Selasa, 3 Ogos 2010

DARI ARKIB SEJARAH



DARI ARKIB SEJARAH - BANGKOK 14 OKTOBER




ANAK MUDA BANGUN MELAWAN



FAKTA SEJARAH SEORANG TUN

Adalah tidak tepat jika dikatakan TUN Ling Liong Sik sebagai TUN yang pertama di bawa ke mahkamah.

TUN
yang pertama dihalau dan di nyahkan oleh rakyat ialah TUN THANOM KITTIKACHORN seorang ditaktor tentera Thailand.

TUN
Thanom telah dihumbankan oleh gerakan mahasiswa Thailand pada 14 Oktober 1973.

TUN Thanom bersama anaknya Narong dan Praphas Charusathien adalah tiga bengolan tentera yang memerintah Thailand.

TUN Thanom bersama dua orang jahat ini telah dihambat keluar dari Thailand hasil dari gerakan mahasiswa dan anak muda Thailand. Para aktivis dan pemimpin pelajar dari Thamassart Universiti telah memulakan gerakan anti-militer. Ketika demo menentang militer Thamassart telah menjadi kubu kuat gerakan mahasiswa dan anak muda Thailand.

Pada awalnya hanya pelajar sahaja yang berdemo – keadaan berubah apabila demo merebak ke anak anak sekolah dan disambut hangat oleh orang-orang kampong. Beribu ribu warga mula turun ke jalan raya. Mereka berkumpul dan berkhemah di sekitar Tugu Demokrasi di Bangkok.

Akhirnya satu juta rakyat Thailand telah bangun dan menghambat keluar TUN Thanom Kittikachorn.

Derajah kebesaran TUN ini telah dia anugerahkan oleh Yang Di Pertuan Agong Malaysia.

Apa yang jelas sebelum 14 Oktober 1973 telah ada satu demo anti TUN di Kuala Lumpur.

Pada 14 Jun 1971 Field Marshal Kittichorn telah melakukan lawatan resmi ke Kuala Lumpur. Semua akhbar dan media Malaysia dengan hormatnya dan takzimnya telah melaporkan nama nya sebagai TUN Thanom ( tak percaya pergi arkib negara ).

Di pagi 14 Jun 1971 ini mahasiswa Universiti Malaya dan UKM telah berdemo menghalang kereta TUN Thanom ini di Lebuh raya Perseketuan. Hanya inilah satu-satunya jalan dari Lapangan Terbang Subang ke pusat kota.

Pelajar Malaysia telah membantah kejahatan TUN ini terhadap warga Melayu di empat wilayah Selatan Thailand. Tunjuk perasaan pelajar Universiti Malaya dan UKM ini telah dilaporkan secara meluas oleh media Thailand.

Di Malaysia seperti biasa hanya laporan kechil tentang tangkapan 16 orang pelajar.

Keberanian pelajar Malaysia ini telah mencabar anak anak muda Thailand. Dan inilah yang melahiran Gerakan Oktober 73 di Bangkok.

Tetapi apabila TUN Thanom ini dihumbankan oleh pelajar dan lari meninggalkan Bangkok pada bulan Oktober 1973 tetiba akhbar dan media di Malaysia senyap dan tidak lagi menulis namanya sebagai TUN.

Tidak jelas apakah derajah TUN ini telah diambil kembali dari orang jahat ini. Atau mak rasa TUN ini memang tak ada kelaS.

nota:
timbulkan sifat rajin membaca dan melihat sejarah
jangan kena tipu dan jadi bodoh macam peminat senario kah kah kah


nota :
gerakan baju merah yang terus
berjuang di thailand itu
ada dari jenerasi 14 oktober.

tak percaya? sila baca.


nota:
akhbar Mahsiswa Negara akhbar resmi
Persatuahn Mahasiswa Universiti malaya
telah mengeluarkan berita LARINYA SEORANG TUN.

sila teka siapa penulisnya kah kah kah

16 ulasan:

Hanief berkata...

