Sabtu, 29 Oktober 2011

PERJUANGAN BAHASA MELAYU




SEJARAH PERJUANGAN BANGSA





TERUS PERKASAKAN BAHASA MELAYU


Dalam tempoh seminggu dua terakhir ini, kedengaran suara positif daripada kerajaan, terutamanya YAB Timbalan Perdana Menteri, untuk kembali memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Hal ini ditegaskan lagi oleh beliau ketika merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan di Melaka baru-baru ini.

Pandangan positif tersebut adalah sejajar dengan usaha pembinaan jati diri bangsa, yang berpaksikan bahasa kebangsaan sebagai tiang serinya.

Sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat, sudah menjadi tanggung jawab sejarahnya untuk mengekalkan dan memperkasakan sistem pendidikan dalam bahasa kebangsaan, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Bahasa ini bukan sahaja menjadi alat pengajaran tetapi juga alat pemikiran, pembentuk konsep dan pandangan hidup khusus Malaysia.

Namun kami percaya sebagai sebuah negara yang menjadi warga dunia maka bahasa dunia lainnya, termasuk Inggeris harus diperkenalkan dan diajar di sekolah-sekolah kita. Kami berpegang kepada kebijakan wira tempatan kurun ke-16, iaitu Hang Tuah, yang diperikan sebagai menguasai 12 bahasa, untuk menunjukkan betapa pentingnya kita menguasai bahasa-bahasa lain tanpa menggadaikan maruah bahasa Melayu sendiri.

Sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia tidak mungkin menawarkan pilihan, sama ada untuk menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tertentu. Ini bukanlah cara yang berkesan dalam menyatu padukan warga negara dan membina sebuah negara bersama. Cara begini akan memperingkatkan dan membahagi-bahagikan kita dalam berbagai-bagai kelompok, di samping memperluaskan jurang pendidikan dan ekonomi antara bandar dan luar bandar.

Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris kurang berkesan sebagai wahana untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar, kerana kedua-dua subjek ini tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk memperhalus dan meninggikan bahasa Inggeris melalui kosa kata yang merentas bidang, segala nuansa serta metaforanya – semua ini wajar dikuasai pelajar untuk menjadi pengguna bahasa Inggeris yang berkesan.

Di samping itu, sebuah kajian oleh Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) pada 2007-2008, yang melibatkan 50 penyelidik yang mewakili kepakaran pendidikan peringkat universiti, yang melibatkan 70 sekolah menengah dan 90 sekolah rendah, yang termuat dalam buku laporan mereka setebal 186 halaman (tidak termasuk tiga lampiran penting) – menunjukkan bahawa dasar PPSMI telah gagal untuk mencapai matlamatnya.

Sehubungan itu, yang perlu diperbaiki ialah modul serta kurikulum bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kita. Adalah menghairankan, setelah para pelajar kita belajar bahasa Inggeris selama enam tahun di sekolah rendah, dan lima tahun di sekolah menengah, kebanyakan mereka masih belum dapat menguasai bahasa ini dengan baik. Sebaliknya, sebahagian pelajar lepasan sekolah menengah kita hanya memerlukan masa dua tahun untuk menguasai bahasa Jepun, Perancis, Jerman, dan terbaharu bahasa Rusia – bagi mengikuti kursus sains, teknologi dan perubatan di negara-negara berkenaan. Kita harus mencari contoh di Sweden, Denmark atau Belanda, di mana pengajaran lebih berkesan dan pelajar cepat menguasai dengan baik bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman.

Bukti bahawa bahasa Melayu boleh dikekalkan dalam sistem pendidikan kebangsaan kita hingga ke peringkat universiti, dan dalam masa yang sama mahasiswa boleh mengasah kemahiran bahasa Inggeris mereka, dapat dilihat melalui kisah kejayaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak penubuhannya pada tahun 1970. Sehingga tahun 1990-an, UKM telah menghasilkan lebih 450 tesis Ph.D dan lebih 2,000 tesis Sarjana (MA & M.Sc.) dalam bidang sains dan pelbagai bidang lain, yang ditulis dalam bahasa Melayu. Lepasan UKM ramai yang telah menjadi profesional yang dihormati di dalam dan luar negara,, termasuk dalam bidang sains, matematik, kejuruteraan dan perubatan.

Walau pun telah mengikuti kurus-kursus dalam bahasa kebangsaan di Malaysia mereka tidak banyak menghadapi masalah apabila mengikuti kursus-kursus ijazah tinggi di UK, AS, Australia, Perancis, Jepun, negara-negara Timur Tengah, Rusia dan Ukraine.

