Rabu, 8 September 2010

SEBUAH KESAH DI PETANG INI




SEORANG LAGI POLIS PENCEN





CERITA DARI KAMPONG

kesah ini selalu sangat kita dengar –ini kesah-kesah dari kampong. zaman aku kecik kecik dulu aku selalu mendengar cerita ceriti dari mulut seorang polis pencen. aku rasa setiap kampong di malaysia ini pasti ada watak polis pencen ini.

bagini kesahnya : di kampong aku apabila hari khamis malam jumaat - ada berjemaah di surau - di surau ini sesekali ada seorang polis pencen datang sama untuk berjemaah. disinilah aku berpelung mendengar surah polis pencen ini.

aku yang masih sekolah rendah datang ke surau kerana menemankan arwah nenek. aku hanya melangok dan menebeng. aku tak ingat sama ada aku turut sembahyang atau tidak. kalau sembahyang pun hanya ikut tunggang tunggit. tidak membaca apa apa pun. hanya mengikut orang orang tua di saf hadapan.

sesudah maghrib kami akan makan. makan yang dibawa dalam mangkok tingkat. ini ‘pot luck’ sebelum aku kenal apa itu pot luck.

kemudian sambil mengulung rokok dan makan sireh untuk menunggu isyak para jemaah bersandar didinding atau berlunjur berehat. lalu mereka barlabon dan bercerita tentang kehidupan - tentang sawah - tentang ayam lembu dan kambing.

dizaman ini di surau aku tidak ada kempen politik. tak ada cerita neraka atau bidadari. ini budaya kampong. masa ini islam belum lagi ganas. masa ini islam masih agama yang harmonis kerana itu agaknya datuk nenek moyang aku - orang asli - memelok agama islam – mereka masuk islam bukan kerana jakim atau nak masuk tv3 atau dapat duit 300 ringgit. kalau sekarang aku tak rasa datuk nenek moyang aku akan masuk islam.

di kampong kami islam tidak pernah dilihat ganas. tak ada tangkap menangkap. tak ada anak muda dimalukan dengan menangkap mereka kerana berendut. di kedai melayu runcit sesekali ada air cap sauh dan cap bulldog. semua selesai cara melayu bukan cara arab atau cara pakistani.

kami melayu asli bukan arab.

sambil duduk menunggu isyak masuk si polis pencen akan bersurah. untuk orang kampong aku – memang hebat polis pencen ini . dia pernah pergi kelantan. dia pernah pergi alor star. dia pernah pergi golok. di bertugas di selangor.

selangor ? aku tak tahu di mana selangor. aku ingat selangor ini dekat singapura. yang hebatnya dia ada bini dua. tapi sekarang hanya tinggal satu bini tua – orang kampong aku. tapi bukan hal bininya yang nak aku ceritakan.

yang ingin aku ceritakan ialah bagaimana polis pencen ini selau bercerita tentang samseng china dan kongsi-kongsi gelap china di kuala lumpur. dia kenal sahaja dengan geng yang ini dan geng yang itu. dengan geng 24 atau geng lam poo tong. dengan bangganya dia bersurah yang dia juga pernah minum semeja dengan taiko di jalan pudu – minum apa tidak pula aku tanya.

dia juga tahu siapa yang dalam polis yang selalu ambil rasuah dan siapa yang tidak rasuah. rumah pasong mana yang paling bahaya dan selalu tahanan kena pukul.

dia juga kenal menteri itu dan pegawai yang ini. sebut sahaja nama dia akan kenal. polis pencen ini cukup hebat. aku yang baru sekolah darjah tiga cukup seronok mendengar surah si pencen ini. untuk aku inilah dia hadith saheh al- bukary. sesaheh hadith ali tentang nabi kita.

dia tahu ocpd mana kena bayar oleh gengster dan berapa bayaran sebulan. hebat. semua maklumat tentang gengster polis pencen ini tahu. aku terus melopong mendengar surah polis pencen ini.

sesekali aku terfikir juga – kalau dia tahu semua ini kenapa orang jahat ini tidak di tangkap ? aku merasa pelik lagi hairan.