Tun Mahathir is the next Tun.

LibangLibu berkata...

Tuan TT,

membaca tulisan tuan disini, kekadang terasa betapa ceteknya pengetahuan sejarah generasi kami.

generasi tuan beruntung, memartabatkan ilmu pengetahuan, bukan gred.

kami perlukan gred, utk dpt kerja gaji besor, supaya boleh beli petrol dh naik harga.

KAH KAH KAH KAH!!!!

Tanpa Nama berkata...

Pangkat memangkat ini adalah pesaka kaum kolonial dan bertentangan dengan ajaran Islam yang hanya menilai Taqwa hambanya terhadap Khaliq.
Sebelum Penjajahan British semua karut ini tiada.
_________________

1.Selama ini adakah selama 52 tahun ini Tun,Tan Sri, Dato Sri, dan Lain-lain yang mengaku memperjuangkan segalanya untuk bangsa dan Ugama melakukan sesuatu dan berjuang dgn rela bukan krn terpaksa?

2.Apakah selama ini kita tidak melihat Tun,Tan Sri, Dato Sri, dan Lain-lain leburkan hati Melayu miskin yang daif di kampong-kampong dgn bercakap hal yg mengarut dan hal mengungkit jasa kerajaan kunun?

3.Apakah tidak benar bahawa Tun,Tan Sri, Dato Sri, dan Lain-lain Banyak mengambil perhatian kpd perjuangan yang lain kerana dia amat menyayangi pangkat dan hartabenda mereka?

4.Apakah Tun,Tan Sri, Dato Sri, dan Lain-lain kini Merasa perhubungan antara kaum mengongkong kebebasan diri tanpa mengira perasaan cemburunya yang meluap-luap para pngangur dan mereka yang tertindas?.

5.Apakah pembesar Tun,Tan Sri, Dato Sri, dan Lain-lain Tidak pernah merasa takut kehilangan sokongan orang sendiri akibat diabaikan Nya?.

6.Apakah mereka tahu bahawa penuntunt-penuntut Melayu di Universiti sudah Merasa bosan sikap pemerintah yang sentiasa mengawasi pergerakan dirinya dan sentiasa berasa curiga.

7.Apakah Tun,Tan Sri, Dato Sri, dan Lain-lain Sengaja tidak suka ada etnik lain lain rapat dgn diri Melayu dari politik bukan UMNOK ?.

8.Apakah Tun,Tan Sri, Dato Sri, dan Lain-lain buat-buat merasa cemburu dan sensitif pada hak bangsa Melaysia yang miskin tetapi tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada masaalah nya.

9.Apakah Tun,Tan Sri, Dato Sri, dan Lain-lain sedar bahawa selama ini mereka sengaja membiarkan diri mereka seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian rakyat kerana dia mahu meneruskan pembangunan tersonsang ?

10.Apakah selama ini Tun,Tan Sri, Dato Sri, dan Lain-lain Menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu orang lain dan sanggup melakukan apa saja demi kebajikan bangsanya Negaranya dan kedaulatan perlembagaannya?.
_______

Apakhabar ketua ugama. Dah solat ke?

Tanpa Nama berkata...

timbulkan sifat rajin membaca dan melihat sejarah

jangan kena tipu dan jadi bodoh macam peminat senario kah kah kah

bukan peminatnya aja yang bodoh semua yang terlibat dan ahlinya pun bodoh macam telor kah kah kah

tambah sikit jadilah peminat ramli sarip (papa rock msia tapi org spore)

SEJARAH MANGAJAR KITA MANJADI LEBIH DEWASA

rtm klg

Tanpa Nama berkata...

masuk kubur nanti malaikat tak panggil tuanku, tengku , tun tan sri datuk...dan lain lain pangkat....persiapkan diri kalu makan harta rakyat....

tupingera berkata...