Untuk terus memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, penerbitan buku-buku ilmiah dalam pelbagai bidang, dan untuk bacaan pelbagai peringkat pembaca, mestilah terus ditingkatkan jumlah serta mutunya. Janji YAB Timbalan Perdana Menteri untuk memberi dana khas penerbitan buku ilmu, seperti yang diumumkan baru-baru ini, merupakan peluang yang harus diambil oleh semua pihak, terutamanya tenaga pengajar di semua universiti awam negara ini.

Sehubungan itu juga, pihak universiti awam wajar mengiktiraf sumbangan tenaga pengajar mereka yang menghasilkan penulisan dalam jurnal atau dalam bentuk buku dalam bahasa Melayu, bagi pertimbangan sumbangan ilmiahnya, termasuk kenaikan pangkat – selain sumbangan dalam jurnal antarabangsa. Jika universiti awam di Malaysia tidak mengiktiraf penerbitan dalam bahasa kebangsaan, kepada siapa lagi nasib bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu hendak diserahkan?

Kami percaya jika sumbangan penulisan dalam bahasa Melayu oleh tenaga pengajar diiktiraf oleh universiti awam masing-masing, 1,700 professor yang diwakili dalam Majlis Profesor Negara, dan 25,000 tenaga pengajar di universiti-universiti awam kita akan kembali aktif menulis karya-karya ilmiah dalam bahasa Melayu dan memulakan suatu gerak baru dalam sejarah bahasa kita.

Kami juga mengharapkan Dewan Bahasa dan Pustaka akan memainkan peranan penuhnya secara terbuka, melibatkan semua suku bangsa, dinamik dan imaginatif. Kehadiran bahasa Melayu di dunia juga harus ditegaskan. Hubungan antarabangsa yang lama terbina dalam hal-hal kebahasaan harus diteruskan.

Kami juga ingin mencadangkan supaya diisytiharkan Hari Bahasa Melayu Sedunia pada salah suatu hari dalam Bulan Bahasa Kebangsaan. Hari Bahasa Melayu Sedunia ini dapat dirayakan di semua negara berbahasa Melayu dan di institusi pengajian tinggi dan diplomasi di luar daerah Asia Tenggara.

Kami juga mencadangkan supaya diiktiraf penutur bahasa Melayu yang baik di kalangan warga negara Malaysia dan juga diplomat, pengusaha serta penduduk yang berasal dari luar negara.

Kita perlu semarakkan suatu bahasa dunia yang besar lagi penting ini, supaya apinya dapat menerangkan ilmu dan memberi warna indah kepada jati diri kita.

SN Dato’ Prof. Shahnon Ahmad
SN Dato’ A. Samad Said
SN Profesor Dr. Muhammad Haji Salleh
SN Dato’ Noordin Hassan
SN Dato’ Dr. Anwar Ridhwan
SN Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah.


Kuala Lumpur,
18 Oktober 2011.



5 ulasan:

Anak Muda Diperantauan berkata...

Salam TT,

Saya mintak maaf sebab salah post kat entry nih tapi apa yg saya nak share hanyalah sekeping gambar yg penuh erti buat kita anak2 muda & juga bagi anjing2 kerajaan (Polis) supaya boleh jadikan amalan

Gambar nih ketika berlangsungnya peridangan CHOGM Australia skg ini.

http://img824.imageshack.us/img824/1609/australianpoliceatchogm.jpg

Terima kasih sejkiranya pihak TT dapat jadikan bahan utj anak2 muda di Malaysia

Tanpa Nama berkata...

anak muda masih bengong lagi la kat malaysia ni isham.. nama saja anak muda, tapi penakut.. dididik mengemulate perangai seekor babi jer.. malu dan penakut tak berkesudahan..

tengok anak2 muda hari ini, teringat gua kat disko jalan telawi.. pegi mabuk macam mamat isap dadah jer.. dapat hidu burit.. sudah dapat masuk syurga.. hahahaha.. itulah perumpamaan anak muda hari ini..

sampai mampos pun malaysia tak akan berubah.. dilatih dengan wang fiat, sampai bila pun tak akan jadi kaya.. hari ini semua orang ligan duit.. inflasi bulanan 1%.. setahun dah 12%.. gomen kencing kata 4-5%.. fix deposit pun bank bagi 3-4%! alahai..bodohnya umat islam malaysia.. berduyun2 ustaz syarah jangan masuk ASB.. berbondong2 pulak simpan dalam ASB.. anak2 muda dah tak mahukan islam lagi.. mereka suka lendir.. lendir lu tau tak? tau tak takper...