polis pencen ini juga sesekali bercerita dengan marah kerana menurutnya gengster china makin berkuasa. gengster melayu tak kuat sangat kerana tak ada perpaduan. dia juga marah kerana gengster china bukan sahaja beri amoi pada ocpd tetapi selalu beri amoi pada orang istana. malah si polis pencen ini pernah mengaku bahawa dia sendiri ternampak amoi masuk istana.

kenapa dia menebeng diistana tidak pulak aku tahu sebabnya. mungkin dia mengadap raja. atau raja minta nasehat. wow ! polis pencen ini cukup hebat.

polis pencen ini juga bercerita bagimana dia menjalankan operasi tangkap samseng. kadang kadang dari ceritanya seolah olah dia yang memimpin pasukan itu. tapi dari apa yang aku tahu dia hanya berpangkat kopral saje.

padi dituai. sawah kering. kelapa gugur. musim berubah. aku membesar – aku tidak ke surau lagi. aku tidak lagi bertemu dengan si pencen ini. dari apa yang aku dengar dia mula menyokong pmip – ini pasti islam ketika itu. mungkin kerana hendak bertaubat sesudah membuat kejahatan ketika menjadi polis dahulu.

beberapa tahun kemudiannya aku berpindah lalu aku tidak tahu lagi apa yang terjadi pada polis pencen ini. apakah dia menjadi peneroka felda atau dia jadi tok siak di masjid. wallah wu alam bisawab.

apa yang penting hingga sekarang orang di kampong aku telah membuat satu perumpamaan : MACAM POLIS PENCEN

macam polis pencen: bererti seseorang yang sibuk bercakap tentang itu dan ini , komplin sana komplin sini sesudah dia pencen. masa ada kuasa dahulu menikus tak pernah komplin satu habuk. sudah banyak komplin akhirnya msuk parti pas.

inilah dia kesah polis pencen. kesah ini berulang ulang. hinggakan pas menjadi parti politik yang besar.(TT)

17 ulasan:

Small Mama berkata...

Bila firaun nak mohon borang keahlian PAS?

Tanpa Nama berkata...

Cerita Terbaiiiikkkkkkk, perumpamaan pun terbaikkkkkkk, kalah cerita daripada Polis Pencen ...kah...kah...kah
jangan terperanjat polis pencen lepas ni jadi Al-Hafiz, lepas tu apa lagi jadi ahli seumur hidup PAS lah...tak pun berlakon drama, adik-beradik boleh tolong...watak polis pencen kah...kah....

Syawal Ipoh berkata...

ooo....mcm tu cerita polis. Sebelah rumah aku ada polis pencen. nnt nak tanya la....hahahaha

Tanpa Nama berkata...

abang isham.. kisah ini memang sadis...

tapi kita kena ingat, semua polis direkrut dengan "mengikut arahan pasukan", perkataan pasukan ini bukannya bermaksud team. kita kena faham maksud pasukan ini betul2. sebab itu, polis takkan guna perkataan team melainkan perkataan pasukan.

aku ada beberapa ramai polis dalam keluarga aku... ada yang ayahnya akan ditembak polis, dia tidak kesah dan ambil pot pun. ini kerana arahan pasukan adalah maha penting melebihi arahan al-quran. jika disuruh kencing atas al-quran, ini bende enteng.

jangan kita ingat, menjadi adik beradik polis ini, kita akan menjadi lebih selamat. di rumah layanannya lain, sekiranya adiknya, abangnya, emaknya, hatta ayahnnya si polis ini ditahan di dalam lokap, dia tidak akan teragak2 menendang ibunya sendiri untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan pasukan polis. sbb tu ada cakap2 "BALAI CERITA" atau "KAT BALAI CERITALAH"

aku ada abang yang jahat, abang aku ini jahatnya kerana menjadi pomen, kadang2 customer datang mintak tukar nombor chasis injin atau body kete, dia tolonglah secara menonong, yang akhirnya dialah penjahat rupanya... customer jugak yang selamat. abang aku ni, asyik keluar masuk keluar masuk lokap.. tapi takder kes pun lekat... yang menyoal siasat adalah sepupu kami yang amat baik... abang aku ni, cuma sepupu saja, darah halal la kalo nak disembelih pun.. bukannya tak kenal waktu masuk bilik gelap2 tu..

