Rabu, 8 April 2009

KAPITALISMA, HUTANG DAN RIBA



BANK DAN PEMBOHONG


Semua yang wujud dalam alam bergerak mengikut hukum alam. Manusia wujud melalui DNA. Bumi ini wujud kerana pertemuan, asakan dan pergumpalan pelbagai bentuk elemen kimia yang terpencar bersepah dalam udara hasil dari Letupan Besar.

Seperti besi berani yang akan terus menghala ke Utara bagitu juga hukum hukum alam ini tidak berubah ubah. Manusia yang memiliki akaliah akan mencari dan menemui hukum-hukum ini. Penemui hukum hakam alam ini menjadikan asas kepada tamadun manusia. Hukum alam ini tidak akan beralih-alih. Hukum hakam ini neutral tidak memiliki nilai. Nilai baik atau jahat lahir dari akaliah manusia.

Madame Marie Curie menemui radium dan menemui Cahaya X dalam uranium. Dia juga menemui hukum hakam uranium. Ciri dan watak uranium tidak pernah berubah. Apabila ditemui ciri dan hukum hakam uranium, maka akaliah manusi jugalah yang cuba mengubah hukum hakam ini hingga melahirkan bom atom.

Kajian hukum hakam aljibra dan ilmu bintang oleh al-Khwārizmī's di Baitul Hikmah Baghdad di zaman Khalifah Al-Mamun berkembang hingga ke hari ini. Hukum ilmu bintang ini neutral – hanya kuasa imperial Anglo-Amerika yang menggunakan hukum hakam ini untuk kebejatan dengan meletakan senjata di atas langit.

Kapitalisma juga bergerak mengikut hukum hakam. Hukum pertama kapitalisma ialah untuk mendapatkan keuntungan maksima. Hukum ini tidak akan beralih-alih. Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam – hukum kapitalis adalah sama.

Kapitalisma juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisma akan runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Kepala jahat yang melahirkan hutang dan riba ini ialah bank. Justeru kita wajib memahami begaimana bank mula bergerak untuk mendapat keuntungan maksima.

Sebelum kemunculan bank – di zaman Kapitalisma Mecantile - emas adalah tukaran. Justeru jika kita menyemak Sejarah Melayu kita akan terbaca upti yang dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas. Kita juga terbaca perkataan perak sebagai wang. Jika melawat musium kita akan akan dapat melihat mata wang lama Alam Melayu – emas dan perak.

Para saudagar yang berniaga akan mengupah Tukang Emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran membeli. Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke dalam peti besi Tuan Kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya Tuan Kedai akan menuliskan diatas kertas jumlah emas yang tersimpan. Kertas ini cukup berharga. Sesekali si Saudagar akan datang melihat emasnya yang tersimpan.

Tuan Kedai Emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah diyakini umum. Keyakinan ini datang kerana Tuan Kedai bukan hanya menyimpan untuk saorang saudagar tetapi bebelas-belas. Jika ada si Suadagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya Tuan Kedai akan memperlihat emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Keyakinan bertambah.

Dari sini mulalah hukum kapitalisma bergerak lagi. Contohnya Tuan Kedai ada menyimpan 100 keping emas yang dimiliki Saudagar Buluh Kasap. Jika disimpan maka nilainya tidak bertambah. Justeru Tuan Kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Saudagar Buluh Kasap ini. Ertinya ada seratus keping kertas lebih dari 100 keping emas. Ini menjadikan modal Saudagar Buluh Kasap bertambah satu kali ganda.

Kertas yang ditulis oleh Tuan Kedai ini diwar warkan sama dengan nilai emas yang tersimpan dalam peti besi Tuan Kedai. Inilah asal usul duit kertas atau bank note. Dari pengalaman, Tuan Kedai tahu bahawa para-para saudagar ini tidak semuanya akan datang dalam satu masa yang sama untuk melihat emas simpanan. Justeru dia boleh memutar belitkan jumlah kepingan emas yang disimpan.

Hukum keuntungan maksima sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini Tuan Kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si Penyimpan Emas sahaja tetapi telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar untuk digunakan sebagai modal. Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi dari jumlah emas yang ada tersimpan. Pekara ini tidak di ketahui umum kerana Tuan Kedai menyimpan emasnya secara rashia. Konon untuk menjaga kestabilan suasana perniagaan.

Tuan Kedai Emas menjadi kaya menjual kertas kosong yang tidak berasaskan emas. Justeru inilah asal usul bank dalam sistem kapitalisma. Amat jelas bank bermula dengan pembohongan. Pembohogan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan dari orang ramai. Orang ramai yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan Tuan Kedai. Tuan Kedai Emas ini juga dilihat hebat dikalangan masyarakat kerana di memiliki rumah besar, isteri gemok, makan sedap, ada babu dan ada pengawal pribadi.

