Isnin, 16 Mac 2009

BERITA KEJAYAAN DEMONSTRASI - PPSMI AKAN DI HAPUSKAN ?



Perbincangan sedang berjalan untuk mengambil keputusan untuk menghapuskan dasar PPSMI.

Dasar yang direka oleh Mahathir Muhamad seorang diri ini telah diperkenalkan 6 tahun dahulu.

Dasar ini telah ditolak oleh ibubapa.

Kabinet akan membuat keputusan tidak lama lagi.

Syabas para demonstran.




3 ulasan:

Puan Ainon Mohd. berkata...

Sumber-sumber risikan kita dari pejabat Menteri Pelajaran memberitahu, akibat tekanan yang semakin kuat daripada pejuang-pejuang bahasa, Dato' Hishamuddin akan membuat pengumuman bahawa bahasa ibunda akan digunakan di sekolah rendah sahaja, manakala di sekolah menengah bahasa Inggeris akan digunakan.

Berikut adalah ramalan akibat daripada dasar itu:

1. Disebabkan bahasa ibunda digunakan semula di sekolah rendah, maka anak-anak orang miskin di bandar, orang kampung dan pedalaman (Melayu, Iban, Kadazan, Orang Asli dll) dapat memahami dan mengikuti pelajaran sains dan matematik sehingga Tahun 6. Banyak yang akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang bagi subjek sains dan matematik.

2. Di sekolah menengah, disebabkan PPSMI mula laksanakan, majoriti pelajar miskin, kampung dan pedalaman akan gagal, ataupun setakat lulus dengan nyawa-nyawa ikan sahaja dalam subjek sains dan matematik pada peperiksaan SRP.

3. Disebabkan mereka lulus nyawa-nyawa ikan sahaja dalam subjek sains dan matematik, mereka tidak layak memasuki aliran sains di tingkatan 4 dan 5.

4. Majoriti sekolah menengah luar bandar tidak akan mempunyai jumlah pelajar yang cukup bagi membuka kelas tingkatan 4 dan 5 aliran sains.

5. Jadi, kementerian akan memaksa pelajar yang lulus nyawa-nyawa ikan dalam sains dan matematik supaya masuk tingkatan 4 aliran sains. Akibatnya mereka gagal teruk dalam peperiksaan SPM, ataupun lulus dengan gred 6, 7, dan 8 sahaja. Akibatnya mereka tidak layak ke universiti.

6. Akibatnya, jumlah pelajar Melayu yang dapat masuk universiti akan jatuh dengan teruknya. Daripada sedikit yang dapat masuk universiti itu, majoritinya akan masuk fakulti-fakulti sastera.

7. Daripada segelintir yang masuk fakulti sains dan teknikal, majoriti akan gagal di peringkat universiti, ataupun mereka hanya lulus dengan nyawa-nyawa ikan. Akibatnya mereka tidak layak diterima melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan doktor falsafah.

8. Akibatnya jumlah peratusan pensyarah Melayu di fakulti-fakulti sains dan teknikal di IPT akan jatuh.

9. Akibatnya jurang antara golongan profesional Melayu dan bukan-Melayu akan semakin lebar.

Apa yang akan berlaku nanti, komposisi pelajar di IPT berdasarkan nisbah antara kaum-kaum, akan kembali kepada situasai sebagaimana yang berlaku sebelum tahun 1974.

Tanpa Nama berkata...

Dah keluar result SPM baru nak mansuh....kan dasar nie takleh pakai..tahun nie merosot...

Tanpa Nama berkata...

rasa macam nak pancing undi untuk tiga pilihanraya ajer berita nie cepat bebenor