ada ahli keluarga aku, masa kejadian memali, dia tak amik pot pun walaupun ayahnya sendiri ditembak mati. bukan tidak sayang ayahnya, ini kerana dia sudah direkrut untuk menyayangi lebih kepada pasukan.

fikrah dibonsai kerana ditakut2kan dengan hilang kerjaya jika bertindak atas kebenaran.. budak ujung kampung hulu banat isap dadah pun, polis boleh tau... masakan rumah pelacuran depan mata kat JB, tak nampak!

menjadi polis ini, sama juga imej dengan penagih dadah saja. begitu juga dengan guru, menjadi lilin apa lanchow la... kerjaya ini kerjaya bodoh, pilihan terakhir umat melayu kalo sudah tak leh nak pigi mana dah cari keje.. pembohong besar kalo jadi guru semata2 nak didik anak bangsa.. lanchow la reason macam ni... tapi dek kerana nak cover yang dia tu bodoh... maka jadilah reason2 mengcover diri pekerja ini yang sebenarnya bukan tak berpelajaran tinggi, tapi asalnya "malas mambaca"... kalo ceramah, kemain haibat dibalun sapa saja di sekelilingnya, iqrak bismirobbika la.. hahapahapa lagi la.. malas membaca, tutp mulut la, hantuk kepala kat dinding, khalas...

POLIS NI, GAJI KECIK...1000-3000 JER... BOKPA NAK SUSAH2 MENGGADAI NYAWA NAK MAMPOS SEMATA2 NAKKAN KESELAMATAN DALAM NEGARA? ANAK BINI, KALO KITA MAMPOS, SAPA NAK JAGA? JAWAB JANG JAWAB!!! Kalo2 tertembak penjahat, itupun kerana tak tersengaja saja dan betul2 kebetulan... betul2 kalau dia nak tembak, bukan penjahat boleh la dia tembak.... sbb mereka baik, boleh ditembak sewenang2nya... lihatlah adik amirulrashid, teoh benghock... kugan... tahanan polis... ini sebab sikap polis memang begini...

apapun, kita dan sesiapa saja, tidak akan mampu mengubah situasi ini lagi.. layan saja.. kalo selamat, selamat la.. kalo besok lusa mampus ibrahim ali.. nasib la.. kadang2, hidup ini ikut nasib...

Tanpa Nama berkata...

polis masuk PAS? hahaha.. jangan tersilap, dia bukan masuk sepenuh hati... jadi SB lagi ada la...

jangan jadi bodoh duhai melayu!!! cakap bodoh nanti, marah la pulak.. hati lembik.. sensitif sebab bodoh bangang... anda sudah tahu, tapi tak serik2 menjadi bodoh lagi...

kalo tak paham, pegi hantuk kepala kat dinding!

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah . . .kah kah kah . . musang asan mesti masuk pas , KHALID SAMAD , sila sediakan borang keahlian PAS sekarang kah kah kah . . . kah kah kah . . .

hatemaster berkata...

cam smlm kat kemasek polis langgar motosikal..polis tu langgar lampu merah...nak tgk je cm ne kes nihh.. tapi aku rse cam biasa laa..polis tetap x salah..

