Rabu, 28 September 2011

SILA BACA DAN RENUNGKAN!




JEMPUTAN MALAM INI

















RUMAH TERBUKA – RUMAH TERKANGKANG

Di hujung minggu diakhir bulan September ini jalan-jalan di Kuala Lumpur macet lebih dari biasa. Inilah hujung minggu paling sibuk untuk jamuan ‘rumah terbuka’ – minggu terakhir dibulan Shawal. Bila melihatkan kereta yang berasak-asak lalu aku teringat akan surah yang telah diturunkan oleh datuk nenek moyang kita beratus-ratus tahun dahulu. Surah ini wajib diulang baca agar kita tahu dari mana asal kita dan hendak ke mana arah kita.

Yang buta datang bertongkat
Yang capek datang berensot
Yang kurap membawa buluh
Yang pekak membakar meriam


Inilah gambaran rakyat jelata yang datang ke perkarangan Istana ketika Sang Raja mengadakan kenduri kendara atau pesta perkahwinan putera atau puterinya. Sekali sekala Sang Raja akan ‘berolek’ atau berkenduri. Surah ini bukan surah setan kerana aku sendiri pernah berpesta di Bukit Chandan ketika merayakan hari ulang tahun keputeraan al-Marhum Sultan Idris Shah di Kuala Kangasar pada tahun 1970 dahulu. Pesta ini berlangsung selama 40 hari 40 malam. Memang hebat.

Yang berjoget dipentas joget
Yang berwayang melihat Pak Dalang
Yang bertikam teka menikam
Yang berloto di dewan lotto
Yang berwiski di bilik wiski
Yang berendut dibilik gelap


Aku juga tidak akan lupa ketika aku membesar di Jelebu aku pernah melihat bagaimana al-Marhum Tunku Munawir telah datang ke Jelebu saban tahun untuk berpesta memburu selama sebulan. Tempat yang dipilih ialah Kenaboi wilayah yang paling ulu yang dipenuhi oleh binatang liar. Di pesta memburu ini para towkay China dan amoi-amoi genit akan datang bersuka ria. Mereka berjudi dalam hutan sambil minum-minum dan berpoya-poya. Inilah tanda mercu kebanggan raja-raja Melayu kita.

Sekarang semuanya telah berubah. Iklim politik telah berubah. Tetapi berjudi dan berpoya-poya masih ada. Tetapi para Sultan tidak lagi berjudi di Hutan Kenaboi atau Hutan Kongkoi. Mereka beralih ke Ritz di London atau berkapal di Laut Tengah. ‘Enjoy de menjoy’ masih diteruskan kalau tidak mereka bukan lagi sosok yang beraja dimata dan bersultan di hati.

Lalu timbul soalan – apa yang akan terjadi kepada Si Melayu yang buta, yang capek , pekak dan yang berkurap dan rakyat biasa?

Jangan risau peranan ‘ raja’ ini telah diambil alih oleh para politikus. Manusia Melayu yang tebal sikap feudalnya wajib terus difeudal dan dibangangkan. Jika manusia Melayu ini cekap berilmu dan meninggalkan sikap dan budaya feudal maka ramai politikus kita hari ini terpaksa bekerja membawa teksi atau pun menjadi bouncer kelab malam di Bukit Bintang.

Sebenarnya biar aku terangkan disini – ini adalah kali kedua aku menuliskan padangan aku tentang budaya ‘rumah terbuka’ ini. Mungkin ramai akan menganggap aku ini pembawa ayat-ayat setan. Ayat-ayat potong stim yang memperlekehkan perjuangan para politikus. Memang betul yang aku surahkan ini adalah ayat-ayat potong stim dan ayat-ayat setan tetapi semua ini adalah ayat-ayat setan yang jujur.

Aku masih ingat lagi – kali pertama aku menulis tentang ‘rumah terbuka’ ketika Parti Keadilan Rakyat hanya memiliki satu kerusi Parlimen. Ketika itu aku melihat PKR mengada-ngada. PKR yang kekurangan dana telah membuat pesta rumah terbuka walhal sebuah pejabat pun tidak dapat diuruskan. Juga, ketika itu hanya ‘orang kaya’ dalam PKR sahaja yang berkeupayaan membuat pesta-pestaan rumah terbuka. Orang kaya ini dengan ajendanya mencari pengaruh untuk terus berkuasa.

