Khamis, 29 September 2011
GAAS GAS GUUUUS
APA SUDAH TERJADI?
POLIS : LETUPAN EMPIRE GALLERY TIADA KAITAN KERJA SABOTAJ, PENGGANAS - minsider
SUBANG JAYA, 28 Sept — Polis menolak unsur sabotaj dan keganasan sebagai punca letupan yang menggegarkan kompleks membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi ini.
Sebaliknya, pihak berkuasa itu mengesahkan letupan disebabkan kebocoran gas yang kemungkinan ada kaitan dengan elemen kecuaian.
Timbalan Ketua Polis Selangor A. Thaiveegan memberitahu pemberita di tempat kejadian, kompleks itu akan dikosongkan sehingga diberitahu kelak.
Kompleks itu menempatkan menara pejabat 12 tingkat, pusat membeli-belah lima tingkat, ruang pejabat kecil sembilan tingkat dan hotel 10 tingkat.
“Ramai yang menghubungi saya untuk bertanya sama ada kejadian ini disebabkan oleh kerja-kerja sabotaj atau keganasan. Hasil siasatan awal, tiada bukti kerja khianat dalam kejadian ini.
“Bermakna tiada (unsur) sabotaj dan tiada kaitan dengan keganasan, bermakna kemungkinan disebabkan kecuaian,” katanya lagi.
Katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Suruhanjaya Tenaga akan meneliti punca yang menyebabkan kebocoran.
NOTA:
pelik pulak kenapa polis keluarkan kenyataan sedemikian?
kenapa ramai bertanya apakah ini kerja sabotaj?
yang peliknya sisatan masih berjalan
di malaysia ini cara membaca akhbar agak berlaian dari negara lain
bila polis buat kenyataan sedemikian
lagi banyak menimbulkan spekualasi!
JEMPUTAN FORUM MALAM INI
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Ini baru gas meletup..bulan lagi reactor nuklear.
selalunya terbalik. jadi saya percaya ni kerja sabotaj
ini mcm mau buat loji nuklear??rentikan la monyet..yg ni pun cuai..
pendapat aku psl kes ni cam satu perancang halus KERAjaan utk gubal akta baru ganti ISA..jd wat drama keganasan spy rakyat jd takut dn akan menyokong akta baru yg mgkn lebih zalim drp ISA..
Catat Ulasan