Tanpa Nama berkata...

kpd 17:07

apa hang cakap mmg betoi, dlm keluarga aku pon cam keluarga hang gak.

berapa ramai saudara-mara aku jadik cikgu, solje n polis. tp bila aku nak amik lesen pilot( mmg aku layak n ade duit nak byr yuran), leh diorg ckp, minat sgt ke? dgn air muke diorg pandang rendah kat aku.

tp bile aku dah dpt lesen pilot( tgh apply airlines, mintak keje la), diorg ckp aku nie bercita2 tinggi sgt. itulah mentaliti melayu yg xde daya saing.

jadik solje, polis n cikgu dah cukup hebat n rase selamat. ade satu pak menakan aku nie, dari anak sulung sampai ke bongsu, semua keje gomen. ade jadik ustazah, cikgu mengajar d sekolah pondok, pengawai rendah solje, ustaz solje dan ustaz sekolah rendah. bile anak tu dah keje, dapat gaji tetap tiap2 bulan,walaupon gaji kecik dikahwinkan anak tu dgn pasangan bukan pilihan anak2nye.

alasannye, kalo ikut islam kena kahwinkan anak cepat2. takut Allah tanye dlm kubur nanti. masalahnye camne die leh tahu Tuhan nak tanye soalan ape kat die nanti.

itulah mentaliti melayu yg xde daya saing dan malas berfikir dan membeli buku2 ilmiah. baik AMNO atau PAS. semue bangang.

muhammad bin abdullah seorang ahli perniagaan yg berjaya. zaman skrg nie kirenye muhammad nie setaraf dgn ahli2 korporat. kenape melayu hanye ikut muhammad dalam ibadah sahaje? nape tak ikut cara muhammad menjalankan perniagaan.

aku cukup heran nape melayu x ajar anak2nye jadi toke besar. bukak empayar perniagaan cam muhammad. inilah akibatnye apabila melayu memandang muhammad sebagai nabi/ahli ibadat walaupun yg sebenarnye muhammad adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya.

kalo x meniaga pon jadik la, enjinear ke, doktor ka( jgn cam dr M), pilot ke, atau keje2 jawatan profesional. ade , tp majoriti melayu x suke berusaha utk berdaya saing.

bile cina ramai kaya dan pegang byk bidang perniagaan di melaysia, melayu pon marah. ckp cina nak pijak melayu. inilah pemikiran bangang org melayu. dah ko xnak meniaga, org lain amik la peluang tu.

bila dah bangang, bertambah lagi kebangangannye dgn menyokong AMNO yg dh berpuluh2 tahun ,menjadikan org melayu malas berfikir. bile melayu malas berfikir melayu pon malas bertindak. bila lambat bertindak melayu pon akan dipijak dan seterusnya akan menjadi bangang lagi dgn mendapatkan perlindungan dari AMNO.

nak ubah melayu hanyalah dgn menghapuskan AMNO dr tanah melayu ini. PAS masih ade harapan utk diubah.

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah!
Dulu orang kampung panggil datok, maklumlah ada kuasa, pangkat sarjan,ada pistol, boleh gari orang, duduk dalam balai, boleh pau orang kampong, tanya lesen, kenapa tak pakai topi keledar?, nombor motor kabur.
Org kampung pula takutkan anak, kalau anak menangis "poliiiiiiiiis", kecut perut anak terus diam.
Bila polis tu pencen, lalat pun tak mahu hinggap, jadi tok siak masjid, pakai kopiah, bila kena strok, dapat jalan hanya sebelah, cakap pun tak tahu apa, masuk PAS.

Shahrul Azman Bin Alang Saidi berkata...

Suatu cerita yang agak tipikal , yang monotone di mana-mana.... "bila polis pencen".Balik kampung,pergi mesjid,stroke dan masuk PAS.. memang benar ha ha ha.

Tanpa Nama berkata...

To 18:25

hola..yer idea canny good..gan pet an divvint hide thysel!

aku rasa tulisan ko sama copy dengan kepala otak aku daa.. hahaha.. tapi aku betul2 dah hepi dengan mazhab pikiran skrg, isham sudah kasi pencerahan...sambil aku makin sayang dengan ugama aku.. dulu cerah hanya kelabu2 asap jer... menarik jer hidup ni sbb orang2 macam isham dan nik aziz dah kasik tebas masalah2 kita kat depan...

