Isnin, 16 Februari 2009
LAPORAN POLIS: GAPENA DI BIDAS - melayau
KUALA LUMPUR 15 Feb. - Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) kerana membuat satu laporan polis terhadap kementerian itu hari ini.
Laporan polis Gapena itu adalah bagi membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Hishammuddin yang dihubungi oleh Utusan Malaysia mempersoalkan agenda Gapena kerana bertindak selepas enam tahun dasar itu diperkenalkan.
Menurut beliau, tindakan badan gabungan penulis itu juga boleh menjejaskan kredibiliti mereka suatu hari nanti.
"Laporan polis? Enam tahun tak buat apa-apa, tiba-tiba buat demonstrasi anjur itu ini, saya tidak tahu apa sebenarnya agenda mereka.
kah kah kah… DULU TAKUT PADA MADEY…. kah kah kah…..
woit…. TAK KAN TAK FAHAM… kah kah kah… TAK SEDAR KE ?... kah kah kah
woit… APA AGENDA MEREKA ?... kah kah kah…. APA NGOK SANGAT ?...kah kah kah…
woit… MEREKA HENDAK MATHS DAN SAINS DI AJAR DALAM BAHASA IBUNDA … kah kah kah…. TAK KAN TAK TAHU… BERAP KALI DIA ORANG SUDAH CAKAP…. kah kah kah
woit ... MEREKA JUGA TANYA MENGAPA NAMA MASIH UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION....kah kah kah....
woit... TAK KAN TAK ADA NAMA MELAYU.... CAKAP KETUANAN MELAYU... kah kah kah
Labels:
MEMBANGUN KAN MINDA MELAYU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
GAPENA ni apa bnda haaa?? jenama pen ker apa? selalu nk cari publisiti murahan! padahal apa yg depa2 tu buat keje?
Bro,tunggu 10 tahun lagi.
Bila bahasa Inggeris dah tak relevan,dia akan tukar Bahasa lain pulak.
Mana tau bahasa Sepanyol ke,Perancis ke,bahasa Zulu ke...
tender print buku boleh bagi2..kan kan?
Bro, gua memang pembangkang tapi dlm hal ni gua cakap terus terang la...math and sains dlm bahasa inggeris gua memang sokong,byk kelebihan spt yg di bincangkan..bla..bla.. memang sepatutnya dari dulu lagi...supaya tak la bengap sgt anak2 kita..tapi tang dpt project untuk kroni2 umno tu gua memang bantah...tujuan dia memang gua sokong..gua dah kali merantau banyak negara..dan gua rasa gua layak bagi pendapat...objektif memang amat bagus, orang kita ni kalau x paksa x buat dia...tu la..kena paksa..kalau x susah nak maju... nak belajar bahasa melayu byk lagi mata pelajaran..semua guna b.melayu..nak lagi hebat masuk sastera la.. jgn amik sains tulen.. b.melayu akan terus dipakai..jgn bimbang..kita perlu rasional x semua yg depa buat tu kena tolak..sokong sokong jugak bro...otak kena pakai...
mat jering
Mat Jering...Lu ingat bro Hisham ni tak penah outstation ke....dia siap duk kat luar negara lagi tau...Math, Sains kat kampung abis hanco...Graf pepriksaan diturunkan hinggakan ibu bapa pun terkejut anak2 mereka dapat Gred A math n sains...kalu jadi Prof selepas 20 thn nanti mereka pasti mjadi prof kangkong.....
Mat Jering,
Suka diingatkan cara belajar bahasa dengan cara belajar sains dan matematik adalah berbeza. Belajar bahasa ialah belajar kemahiran berbahasa. Belajar pertuturan, belajar grammer, belajar kosa kata, belajar struktur ayat dan belajar membuat karangan dan lain-lain kemahiran berbahasa.
Belajar Sains ialah belajar fakta, konsep, prinsip, teori dan hukum yang memerlukan penguasaan bahasa.
Mana boleh belajar sesuatu bahasa (BI) menggunakan pendekatan belajar Sains. Ini kerja gila. Oleh itu kerja PPSMI ini sebenarnya kerja gila. Penyokong PPSMI adalah penyokong kerja gila atau orang gila.
Mat Jering, hang orang gila ka?
Cilok dari,
http://profabdullah1.wordpress.com/2009/02/11/belajarlah-bahasa-inggeris/#comment-204
kepada Mat Jering....
Tolong amik contoh paling mudah...
negara jepun x agungkan bahasa omputih ni, walaupun ia bahasa antarabangsa...
kat mana mereka sekarang?
x semestinya jauh pejalanan luas pengalaman....
kalu dah rasa bayak kali merantau, pegi la jalan2 kat kodiang atau changloon nun...
Kepada yg bantai aku yg bukan2 tu..sila Istifar...aku kat sini cuma bagi pendapat aku.. kalau x setuju x pe..no hal..boleh bagi pendapat masing2..open..x payah la nak mengutuk2 yg bukan2..aku x boleh paksa orang untuk buat benda yg dia x suka..
Aku tau bro Hisyam pun byk ke luar negara...aku pun dah duduk merata tempat....bukan melancong ..aku pun mai dari kg...ceruk belah kedah..tapi waktu budak2 dulu aku suka tengok cerita yg dlm bahasa english...aku x dak masalah dlm BI..so cuma nak atau x nak aja.. Aku x nak bangga dgn semua yg aku dapat..syukur tuhan bagi aku rezeki..BI boleh buat aku senang bergaul dgn org2 luar..
Lagi satu kita x boleh compare org kita dgn org Jepun..Jepun org dia rajin x macm kita..spt yg aku ckp..org kita ni x tolak x jalan dia..Jepun lain bro..
So cam ni lah..aku rasa kementerian boleh buat 2 pilihan, kepada ibu bapak yg nak anak2 dia nak belajar dlm BI atau dlm BM terpulang...so ada dua kelas..setuju??
Sedih aku tengok org kita cam ni..semua nak dia yg betul..org lain semua x betul..
Mungkin aku org gila, tapi gila2 aku, aku berjaya dlm hidup, Alhamdulillah dapat apa yg aku nak...syukur..amin.
Ikhlas,
mat jering
kepada mat jering,
jangan sedih bro, aku pon senasib ngan hang jugak. aku sokong tujuan PPSMI sebab aku tengok banyak kebaikannya kepada anak2 generasi muda kita. dan aku setuju dengan semua point yg hang bangkitkan.
minoriti tak semestinya kecil, kecil tak semestinya kalah, kalah tak semestinya salah.
-pisang susu-
Pisang susu,
Terima kasih!
Kalau korang keja swasta, byk graduan universiti kita lulusan Ijazah pun x leh ckp BI...tulis email pun kelam kelibut..tenggelam punca...ni kan lagi nak ckp?? so dimana quality anak bangsa kita?? aku interview depa pun naik segan dgn bangsa2 lain(rakan seinterview)aku....ada ijazah bang..
orang kita khatam Quran byk kali...tapi byk yg x paham sepenuhnya...termasuk la aku..heheheh so bahasa arab penting untuk kita jugak..renung renung kan...
~mat jering~
Catat Ulasan