Siapa kah pemimpin pelajar yang mengetuai demo pada 14 June 1971 itu??

Satelah memegang tampok kuasa negara sebagai orang no. 2, apa kah yang telah di buat oleh pemimpin pelajar tersebut untuk memajukan demokrasi di negara ini??

Belajar sejarah untuk mengenali tampok dan belang pemimpin2 negara.

Tanpa Nama berkata...

jangan kena tipu dan jadi bodoh macam peminat senario kah kah kah

kahkahkahkah
spot on bro!

tambah: jgn jadi terlebih emosional dan tak sudah2 merintih mendayu macam peminat drama melayu kat rtm/tv3suku balik2 cerita melalak kecewa pasal cintancinTUN
kahkahkahkah

-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)
twitter: averagejoeMY

pornstarsiam berkata...

i was there at thammassat universiti masa pegi jalan2 cari makan di bangkok. sronok tengok budak2 u sana. bukan macam budak u sini asyik buat lawak bodoh aja keja! ;)

dariana berkata...

Cukuplah dengan gelaran hakiki 'HAMBA ALLAH.'

" Tidak AKU cipta jin dan manusia melainkan menjadi hambaKU"...mafhum firaman.

Usahawan bistari berkata...

syabas bang isham. aku memang minat sejarah. banyak yg boleh kita belajar dlm merangka rancangan masa depan. BN-UMNO memang takut org yg celik sejarah negara.

Suku Samdol berkata...

akhbar Mahsiswa Negara akhbar resmi
Persatuahn Mahasiswa Universiti malaya
telah mengeluarkan berita LARINYA SEORANG TUN.

sila teka siapa penulisnya kah kah kah


Bhai TT ada hadiah tak kalau dapat teka siapa tu?

Aku rasa hadiah yang patut diberi ialah : kena dpt kencing atas kubur Madey!

3M berkata...

Tan Sri Muhyiddin agreed today with Tun Dr Mahathir Mohamad that 1 Malaysia had failed to unite Malaysians as a whole.

Yesterday the former prime minister criticised the Najib administration’s 1 Malaysia slogan, claiming that the concept needed further “explanation” to prevent it from being interpreted differently by various races.

However, Muhyiddin defended the slogan and explained that public needed more time to fully understand 1 Malaysia.

“I agree with his (Dr Mahathir) opinion. We did not say that in a period of one year that everybody would understand the 1Malaysia slogan launched by the prime minister but I am confident that many have understood. I believe that many have yet to fully understand the meaning of 1 Malaysia,” he told reporters after chairing a committee meeting on youth development at Perdana Putra here.
_________________________________________

Kah kah kah... 3M sedang mengatur rancangan menghumbankan mat mongol..

3M bukan Membaca Menulis Mengira... cuba teka siapakah 3M..kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

thumbps up @ bro tt!!similar thing append in a latin amerikan country in 1970's..u students seized the presidential palace..tak lagi ingat which country..sheeh..

mosabit berkata...

3M zaman ini ialah...

mayday...mukris...munyukdin.....

kah kahkah kah kah kah ...

Tanpa Nama berkata...

khabar Mahsiswa Negara akhbar resmi
Persatuahn Mahasiswa Universiti malaya telah mengeluarkan berita LARINYA SEORANG TUN.

sila teka siapa penulisnya kah kah kah

Siapa lagi kalau tak lain tak bukan, tak bukan tak lain...

Pak Long TT!!!

Sila baca buku Mahasiswa Menggugat untuk menyelam sejarah perjuangan mahasiswa! Tanya Prof Muhammad Bakar adalagi tak koleksi beliau? Kalu ada boleh muatnaik ke internetl lah!

Tanpa Nama berkata...

TUN=Tong Untuk Najis
madey,dollah msti celah psni,kalah be end pru 13,xcaya tnya TT,harta2 mamnda rakyat akan rampas..