Selasa, 3 Ogos 2010

RAKYAT BANGUN MELAWAN DI SELURUH NEGARA



ANAK MUDA BANGUN MELAWAN





HALANGAN DI BAYAR





POLIS CABUL HAK ASASI RAKYAT


2 OGOS 2010

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) memandang serius terhadap tindakan polis menangkap 4 orang aktivis masyarakat di Speakers Square malam tadi. Penangkapan Sdr. Choo Choon Kai, Kris Khaira, Darshan Singh dan Ong Jing Cheng dalam Perhimpunan Aman Mansuhkan ISA ini amat memalukan. Ini merupakan sejarah hitam dalam amalan demokrasi di negeri ini. Tindakan ini juga jelas telah menunjukkan pihak Polis telah mencabuli hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Deklarasi Hak Manusia Sejagat.

Justifikasi pihak Polis untuk menghalang perhimpunan aman itu dengan mengatakan ia adalah ‘haram’, adalah cukup simplistik. Pihak Polis barangkali buat-buat lupa terhadap pengisytiharan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini telah menyediakan Speakers Corner khas untuk rakyat menyatakan sebarang ekspresi diri terhadap apa jua isu semasa yang berlaku. Penganjur juga telah menuruti arahan Kerajaan Negeri untuk tidak menggunakan sebarang pembesar suara ataupun ‘hellar’. Berdasarkan keadaan ini, pihak Polis sewajarnya menghormati perhimpunan dan hak rakyat ini, dan bukannya menimbulkan lagi suasana tegang.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) turut mempersoalkan tindakan berat sebelah Polis yang tidak langsung mengambil apa-apa tindakan terhadap kumpulan Pro-ISA yang turut sama hadir untuk ‘menyampuk’ dalam program malam tadi. Mereka secara jelas telah mengeluarkan ayat-ayat provokasi, ayat-ayat lucah dan berbaur perkauman semasa perhimpunan tersebut. Mana dia keadilan dalam tindakan yang diwar-warkan oleh pihak Polis dan dicanang oleh “Kerajaan 1 Malaysia?”

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) juga ingin meminta Menteri yang bertanggungjawab ke atas Polis, memberitahu rakyat dengan jelas, adakah salah untuk rakyat berhimpun untuk meluahkan penderitaan mereka kepada satu akta yang zalim? Salahkah rakyat berhimpun untuk menyatakan mereka tidak mahu dijajah oleh satu undang-undang kolot tajaan penjajah? Salahkah rakyat menunjukkan protes terhadap satu undang-undang yang telah membelit mereka selama 50 tahun? Salahkah rakyat berhimpun dengan aman untuk menunjukkan hasrat murni untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman?

Justeru, sebagai sebuah gerakan yang mewakili generasi muda Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) ‘dengan penuh rasa hormat dan penuh takzim’ memohon agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman dengan melaksanakan 5 tuntutan anak muda di bawah ini:

1. Meminta pihak Polis menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman.
2. Memohon agar Polis tidak terheret sama dalam agenda membenarkan undang-undang kejam seperti ISA ini dari terus menindas rakyat.
3. Mahu Polis yang menjamin keamanan rakyat dan bukan Polis yang menimbulkan suasana tegang terhadap rakyat.
4. Mahu Polis lebih fokus kepada agenda pembasmian jenayah yang semakin meningkat saban hari.
5. Memohon agar Polis berlaku adil dalam siasatan, khususnya yang melibatkan parti-parti politik, supaya Polis tidak dilabel sebagai ‘bias’ dan pro-kerajaan.


SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Setiausaha,
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang
(AMKPP)



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kampung Baru ikut model Mekah - Kosmo

MELAKA - Projek pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur di kawasan seluas 90 hektar berkemungkinan dibangunkan mengikut model perniagaan di Mekah, Arab Saudi.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, Lambaga Tabung Haji (LTH) adalah antara dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang akan membangunkan Kampung Baru telah mengemukakan cadangan itu.

-Ulas skit bro. Highlight 'Model Mekah'. Takde lain la tu,sah2 ayat nk tipu melayu kg. baru

Tanpa Nama berkata...

teruskan lagi usaha memprotes
dalam pelbagai kaedah dan bentuk
yang jelas kelihatan (visible) & lantang
tetapi terancang
dan aman

cthnya: demo aman, surat terbuka, usul parlimen/dewan, debat, petisyen, kenyataan media, temuramah, penulisan secara fakta, penulisan secara fiksyen, deklamasi sajak, kartun sinis, dll

LALU DIULANG DIULANG & DIULANG
cekalkan jiwa bahawa perubahan memakan masa
LAWAN TETAP LAWAN!

-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)
twitter: averagejoeMY

Tanpa Nama berkata...

Lawan jg tak lawan... kalau hampa perintah.. guna polis tahan org demo.. tu nama dia polis jalankan tugas... KAH KAH KAH... PTUIH! BANGSAT!

Tanpa Nama berkata...

gaji dari sumber haram maka jadilah penguasa HARAMJADAH

Tanpa Nama berkata...

salah..sbb bukan org umno,klu umno nk demo setahun pun xpe,sial punya lebai sauh

ANTI ISA

Anak Shah Alam berkata...

Kalau saya cakap POLIS bacul, setuju ke tak?

Jawapan saya : Setuju. Buktinya, baca laporan di atas dengan hati terbuka dan berilmu.