Khamis, 6 Ogos 2009

KAMU BURUH SOKONG DEMO



MTUC: KENAPA RAKYAT DEMO DI JALAN
- malaysiakini

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan memang menjadi hak orang ramai turun berhimpun di jalan raya apabila memorandum bantahan mereka tidak dilayan oleh kerajaan.

Mengulas reaksi pemimpin kerajaan terhadap perhimpunan besar membantah akta ISA hujung minggu lalu, setiausaha agung MTUC G Rajasekaran berkata kerajaan wajib menjaga ketenteraman awam tetapi tidak boleh menafikan hak orang ramai berhimpun dan berarak.

"Tiada alasan kerajaan menggunakan kekasaran melampau terhadap peserta perhimpunan aman," katanya dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan sebab ramai orang menyertai perhimpunan 1 Ogos lalu.

"Seluruh dunia menyaksikan perarakan pada Sabtu lalu bagi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sentiasa tertib dan aman sehingga polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air."



3 ulasan:

enix berkata...

media statement tentang demo 1 ogos.www.suhakam.org.my/home

Tanpa Nama berkata...

KAUM BURUH SOKONG DEMO!!!!!!!!!

Kucing Parsi berkata...

kita rakhat marhain sokong demo... tapi kena tengok demo macam mana

nanti kalau tak ada angin lintang, pas dengan umno nak buat demo untuk mendesak jeff ooi letak jawatan.

mesti polis punya baik la bagi jalan line clear

jahanam ke tak?