Hari ini aku perhatikan budaya rumah terbuka ini semakin lucah lagi melucahkan. Penglucahan budaya rumah terbuka semakin menjadi-jadi apabila demam pemilihan parti atau desas desus pelihanraya hampir tiba. Aku perhatikan dengan mata yang jujur, kini para politikus dengan perlahan-lahan telah mengambil alih peranan Raja. Sama ada mereka sedar atau tidak manusia Melayu yang feudal ini terus difeudalkan. Jiwa manusia Melayu terus dihambakan.

Dari kitab-kita kuno Melayu – aku diberitahu tentang pesta dan kenduri Raja Raja Melayu dimana orang biasa telah datang berduyun-duyun untuk menerima habuan makanan dari Sang Raja. Kenduri kendara Raja ini adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh orang kampong. Jika bernasib baik ada yang akan mendapat satu persalinan anugerah Sultan. Maka dapatlah si buta dan si capek bertukar pakaian. Setahun sekali atau seumur hidup – rakyat biasa ini akan dapat menjengok muka untuk melihat Istana Raja dan melihat betapa rajanya Raja mereka.

Kepala lembu timbun membukit
Kepala kerbau naik mengunung
Kepala kambing susah dihitung
Nasi mendideh menganak sungai
Kerak nasi membusut jantan
Hampas kepala melebar padang
Maka berjamulah rakyat saentero negeri


Apa yang datuk nenek moyang kita surahkan dahulu, kini jelas berulang lagi. Kalau dulu Raja dan Sultan berkenduri di perkarangan Istana. Kini pesta rumah terbuka para politikus diadakan di dewan atau di hotel. Tetapi lebih afdal kalau pesta rumah terbuka ini diadakan di kawasan yang berhampiran dengan pejabat parti atau dikawasan perumahan para pengundi.

Rakyat dijemput – tetapi bukan lagi dijemput dengan pukulan tabuh dan canang. Kini jemputan diiklan di akhbar, radio, tv dan kain rentang. Rakyat terutama yang bakal menjadi pengundi berbondong bondong dibawa datang. Setiap politikus dengan angkuh dan gah akan cuba membuat rumah terbuka yang terhebat dan terbesar. Lagi tinggi angka yang datang lagi hebat dan gah si politikus ini. Lagi terjamin kerusi politik yang ingin dimenangi.

Kalau dulu Raja dan Sultan memberi persalinan. Kini di pesta rumah terbuka – ada juga pemberian dan anugerah. Ianya disampaikan oleh Sang Politikus. Kanak-kanak berbaris untuk mendapat angpow duit raya. Warga emas yang uzur dan miskin akan mendapat sedekah - sekampit beras sebungkus gula bersama dengan sampul surat berisi duit. Masjid dan surau juga akan mendapat dana sokongan. Pada tahun 2011 ini tangan yang dicium ialah tangan Menteri dan para YB . Inilah yang aku nampak sedang berlaku.

Disini aku akan meneruskan ayat-ayat setan yang pasti akan memotong stim para politikus. Aku lakukan ini kerana secara sedar aku melihat pesta rumah terbuka yang kita bersama budayakan ini ialah amalan rasuah dan politik wang. Bezanya –politik wang dipesta rumah terbuka ini kita lunakkan dengan kopiah, baju Melayu dan Baju Kurung, dengan salaman dan maafan, sambil bertanya khabar dan kita akhiri dengan mengucap alhamdulilah - bersyukur dan berdoa agar kita dipanjangkan umur untuk sama-sama berpesta di tahun hadapan.

Aku juga terbaca dari akhbar arus perdana tentang 30 ribu orang tetamu Najib Razak hadir makan makan di pesta rumah terbukanya di Permatang Pauh. Betul. Memang betul Permatang Pauh yang aku tulis. Permatang Pauh tempat pesta rumah terbuka Najib. Rumah terbuka Najib bukan di Pekan di kampong halaman Najib sendiri. Memilih Permatang Pauh ini memperlihatkan jelas wujudnya niat politik di sebalik serban yang hijau yang berkibar.