========================
my siggy

kalo nak jadi pilot, refer sini: cina ni baguih dok rekemen ..siap dengan procedure serta cara2 nak tackle intervue lagik,

http://www.askcaptainlim.com/index.php?option=com_content&view=category&id=62&Itemid=79

sapa kata cina jahat? aku dulu pun apply keje drebar ni ikut nasihat cina jugak, time tu takder web2 ni lagik... aku mula minat cina setelah aku minat sangat ngan hillary ang (zaman rock kapak lagi time tu).. ini cina mula2 aku kenal.. cina kedua yang aku kenal ialah bini aku.. aku menikah pun dengan cina... tak der problem pun... hahahaha.. hepi jer..4 anak daa.. kalo ada rezki, tak kemana.. insyaAllah cuba la.. cina ni cuma silap konsep saja, akibat tindak tanduk gerombolan.. 15 tahun dah aku jadi cina celup, ok jer... kelakar hidup dengan keluarga cina nih... ipar duai semuanya cool...

kodok berkata...

wakakakaka...penuhla PAS dgn polis pencen Sham!!

Tanpa Nama berkata...

aaallaa korang ni bak kata tt lanchow la,cakap tada serupa bikin,katenye polis ni rasuah la,takda sstandard la,kerja pilihan terakhir la, bukan semua polis gitu,,,itu imaginasi sebab banyak tengok cerita tamil atau mereka yg pernah kena tangkap pasal kaki hisap najis dadah aja,bak kata tt dunia ni tak aman bukan sebab banyak penjahat ,tapi banyak org baik tak buat apa apa,komplain saja,dah rezeki jadi polis,keje cikgu ke sama gomen ke,..tak payah la nak hina hina, apa yg komplem tu bagus sangat ke,

Tanpa Nama berkata...

bro 18:25pm...

tambah sikit pandangan, kenapa melayu tak lihat Muhammad bin Abdullah itu sebagai pemimpin dlm urustadbir dan politik??

sedangkan Muhammad bin Abdullah itu seorang pemimpin sebuah KERAJAAN yg kuat kerana daya fikir politiknya kuat n bijak...

Jgn dilupa, Jibrail pernah menegaskan tiga kali perkataan "BACALAH" dan dikuti 'bacalah oleh mu wahai muhammad (jika ikut tafsiran tasauf muhamad itu dirujuk sbg insan @ manusia)...maknanya semua org termasuk melayu ni kena rajin membaca...membaca dgn akal yg terbuka, ada fleksibeliti memahami pro kontra, benar salah, baik buruk, pandai bodoh....

maaflah aku berlabun pjg lagi...

fight the gerombolan...

Tanpa Nama berkata...

Bukan polis pencen aje. Cikgu pencen askar pencen,kerani pencen,jaga pencen,drebar pencen. Apa-pencen semua cam tu. kecik-kecik tanak mampus dah pencen gemuk asik membebel pulak tu. pastu bila balik haji lagi kuat complen.Nangis masa nampak kaabah. Kononnya masa jadi pgwai gomen bangsat dulu Allah dah ampun bila sampai mekah. Tak dapat de.Segala dosa pada masyarakat marhein bawak gi matila. Kami tak pernah maafkan kamu wahai pemencen oi.

Tanpa Nama berkata...

bro 00:52 aku sangat sokong kau.Kita tokleh sokong buta tuli.Apa yg kita nampak benar wajib dibukti dgn ilmu.Setiap yg sesat perlu hujah bukan kutukan.Islam perlu dikongsi dgn semua umat manusia.Islm tokleh syang sesama islam aje.Orang yang kita kafirkan bukan musuh Islam.Mrk adalh sahabat kita yg belum nampak kebenaran yg islam bawa dan tawarkan. Tngjwp kita umat Islam untuk berkongsi kehebatan ini.Tidak boleh gagal ini kerja kita.Tidak ada ketenangan hakiki untuk hamba yg tak selesaikan tugas.Bangkitla sahabat kita yg kafir menanti kita.Islam akan merahmati sekelian alam satu ketika nanti.

Tanpa Nama berkata...

Hoi! aku anak polis pencen...!kau orang nak kata, pandang-pandang sikit.aku pun baca TT macam kau orang....tapi kau orang nak kata apapun lantak kau orang la...bapa aku saja polis pencen tapi bukan aku!!