Tuan Kedai Emas ini akhirnya menjadi banker. Ini berlaku 500 tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare kita akan bertemu dengan si Mamat yang bernama Shylock tuan peminjam wang di kota Venice. Shylock ini adalah watak banker 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum hakam dan ciri ciri seorang banker tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar jika tidak daging seketul wajib diagihkan.

Hari ini 500 tahun kemudian – asas hukum bank – tidak pernah berubah tetapi cara pengendalian lebih tersususn. Umum selalu bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank. Caranya tidak jauh bezanya dari Tuan Kedai Emas dahulu.

Contoh : Ada sebuah bank bernama Bank Buluh Kasap yang memiliki modal sebanyak 100 ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit seorang. Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit. Lihat silap mata! Dari 100 ringgit modal asal kini menjadi 2100 ringgit.

Bank ini sebenarnya tidak memberikan pinjaman duit tetapi – kredit. Tidak ada duit bertukar tangan. Ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti Tuan Kedai Emas - tahu bahawa tidak semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan.

Bank memungut bunga dan riba – yang dipanggil untung. Duit bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir dari hutang dan bunga. Inilah yang telah dilakukan oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini.

Dalam masa yang sama si peminjam diminta memberi cagaran – ini untuk menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang maka cagaran akan terlupus. Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui cagaran. Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap mata untuk melahirkan keyakinan.

Katakan pada hari Rabu minggu hadapan semua pelanggan Bank Buluh Kasap ingin mengeluarkan duit - maka terbonggeng dan terkangkang Bank Buluh Kasap. Tidak ada duit sebenarnay dalam bank itu. Yang berpusing pusing hanya kertas. Terbongeng dan terkangkang inilah yang sedang kita hadapi semenjak bulan September tahun 2008.

Bank Northern Rock di Scotland terbonggeng apabila semua penyimpan datang beratur untuk meminta wang simpanan mereka. Ini permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank. Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka akan selamat. Apabila orang ramai hilang keyakinan maka silap mata bank akan kantoi. Orang ramai akan berbondong bondong datang untuk mengeluarkan duit mereka. Bank yang pandai main silap mata kini tidak dapat melakukan apa-apa melainkan mengaku diri mereka bankrap. Inilah yang sedang berlaku sekarang.

Selama 30 tahun yang lalu pelbagai bentuk mainan silap mata telah dilakukan oleh bank. Banker banker ini telah mempengaruhi para politikus untuk melupuskan pelbagai larangan dan rintangan. Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan yang terkumpul hasil dari makan riba, para banker telah memberi sumbangan kepada politikus. Persekongkolan ini cukup intim. Para banker ini tidak pernah muncul di khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka.

Pada tahun 2009 ini banyak bank telah bangkrap. Lalu persoalan timbul. Kemana perginya duit duit ini? Harta kekayaan tidak hilang ianya hanya bertukar tangan. Duit ringgit milik orang ramai yang tersimpan dibank telah dijadikan modal untuk membuat lebih banyak untung. Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh bankrap, bank boleh di istihar bangkrap tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrap. Ada pelangan akan kalah judi di Genting tetapi Syarikat Lim Go Tong sampai kiamat tidak akan bankrap. Ini juga adalah hukum sistem kapitalis. (TT)



36 ulasan:

PM Yang Ke 6 berkata...

Setuju! Kemana perginya berbilion bilion kepingan wang di bumi ini? Hilang atas angin? Bank Buluh Kasap sudah songlap? Atau bank Segamat? Ada siapa-siapa yang telah simpan dan bakar? Pasti tidak ada dan mustahil. Kerja bakar membakar ini tak betul dan tak molek. Global Warming. Penyumbang kedua terbesar selepas Berhala Bergerak.

Taukey-taukey bank tidak pernah bankrap tidak pernah garu kepala tak cukup duit. Kalau dihimpun semua dua aku dan duit kamu Isham, pasti duit taukey bank lagi banyak.

Jangan juga bakar (atau buang ke sungai) surat khabar lama. Buat alas ikan rebus bagi kucing makan lagi mulia.

Terima Kaseh.

Semoga Kita Bertemu Lagi.

Keylee Daud berkata...

terleka baca ini.simpan bawah bantal kekeke.

Melayu Sejati berkata...