Dari Haji Desas bin Lebai Desus aku juga mendengar kesah bagaimana seorang Menteri di Wilayah Kuala Lumpur telah mengadakann pesta rumah terbuka dengan 25,000 tamu jemputan. Tidak cukup dengan makan dan minum – para tamu ini juga mendapat oleh-oleh untuk dibawa pulang.

Aku merasa amat sangsi kerana belanja pesta rumah terbuka ini bukan satu yang murah. Kalau seribu yang datang berapa agaknya perbelanjaanya? Kalau tiga, empat atau lima ribu tamu yang datang berapa puluh ribu ongkos yang wajib dibayar? Aku tidak dapat menghitung kerana aku bukan politikus yang mencari undi. Perbelanjaanya pastilah lebih dari jumlah duit yang pernah aku lihat seumur hidup aku. Dari mana datangnya duit ini? Ini permainan politik wang a.k.a RASUAH. Inilah persoalan yang ingin aku timbulkan.

Untuk seorang Menteri atau YB dari United Malay National Organsiation aku tidak hairan. Mereka memiliki dana khusus. Malah kenduri kendara ini adalah mondus operandi politik mereka. United Malay National Organisation tidak ada keupayan untuk membuat kerja politik selain dari makan, berkenduri dan menyampaikan dana.

Apa yang membingongkan aku ialah pesta rumah terbuka dari para YB Parti Keadilan Rakyat. Dari mana agaknya mereka mencekau duit perbelanjaan untuk pesta ini. Aku amat gusar dan risau kerana disinilah para towkay dan ‘funder’ – seperti Datuk Lim dari Jelebu yang membayar semua perbelanjaan pesta memburu al-Marhum Tunku Munawir dahulu - akhirnya banyak hutan balak di Negeri Sembilan bertukar tangan. Menerima budi dari ‘funder’ ini bukan hanya akhirnya terjual ‘body’ tetapi lebih dari itu.

Ada lagi satu pekara yang ingin aku surahkan disini. Mungkin tepat dan mungkin juga tergelincir pandangan ini. Ketika Perang Dingin antara Russia dan kuasa imperialis Amerika dahulu - yang menjadi kiraan ialah kekuatan senjata. Russia ada senapang Klashinkov - Amerika ada M16 . Amerika membuat peluru berpandu – Russia juga membuat peluru berpandu. Russia ada kereta kebal T90 – Amerika membuat M1 Abrams. Amerika naik ke bulan – Russia menuju ke bintang Marikh.

Amerika mendirikan NATO – North Altantic Treaty Organisation – Russia mendirikan Warsaw Pact. CIA menjemput para akademik atas nama East West Center – Russia menjemput pelajar Dunia Ketiga ke Patrice Lumumba Universiti. Dua negara super ini berlawan dan berlumba-lumba mencari pengaruh.

Lalu aku terfikir – bukan selalu aku berfikir – kalaulah aku ini United Malay National Organisation – aku akan buat lagi banyak pesta-pestaan dan kenduri kendara. Aku akan hadiahkan lagi banyak hamper dan bungkusan. Aku akan bersedekah bukan hanya pada bulan puasa tetapi disetiap hari Jumaat. Kalau kerjaan Selangor beri khariat kematian aku akan beri khariat untuk anak yang belum dibuat. Aku akan lakukan ini seolah-olah ini adalah kerja politik.

Aku jamin pasti ada pemimpin, ahli dan aktivis PKR yang akan membotot sama. Mereka menganggap ini kerja dan tugas politik. Mereka terpaksa mencari Doktor Ayam. Atau mencari satu dua cukong atau ‘funder’ untuk menggantikan Datuk Soh Chee Wen. Pas akan mengekor dari belakang menumpang basikal PKR macam hantu bonceng.

