Rabu, 19 Oktober 2011

INI CARA MENDAPAT BANYAK UNTUNG




BANK OF LONDON DI TAWAN


nota:
tak guna rayu rayu
buat abis boreh
buat loteh lidah

humbankan saja gerombolan
tubuhkan kerajaan baru
ini saja jalan terbaik!



KERAJAAN DIRAYU SAMBUNG KONTRAK 45,000 STAF - meloya

KUANTAN 19 Okt. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menyambung semula kontrak kira-kira 45,000 penjawat awam yang akan tamat pada 31 Disember ini.

Presidennya, Omar Osman berkata, beliau menerima aduan daripada banyak agensi, jabatan dan badan berkanun bahawa kesemua penjawat awam daripada pelbagai jawatan itu tidak akan disambung semula kontrak mereka.

"Kesemua mereka telah menerima surat rasmi bahawa kontrak mereka yang bakal tamat hujung tahun ini tidak akan disambung seperti kebiasaan.

"Justeru, saya merayu kepada Najib Razak supaya mempertimbangkan perkara ini dengan menyambung semula kontrak mereka," katanya.

Menurut Omar, seiring dengan dasar kerajaan pada 2012, maka beliau yakin pelbagai kekosongan jawatan boleh ditawarkan kepada mereka.

"Saya menyeru kerajaan supaya menyambung semula kontrak mereka antara dua hingga tiga tahun kerana kebanyakan mereka telah berkhidmat antara lima hingga 15 tahun.
"Malah, kebanyakan daripada mereka adalah lepasan universiti yang menyandang gred 41 iaitu daripada kumpulan pengurusan dan profesional," jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, terdapat beberapa jabatan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan staf kontrak daripada Kementerian Sumber Manusia disambung semula kontrak perkhidmatan mereka.

"Saya bimbang jika kontrak mereka tidak disambung akan menimbulkan konflik dan pastinya membebankan kehidupan mereka terutama yang telah berkeluarga," ujarnya. –

NOTA:
kenapa anak muda diseluruh dunia bangun memberontak?
kenapa nak tawan wall street
kenapa nak tawan madirid
kenapa nak tawan city of london

inilah salah satu sebabnya
kerajaan membenarkan kerja kontrek
lihat berapa ramai yang kerja secara kontrek
kerja kontrek:
tak ada kwsp
tak ada cuti umum
tak ada cuti sakit
tak ada overtime
tal ada jaminan apa apa

inilah rancangan kerajaan rosmah/najib
yang ingin meminda akta pekerja 1955
akata ini akan membenarkan majikan
membuang pekerja tanpa dakwa dakwi
menghapuskan pekerja tetap
semua syarikat
semua jabatan
semua gedong perniagaan
akan dibenarkan pakai pekerja kontrek


NOTA:
nanti akan ada
cik gu kontrek
askar kontrek
polis kontrek
pegawai daerah kontrek
trafik kontrek

yang jadi kaya raya kontrektor
yang lain papa kedana
kah kah kah


LAWAN DAN LAWAN


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya salah seorang pekerja kontrak itu. cis.

mat karung guni berkata...

Perkerja kontrak yang nak dibuang tu termasuklah kerani, pen.pegawai dan pembantu am. Tetapi kalau profesor yang bongkok nak mampus dan dah sambung 3 kali pun masih lagi disambung kontraknya. Cuba congak gaji mereka ni...seorang 15,000 ringgit tapi kerja macam tu jugak. Sebenarnya profesor ni tak mau berhenti sebab hutang belum langsai atau baru tukar kereta...siapa nak berhenti kalau gaji sebanyak tu dan boleh membayar gaji 10 pembantu makmal kalau di universiti. Senang cerita mereka ni je yang nak hidup...orang lain pergi mampuslah...Itulah yang berlaku di Universiti-universiti di malaysia ni. Kerja temberang je...bukan aku tak tau!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

tt,
apo bondo yg nak berimpun sejuta umat 22okt ni? cubo ekau komen an sikit. cerito murtad, tapi duit zakat e tah ke mano...berkait tu.

Tanpa Nama berkata...

omar osman ni mmg bangang. lembut sangat dgn PM. ada share kot?

Tanpa Nama berkata...

Isu pekerja kontrek ini saban tahun akan berkumandang. Bila sampai hujung tahun ianya akan kedengaran lagi. Begitulah seterusnya saban tahun. Itulah sumber ugutan dan modal pihak kerajaan yang sengaja mempermainkan emosi dan jiwa para pekerja. Acah2 nak buang, lepas tu sambung....acah2 nak buang lepas tu sambung. Bila sambung konon2nya kerajaan berjasa sangat2 pada pekerja. Balasannya pekerja terus tertipu dengan ugutan dan terus menyokong gerombolan...sampai bila...tamatkan aje riwayat pemerintah macam ni....pru13 bom jangka buat umnoumcobn....pasti dengan izin Allah.