BANK HARAM JADAH

SYARIKAT INSURAN PUN LAGI HARAM JADAH. YANG INI LAGI CEKEK

BANK NEGARA = BUNGKUS NAJIB...kih kih kih

Tanpa Nama berkata...

i always miss dis kind of article.. great job bro.. keep it up..

thanks!

pablo berkata...

syabas! analogi yang bagus untuk non-economist memahami sistem kapitalis.
semua orang patut tahu bagaimana sistem ekonomi bergerak, bukan sekadar menunggu duit jatuh dari langit.

luqman berkata...

artikel yang menarik bro!! banyak yang dapat aku blajar..kembalikan dinar emas sebagai sistem matawang

KESINAMBUNGAN YANG PERLU DIURUSKAN SEBELUM... berkata...

Oooo ya ginike! terlepas pandang lah pulak,nampak sangatlah bank of ZION...

Tanpa Nama berkata...

thanks bro isham. perkara yang tidak disentuh didalam program MBA salam

zam ipoh

Hanggokan berkata...

cik isham...bank islam ni pecite plak? bagus artikel ini utk org yg buta ekonomi cam aku...hahaha!

kage bunshin no jutsu berkata...

bro TT...artikel yg sgt menarik...terbukak minda aku pagi ni...mcm baru tersedar dari hipnotis...

Tanpa Nama berkata...

Bro Isham,
Minta izin menyimpan semua artikel siri ceramah ekonomi TT.
For personal use.

x berkata...

apa daya kita?
apa kita perlu buat?

Tanpa Nama berkata...

Artikel yg dikarang se 'asas' yg mungkin. Dgn ayat yg mudah dan detail..maka boleh dijadikan buku teks utk budak2 yg lemah matapelajaran EKONOMI asas. Malah yg tak sekolah pun boleh paham..sebab org yg tak bersekolah pun pandai guna duit utk hidup. Siap boleh bayang2kan lagi tokey kedai tu camna.hehee
TQ

Tanpa Nama berkata...

Bro,
manuasia berasal dari DNA? DNA tu berasal dari mana ye?
anyway article yg senang paham..

~mat jering~

Nevada berkata...

Kerana sifat sistem riba yang amat memanipulasikan itulah menyebabkan Tuhan, melalui Muhammad, melarang transaksi riba.

Dan betapa larangan ini telah diishtiharkan beratus-ratus tahun sebelum sistem riba itu wujud secara lebih kompleks....

dan hari ini pakar-pakar shariah kita telah 'mengislamkan' bank-bank, dan riba ditukar kepada keuntungan jual beli pembayaran tertunggak...

Tanpa Nama berkata...

itu pasal riba sesangat diharamkan. Macam untung atas angin. In fact, bank pun mcm niaga atas angin, bukannya duit dorang in the first place

pakcikpopo berkata...

bro...sy salah paham ker atau bro slh kire ker...

ade cth yg di atas..

"Contoh : Ada sebuah bank bernama Bank Buluh Kasap yang memiliki modal sebanyak 100 ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit seorang. Ertinya bank ini ada 1100 ringgit"

bukan kah kalau 10 0rg adalah RM1000.

Perbertulkan sy jika sy silap.

Anyway,brilliant article..

Tanpa Nama berkata...

Bagus sekali artikel saudara. Cuma saya ingin menambah dan menekankan kepada semua, apabila sang penghutang membayar riba, dia membayarnya dengan kekayaan sebenar (real wealth), hasil daripada aktiviti penghasilan barangan dan khidmat (production of goods and services), sama ada melalui perniagaan atau pekerjaan. Keuntungan bank si pemiutang sebenarnya 100% kerana amaun yang dipinjamkan bukannya kekayaan sebenar, tetapi sekadar kekayaan kertas (paper wealth) ataupun, untung atas angin. Nyata, dalam tempoh lanjut (in the long run), sistem ini tidak akan berpanjangan (unsustainable).

Critical Thinker berkata...

itu sebab ... penggunaan dwet kertas haram di segi agama islam..sebab ia hanya kertas dan tiada nilai...dan nilai wangkertas berdasarkan aper? harga naik turun emas pula berdasarkan ape... dan pernah dulu di keluarkan fatwa feqah dunia mengatakan penggunaan wang kertas haram!

http://malaysianscrap.cyberwelive.com

Critical Thinker berkata...

fatwa haram dwet kertas

http://www.bogvaerker.dk/fatwa.html

dan ada buku tulisan melayu ttg perkara ini..tapi adakah ulamak kita sedar?

fredo berkata...

Oooo... cenggitu...

Tanpa Nama berkata...

pakcikpopo berkata...

bro...sy salah paham ker atau bro slh kire ker...

ade cth yg di atas..

"Contoh : Ada sebuah bank bernama Bank Buluh Kasap yang memiliki modal sebanyak 100 ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit seorang. Ertinya bank ini ada 1100 ringgit"

bukan kah kalau 10 0rg adalah RM1000.