Aku berani berkata sedemikian kerana aku cukup sedar bahawa United Malay National Organsiation tidak ada kekuatan politik untuk membuat kerja politik. Mereka hanya sanggup berkenduri kendara dan berpesta-pestan. Tetapi awas ! Mereka akan berjaya kerana mereka memiliki kuasa daulah. Dengan kuasa ini mereka boleh mengarahkan Bank Negara mencetak duit. Samalah macam Amerika ketika Perang Dingin dahulu mengarahkan Federal Reserve mencetak dolar – akhirnya Russia terbarai muflis.

Apa yang aku tulis bukan aku menentang budaya baik rumah terbuka. Tetapi yang aku tulis ini bukan budaya rumah terbuka tetapi ‘ budaya rumah terkangkang’ dimana Haji Funder, Lebai Cukong dan Lebai Rasuah akan menerbus masuk.

Amalan budaya pesta-pestaan - budaya rumah terkangkang - ini adalah budaya feudal. Budaya feudal ini akan terus membodohkan orang Melayu. Budaya feudal ini akan terus membangangkan manusia Melayu. Manusia Melayu akan terus berjiwa hamba. Manusia Melayu terus di patronise. Manusia Melayu terus dijadikan angka dalam kiraan kuasa dan undi politik.

Yang papa jalan kaki
Yang tak berduit naik lrt
Yang okay naik Kancil
Yang kaya naik Mercedez
Berbondong datang untuk mencium tangan YB


p/s: aku hampir terlupa
kerja yang paling bodoh dalam dunia ini
ialah meniru kerja dan perangai musuh kita (TT)

NOTA:
tulisan ini telah dipanjangkan isi
dari yang keluar diakhbar mingguan
SUARA KEADILAN yang terbaru.

sesiapa yang ingin melangan akhbar
ini sila pukul talipon
03-22-72-40-45

JANGAN LUPA MALAM JUMAAT


19 ulasan:

mek berkata...

tulisan tt sangat membuka minda.
didoakan tt sentiasa sihat sejahtera supaya terus dapat membuka minda rakyat malaysia.

syabas tt

Tanpa Nama berkata...

isham ,

aku nak bgtau ko ni . ini cerita betul . aku ada la pergi rumah terbuka Menteri Pertahanan (Zahid Hamidi) aritu . saje nak makan-makan . tengok ada pulak orang beratur amek 'ang pow' . aku pun sondol sama . bila buka sampul , aku terkejut . RM 100 !!!! beeeb ! gumbira memang gumbira . cuma aku musykil , kalau setiap sorang dapat RM 100 , bayangkan berapa banyak RM 100 yang dibagi untuk ribuan orang pada masa tu ?

Kesimpulannya , makan aku sapu . duit pun aku sapu . Bila pangkah , aku akan pangkah Pakatan . kekeke

Tanpa Nama berkata...

macam babi betul la perangai orang melayu sekarang.. time semayang dia semayang, time makan rasuah, dia makan rasuah.. adabetina, dia pun belasah sama.. time raja mentri dan ahli politik datang, dia membodek sama naik dengan Datuk Lim Jelebu tu..

bagus isham, idea ni memang dah lama bersarang dalam kepala pelir aku, tapi aku tak reti nak luahkan secara ilmiah..

satu cetusan idea yang cukup aku tunggu2.. penciptaan teori aku sudah hampir menjadi kenyataan, sbb praktikalnya sudah menjadi darah daging bangsaku.. pelik kan? orang buat teori dulu, baru dibuktikan dengan praktikal.. tapi melayu pulak, praktikal dulu, baru cipta teori.. apa nak buat, hidup dalam budaya melayu yang malas membaca dan berfikir.. sistem kucar kacir dikatakan sistematik dan bersopan santun! kepala butuh dia la..

Tanpa Nama berkata...

aku kesian kat melayu yg berjiwa hamba, tapi nak buat mcmana dah memang melayu bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Dear TT,

A daring writing. Not everybody can write as open like U, TT.

Ur article is a mind opener. Makes us look from a different perspective.

A masterpiece from U,

Keep writing, TT and take care.

Tanpa Nama berkata...

