja ?

Ada kah ini cara Islam ?
Bukan nya mahu cabar, bukan nya mahu calar dan bukan lah mahu raja makan cabai.
Buat lah cara baik dan adil dan yang bolih diterima pakai olih semua rakyat.
Bukan minta buat kenduri tapi cuma minta buat undi.

Tanpa Nama berkata...

raja zalim raja disanggah, raja adil raja kapor. Meluat aku tengok raja2 nie, kaya pakai duit rakyat. Keje menghabiskan boras.

Tanpa Nama berkata...

aku taksub sgt xcaya raja2..raja petra ko org pecaya x ape yg dia tulis,ada gk raja2 yg baik..cian dia smpai kena ISA tau..la ni masuk mahkamah pasal kes najis,dia wat ni utk pekara yg betul.
amacam bro isham,hang pecaya kt raja sorng ni x..
Yg kita kena buang raja kapur..ari2 nk kapur harta rakyat je..

Tanpa Nama berkata...

Sultan Selangor pun Tegur Sultan Perak...

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/18308-dont-be-rude-says-selangor-sultan

A K U berkata...

Assalamualaikum...

Konsep derhaka juga digunakan oleh sebuah parti yang memperjuangkan "Hidup Melayu" untuk mentarbiah ahli dia supaya tidak melawan ketua... Siapa yang melawan dianggap penderhaka... Maka ramailah yang jadi tukang angguk.. apa sahaja yang ketua suruh...
Wassalam..

TS Malaya berkata...

Malaysia ada 9 orang raja.Thailand ada seorang raja sahaja. Boleh selesai masalah negara.Rakyat sokong raja.Di sini kesian aku tengok rakyat Melayu yang beraja Melayu.Orang Melayu yang layu di negara sendiri.50 tahun merdeka raja Melayu ada membantu dengan menubuh Yayasan untuk membantu orang Melayu?Setakat ni...........?????

Tanpa Nama berkata...

agaknya sultan2 yg hampir dgn ajal ni Allah tunjukkan dulu perangai sbnr mereka kpd rakyat sbb mereka memikul amanah yg plg besar iaitu sebagai ketua agama.

yg memikul amanah dgn baik InsyaAllah, di akhir usianya yg baik2 sahaja Allah pamerkan tetapi yg tak memikul amanah, cthnya yg baru meninggal baru ni (minta Allah ampunkan dosaku krn bercerita ttg org yg dah mati), seblm dtg kematian dan sblm dikebumikan terbongkar segala kejahatannya dan anak-beranaknya.

skrg giliran sultan negeriku. semoga sempat bertaubat dan mohon keampunan kepada rakyat jelata yang dizaliminya kini.

dgn sultan perak, mahathir dan pak lah boleh lg kalau aku nak ampunkan dosa mereka andaikata mereka mohon ampun secara terbuka kpd rakyat, tp dgn najib... mcm tak de ruang kemaafan utk dia sbb sejahat2 manusia aku rasa dia ni di muka bumi m'sia ni.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu Bro,

Kita ajar budak kita bagi finger kat Raja, baru cool! Baru rock, baru bebas bersuara. Tak ada rasis tak ada korup. Tgak puas hati kita ikut cam thailand, indon baru cool. Baru negara kita maju. Baru boleh sembahyang dengan aman. Dia orang UMNO dan MElayu ni memang leceh lah!

Keep it Um Bro. U my Man!!

Cepok

Tanpa Nama berkata...

Inside source reveals FEMA & DHS preparing for mass graves and martial law near Chicago

http://www.abovetopsecret.com/forum/thread436610/pg1

Cokolat Angin berkata...

Kalau kita umoq panjang kita dapat lihat institusi raja di M sia terhapus kena kerja dengan cucu cicit kita.Tunggulah tengok.Ini titik mula lepas ini ada cerita lain pulak berkaitan dengan raja2 atau sultan2 kita, bertempur dengan rakyat.Aku pasti lagi 50 tahun mereka ni semua jadi bahan cerita History Channel kat Astro saluran 555.

Tanpa Nama berkata...

bro hisham... kalau satu kerabat ( royal) yamg masih boleh dihormati di rantau asia ialah RAJA THAILAND ( kerabat RAJA MONGKUT ). Berjaya membawa negara tanpa dijajah oleh kuasa asing. ... Yang diMALAYSIA pulak ???... mmmmm...

Tanpa Nama berkata...

menderhaka kerana kebenaran adalah hak milik setiap insan...

Republik Rakyat

Tanpa Nama berkata...

takde tulahnya derhaka derhakui ne..aku setuju beno ngan brader rais kite ne..taik raja pun sama ngan taik kite..klu taik dia ada emas perak aku yg dulu ke depan nak minum air basuk kaki die kah kah kah daulut tua kutuk..kah kah bravo brader rais...

abdullah berkata...

Seorang kawan selalu berpesan kalaulah raja atau sultan memberi kebaikan dan kemakmuran serta menjaga orang melayu maka orang melayu wajib menambah sultan atau raja untuk setiap mukim dan daerah tetapi jika raja atau sultan yang ada ini membebankan orang melayu kita wajib hapuskan.

Tanpa Nama berkata...

Seorang kawan selalu berpesan kalaulah raja atau sultan memberi kebaikan dan kemakmuran serta menjaga orang melayu maka orang melayu wajib menambah sultan atau raja untuk setiap mukim dan daerah tetapi jika raja atau sultan yang ada ini membebankan orang melayu kita wajib hapuskan.

Master Yoda berkata...

Salam Tok Hisham,

Raja KAPOOR takde masuk ka dlm ini wayang???

Kah kah kah...

Arwah P. Ramlee: Sape kau?

Aziz Sattar: Aku Raja

Arwah P. Ramlee: Raja mana?

Aziz Sattar: Raja Kapoor

Kah kah kah...

gmusang7 berkata...

apa nak kisah dengan raja ni,kt kmpung mak aku bersepah raja...semuanya xpandang pun