Perbertulkan sy jika sy silap.

kepada pakcikpopo,

pakcik popo terlupa mencampurkan modal asal yg bank itu ada sebanyk 100 ringgit. bila dicampurkan dgn pelabur sebanyak 10 org maka jadi lah 1100 ringgit. boleh faham tk? klu tk faham sy akn terangkan lebih lanjut

Sudin berkata...

Bank Negara sudah tiada peranan ?
Reserve Negara berapa ?

Woit...Madey !
Lu memang puki tiang !!!
Khazanah Nasional lu punya idea busuk !!!
Harta negara jadi Khazanah UMNO haram jadah !

Woit...Mahafiraun !
Lu belum boleh mati lagi selagi hutang kapal bawang,KWSP,Amanah Pencen tak setel !

Ho,ho,...Gabenor bank negara lu suruh minta maaf dan letak jawatan saja ha.
Lu memang pundek !!!
Ketuanan melayu konon !
Lu punya idea lanun-lanun membiak dalam UMNO.
Politikus taik kucing !!!

Tanpa Nama berkata...

riba punya pasallah kita terpaksa bayar duit beli umah sampai 30thn.rumah yg rege rm150k dah jadi 300k.kalau kumpul duit sikit2 baru beli cash time tu rege rumah dah naik le pulak.sapa yg kawal benda nih?mereka dan kroni2 mereka...depa kata harga pasaran tapi sebenarnya depa yg cipta harga pasaran nih..fikir2 kan lah

Tanpa Nama berkata...

Wohooo... berat topik nie BangIsham .... banyak org telah terlibat makan riba nie ...dah jadik macam bubur lambuk Kg Baru ... ramai ketagih .... kejap die masuk Islam jap die murtad ... aku nak finance rumah pun risau nih ....tarian riba /lap dance pun haram kah kah kah

usain bolt berkata...

bagus..
apa pandangan bro mengenai perbankan islam pulak?

Cob Nobbler berkata...

Petani Chiapas menjual jagung-jagungnya US$1 per hektar.

Petani Gua Musang menjual jagung 4sen sebatang.

Yang menanam miskin,yang memungut kaya.

Internationale tetaplah di dunia.Marilah bangkit kaum buruh,kaum marhein!

Tanpa Nama berkata...

Duit banyak2 pigi mana daaa? Macam boleh hilang, kalau bagi pinjam takkan semua? Nak kasi loan pun bukan main lokek macam2 syarat konon nak protect bank's interest tapi bangkrap jugak! Camno? Ada toyol bawak lagi duit kot? Ini kena tanya Mat Lidah kontot, dia pakai jam tangan RM350K...tanya dia mana dia dpt duit? Atok dia tokey genting kasi ke?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum bro!
Gila suspek sama artikel nih..
Gembira melihat Muslim yg sensitif akan masalah UMMAH+KEMANUSIAAN.
Semoga bro dan kita semua insya-Allah bakal meluluh-lantakkan monopoli ekonomi riba' seperti mana yang dilakukan generasi pertama Ummat Muhammad saw (eg:Abdurrahman b.Auf ra) di negara Islam pertama di dunia-Madinah al-Munawarrah.
Wallahualam..

Tanpa Nama berkata...

"Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit. Lihat silap mata! Dari 100 ringgit modal asal kini menjadi 2100 ringgit."
aku just nk tanya pasal calculation TT di atas. bank ini beri pinjam 200 ringgit kpd 10 org.. so 2000 ringgitla.. mcm mane bank ni bleh bg pinjam 2000 ringgit sedangkan asalnya bank ni hanya ada 1100 ringgit (100 modal asal dn 1000 org simpan). tu yg aku confuse tu.. secara keseluruhannya aku faham ape yg TT ingin sampaikan.. simple dn menarik..

azhar berkata...

cetak duit bayak-banyak sesuka hati macam Amerika..

Apa nak jadi dengan sistem kewangan kapitalis????

Tanpa Nama berkata...

Kepada Tanpa Nama 17.11... Baca sikit lagi, pasti saudara faham...

Unknown berkata...

riba riba riba yahooooo score 2-1

Tanpa Nama berkata...

kpd tanpa nama 18:42.. ok tq bro aku dh faham..

Tanpa Nama berkata...

m1=wang penyimpan
m2=wang yang di simpan menjadi modal bank
m3=wang yang dipinjamkan
m4=wang yang dilaburkan
m5=wang hasil bunga keuntungan pelaburan
m6=wang hasil bunga pinjaman
m7+m8+m9.....................infiniti
keuntungan yang disedut bank hasil daripada m1=wang penyimpan=kertas..kah..kah..kah

Tanpa Nama berkata...

nice article!! keep it up!!
satu lagi minta ulas pasal insurans yg merapu still running our mess country. sbb polisy, term and condition diorang selalu menipu secara cerdik(auta). ramai yg masih x paham benda2 ni.