Jumaat, 18 Februari 2011

DUIT SUDAH HABIS




JEMPUTAN UNTUK SEMUA





CARA BARU GEROMBOLAN CARI DANA


Assalamualaikum wbth saudara,

Saya sekadar ingin beritahu bahawa saya mempunyai perasaan untuk malas memiliki kereta tetapi ia adalah keperluan saya dan keluarga. Kenapa? sebab saman ekor. Adakah patut, kereta saya WPC9930 telah disaman ekor di Gombak-Selayang pada November 2008 sedangkan kereta tersebut telah pun saya hantar ke Sabah pada September 2008.

Bermakna kereta tersebut berada di Sabah dan bukannya di Semenanjung Malaya.

Memandangkan pemilik sama yang tidak membayar saman akan disenaraihitamkan selepas 28 Februari ini maka saya telah mebayar saman-saman saya pada 16 Januari 2011 yang lalu.

Tetapi saman yang satu ini saya tidak bayar dan saya telah merujuknya di Cawangan Trafik di Kuala Kubu Bharu. Saya kemukakan bukti bahawa kereta tersebut telahpun dihantar ke Sabah dan kerani tersebut mengarahkan supaya saya merujuk perkara tersebut ke Ibu Pejabat Cawangan Trafik di Selayang.

Saya ke Selayang pada 18 Januari 2011 dan mengemukakan semua bukti dan saya meminta supaya saman tersebut dibatalkan sahaja. Mereka kata tidak boleh. Mereka mesti melihat gambarnya dahulu.

Saya menunggu lebih kurang 10 minit dan kerani di kaunter meminta saya menunggu selama 2 minggu kerana saman tembak tersebut dilakukan oleh Pejabat Bukit Aman. Katanya mereka akan menghubungi saya melalui no talipon bimbit saya dan saya juga boleh merujuk keputusan di Cawangan Trafik Kuala Kubu Bharu.

Sehingga kini, sudah sebulan saya menunggu, saya tidak ke Cawangan Trafik Kuala Kubu sebab saya boleh menyemaknya melalui internet.

Sehingga kini saman tersebut masih ada dan belum dibatalkan. Apakah sebabnya? saya tahu sebabnya tetapi saya tak mau cakap. Sebentar tadi saya telah menyemaknya buat kesekian kalinya, masih belum dibatalkan dan sudah bertambah satu lagi saman. Kali ini di Kuala Lipis. Mungkin saman ini betul dan mungkin tidak. Saya menjadi ragu kerana kes yang pertama tadi.

Saya mula mengaitkannya dengan dakwaan pihak tertentu bahawa ada APCO (Yahudi) di Bukit Aman. Mungkinkah ini adalah salah satu hasil dari nasihatnya. Atau sememangnya kerajaan dah tak ada duit, lalu mencari duit haram dari rakyat. Saya tidak tahu.

Apakah yang perlu saya lakukan? Sekarang dah menghampiri 28 Februari dan sekiranya saya tak bayar, mungkin saya akan disenaraihitamkan. Lesen memandu tidak boleh diperbaharui. Sedangkan saya perlu memandu. Cukai jalan juga tidak akan diperbaharui sedangkan kereta itu perlu bergerak. Kalau saya bayar, bermakna saya bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan keji ini.

Saya benar-benar kecewa.

Yunus Sauman Sabin
Kuala Kubu Bharu, Selangor.



KOMPAUN LALU LINTAS BAKAL TUMBANGKAN BN – harakah daily

Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat kadar kompaun yang bakal dikuatkuasakan akan menjadi salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

Pengerusi PRM Wilayah Persekutuan, Zulkarnain Abdullah berkata, BN akan tumbang jika kompaun itu tidak dikaji semula demi rakyat yang kini menghadapi masalah ekonomi yang sangat teruk.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku kononnya beliau prihatin terhadap rakyat, tetapi menaikkan kadar kompaun di waktu ekonomi negara sangat teruk.

PRM, katanya berpendapat bahawa kerajaan Barisan Nasional perlu lebih mengutamakan langkah-langkah keselamatan untuk menurunkan kadar jenayah yang kini sangat membimbangkan di negara ini berbanding dengan kompaun lalu lintas yang hendak diselaraskan pada 1 Mac 2011 nanti.

“Tidakkah ini bertentangan dengan apa yang digembar-gemburkan?” tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

NOTA:
orang ramai wajib bewaspada
dalam lama lima atau enam bulan lagi
inflasi akan naik dengan mendadak

jaga jaga
gerombolan sedang melakukan berbagai cara
untuk mengumpul dana
dana negara semakin susut
malah hutang negara semakin meningkat


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setuju sangat!!! saman ekor ni menyusahkan org yg xbersalah..kwn aku disaman langgar lampu merah di JB dgn mitsubhishi lancer, JB pun x pernah sampai lagi lawak..no plate tu sama ngan no motor yamaha 100 dia>>>x ke nyusahkan hamba allah ni..terpaksa naik turun balai polis trafik ats kesalahan yg dia xbuat!!!

ole gen! berkata...