Insaf aku dengan tulisan TT. Tapi tu lah majoriti Melayu bangang bawak sampai ke mati. Oi! Tanpa Nama 3.04 aku tak boleh tahan dengan Perenggan No. 2 ko tu.

Kampong Kemin berkata...

CAYALAH TT..MEMANG KITORANG SEMUA SANJUNG TINGGI TT.

Tanpa Nama berkata...

Aku tak tahu pula ada 'sampul' pergi rumah menteri. Isi banyak pulak tu.
Tahun depan confirm semua rumah menteri aku akan pergi termasuk Sabah Sarawak.
Undi....mampuih hang le...sorry

dinpalat arau berkata...

Boleh tak di senaraikan nama2 YB xkira parti apa pun yang "TURUN PADANG"?

Tanpa Nama berkata...

TT, lama dah aku perati...sbb dlm pr pun ramai yg masih bn

Tanpa Nama berkata...

kepada pemimpin2 veteran yg melompat dr umno ker pr... ramai yang hanya berlakon tapi sebenarnya jiwa umno masih tebal...bila dpt kuasa nanti nmpak la true color termasuk la jugak perangai bini2 deme.

Tanpa Nama berkata...

tuan tt
terimakasih atas ulasan dan ingatan yang amat terang dan ikhlas.idea bernas ini bukan mudah untuk difahami kecuali bagi dada yang terbuka dan hati yang elok tidak tercemar.banyak lagi yang tidak manis berlaku dalam manusia melayu contoh bagaimana manusia melayu boleh ada raja samapi 7 atau 8 orang.kalau raja2 ini ada daulat sudah tentu manusia melayu sudah naik ke bulan.realitinya habuk pun tak dak.bahkan dikalangan mereka pun tak boleh bersatu.bukankah amat pelik otak manusia melayu boleh menerima begitu banyak raja2 hatta negeri kecik sekankang kera pun ada raja. akhir kalam saya doakan banyak lagi buah fikiran tuan tt yang bernas dan berkesan
wasallam,
ytm

Tanpa Nama berkata...

Bile Lu ckp mcm ni, aku pikir balik, ade betulnye.
Teringat dulu aku gi open house Hassan ali kat Damansara. Penuh dgn makanan & gerai2 cendol & satay. Pastu die kuar,die ckp..makan Malian semua. Silakan makan. (lebih kurg mcm tu la). Bile ingat balik, mcm riak pun ade,belagak pun ade. Bajet die raja kot.

Ps; teringat banner iklan open house kat website TT. Janji Lu masyuk bro.

Tanpa Nama berkata...

aku setuju dan sependapat dgn tuan TT..PR belum memerintah sepenuhnya dah nampak cara berbelanja seperti Umno..kalau boleh...ubah cara pemikiran jangan jadi seperti orang Umno!

Tanpa Nama berkata...

Rencana yang membuka minda.. saya ingat lagi tahun 90'an, madey memeng gila "open house" sampai tak cukup makan kat Sri perdana... Lepas tu, otai-otai MIC, MCA & Gelakan ikut sama.. Memang budaya bodoh... Kita dapat makan free sekali... Dia rompak harta negeri....

Rakyat M'sia berkata...

Aku dah lama perhatikan benda ni.Bangsa lain pesta2 kejap je ini sambut raya pun sebulan. Bab membazir satu, bab meniru dah memg hebat la. Tak lama lagi memang muflis Tanah Melayu ni. Keep it up bro. Aku memang suka idea ko.

Tanpa Nama berkata...

TT, menteri yen yen selesai jamu raya kat Parlimen Raub beb....
ratus riban jugak habis...
mana datang duit entah la...
siap dam dum dam dum mrcun wei...

Tanpa Nama berkata...

"Kalau kerajaan sel beri khairat kematian, aku akan beri khairat kat anak yg belum dibuat"
Hahaha gila baban ramai hahah terbaekkkk!!!

- chaos

Tanpa Nama berkata...

nurul izzah dah gelabah..bajet anak anwar dia boleh buat apa saja..tak smeestinya join forum2 anak muda dia leh watpe..mana dapt duet weh wat umah terbuka..