Apa lagi nilah masanya banyak sepatutnya bayaran dah dibayar tapi masih belum lagi dibayar....sakit orang nak pencen

Tanpa Nama berkata...

Salam TT,

Selepas menang kat Tenang, minyak naik, kalau menang kat Merlimau, BANYAK barang boleh naik, Kalau Kerdau pun menang, SEMUA barang boleh naik.

Kadar tol turun untuk menkaburkan mata rakyat buat sementara waktu supaya ada modal jual kata-kata.

Terima kasih pengundi2 di Malaysia kerana sentiasa BANGANG setia memilih kerajaan yang sayangkan dan prihatin kepada rakyat.

Kepada TT yang menyedarkan minda rakyat, blog anda akan ditentang habis-habisan.

TT, teruskan perjuangan mu.

Terima kasih.

Cawan Lama

Kucing Parsi berkata...

kah kah kah

aku ada sekali 3 bulan kat laut. pun kena jugak. rasa nak pelempang je. tapi diaorang batal kan jugak...
cilaka punya kerajaan. nak pow pun buat la elok2...hari2 buat road block ke...
ada gak duit utk abang trafik kita...

Stupid University berkata...

Inilah masanya untuk kita bangun dan melawan. Mulakan dengan memboikot dari membeli kereta untuk sebulan dua ini. Kalau kerajaan masih berdegil kita teruskan lagi. Jangan nak tukar kereta buat masa ini. Ingat dengan berbuat demikian, Proton, PLUS, Petronas, insurans dan saman semuanya tergugat! Tak ada cash! Kah! Kah! Kah! Kah!

Din Palat - Arau berkata...

SUSAH NAK JATUHKAN BN...
REPORTER UTUSAN MELOYA DAN TV3 SUKU...KALAU KENA SAMAN PUN BOLEY KAUTEEM.SELAGI PUAK2 TAIK NI XKENA SAMAN JUGAK..JANGAN HARAPLAH BN NAK TUMBANG.MASIH RAMAI DILUAR SANA MEREKA YANG MEMUJA SATU MALAYSIA....

Tanpa Nama berkata...

gaji rendah, jalan jem, sampai opis lewat, punch kad merah, balik kena saman, esok pergi jem lagi, jalan sesak gila, lewat sampai opis pulak, langgar lampu merah pulak, kena saman lagi pulak,makan meggi, pergi kerja lagi, sesak lagi, minyak dah naik, tol lagi, lewat lagi, petang buat overtime dapat RM10, balik kena saman pulak langgar double line, malam minum teh tarik sama meggi goreng jugak, akhir bulan gaji seciput, bayar saman rm900, bulan depan tak tau lagi la berapa nak kena saman.

itu rutin harian aku..

Tanpa Nama berkata...

petrol: selaras!
gula: selaras!
gas masak: selaras!
minyak masak: selaras!
makanan: selaras!
minuman: selaras!
kompaun trafik: selaras!
kebangangan UMNgOk-BoNgok & penyokong2nya: selaras!

afya berkata...

ha ha ha... biarkan kerajaan buat mcm2... tekan rakyat dgn mcm2 perkara... biarkan rakyat terseksa... sebab nk ajak rakyat mengubah kerajaan masih ada yg bangang menyokong. kita perlu sabar dahulu. bila rakyat dah terseksa dengan kehimpitan hidup dibawah naugan BN. baru rakyat tahu apa yg perlu mereka buat... belajar dari tunisia dan mesir. pendapat aku rakyat malaysia ni masih ramai yg selesa dengan BN. tapi bila semua terseksa baru rakyat faham apa yg perlu mereka lakukan...
ha ha ha ha... wahai BN kesayangan rakyat malaysia... naikkan lagi minyak.. tol.. barang makanan.. dahulukan segala kesengsaraan pada rakyat... bersenang senanglah dengan kesusahan rakyat.. rakyat tetap menyokong apa saja tindakan BN. rakyat tetap menyokong walaupun terpaksa makan rumput untuk alas perut. kesenangan BN kebanggaan kami... teruskanlah...

ha ha ha ha....
bila semua rakyat terseksa tahap gaban... baru tahu apa yang perlu dilakukan....

nak letupkan belon... mesti bagi tekanan yg berterusan... lama lama belon meletup la...

sama juga nak letupkan BN. kita sokong je BN beri macam2 tekanan pada rakyat.. sokong je sorak je...... macam perlumbaan tiup belon sampai meletup... matlamat kita nak letupkan BN macam belon. kita sorak kita sokong BN buat apasaja yg beri tekanan pada rakyat...

bila semua rakyat dah tak tahan dengan tekanan... baru BN meletup... macam belon. rakyat mesti pilih belon baru...

ha ha ha... mesti cuba teori ini...