Tanpa Nama berkata...

7. Budaya Baca
Jangan kaget kalau anda datang ke Jepang dan masuk ke densha (kereta listrik), sebagian besar penumpangnya baik anak-anak maupun dewasa sedang membaca buku atau koran. Tidak peduli duduk atau berdiri, banyak yang memanfaatkan waktu di densha untuk membaca. Banyak penerbit yang mulai membuat man-ga (komik bergambar) untuk materi-materi kurikulum sekolah baik SD, SMP maupun SMA. Pelajaran Sejarah, Biologi, Bahasa, dsb disajikan dengan menarik yang membuat minat baca masyarakat semakin tinggi. Saya pernah membahas masalah komik pendidikan di blog ini. Budaya baca orang Jepang juga didukung oleh kecepatan dalam proses penerjemahan buku-buku asing (bahasa inggris, perancis, jerman, dsb). Konon kabarnya legenda penerjemahan buku-buku asing sudah dimulai pada tahun 1684, seiring dibangunnya institute penerjemahan dan terus berkembang sampai jaman modern. Biasanya terjemahan buku bahasa Jepang sudah tersedia dalam beberapa minggu sejak buku asingnya diterbitkan

Tanpa Nama berkata...

salam,

boleh semua komen ikut entri...? pasal bahasa melayu. yang teruk org msia tak mahu cakap melayu ni, banyak di bandar besar mcm kl, penang...

kl toksah cakap la, syarikat keparat semua tak pakai bahasa melayu langsung. senang cerita, tosah mimpi la bahasa melayu akan diguna pakai oleh semua ORANG di msia.

yg lahir di sini namun hanya pakai b. inggeris dlm hidup seharian, berapa ratus ribu orang? atau juta? mereka ini langsung tak mahu belajar cakap bahasa melayu, anak2 mereka sejak kecil diasuh utk bertutur dalam bahasa inggeris SHJ selain bahasa ibunda mereka. sendiri tahu la kan.

aku pernah kerja di sebuah firma pengiklanan besar di tengah KL-haram depa nak cakap melayu di sana, memang rasa terpinggir.

Tanpa Nama berkata...

salam 1 malaysia
propeser dan doktor kalian

memangle bagus jika
bm memanglah bagus jika ianya bolih jamin dapatkan
kerja -propeser/pensyarah yang dapatkan gaji sehingga rm 20 000 sebulan.

BM dalam hidup
--------------------------

BM adalah base untuk buruh/kuli/ mat despatch/ orang kampong .

Tak setuju?

lihat aje siapa guna bm di universiti yang kamu guna

graduan universiti tempatan khusunya melayu susah nak dapat kerja



pasal ape?

tak leh nak cakap omputih.

berapa banyak yang dapat kerja gomen yang ada setiap tahun?



fakta-

>gomen dah swastakan banyak department -tnb/ telekom/

implikasi- pemegang lesen swasta nak ore yang bolih tutur base inglis

kalau pompuan -mereka mesti pakai baju seksi/ spik inglis cara seksi bukan broken inglis


>opiser melayu memgang jawatan bosar spik inglis macam buruh indon.

bayangkan doktor thai bolih tanya loyar bosar dari sprm ' kamu nih loyar ke ....?

[lihat youtube sprm-kes teo beng huat]

penguasaan base inglis menunjukkan kelas, standard yang diharapkan dari profesional


propeser melayu- celaka besar /pengkianat masa depan muda mudi melayu


kamu [propeser/doktor pantat] semua celaka besar

-nak kasakan base melayu tapi lingkupkan masa depan remaja melayu


pernahkan kamu lihat apa kerja anak melayu [yang tak dapat 8a] atau yang belajar kat sekolah tepi jalan bolih dapat?


mat despatch siang hari [malam jadi mat rempit]

kalau pompuan - jadi salesgirl /pelakon/ pelacur


kajian kes
---------------

kes ini adalah imbasan kes benar yang berlaku beberapa tahun lampau.

Girl X baru capai umur 18 tahun . Lepas dari sekolah bercita cita

nak jadi pelakun. Dia dikenalkan dengan satu opiser besar gomen dan mereka jalinkan satu seksual relationship. Akhirnya X melahirkan anak

ketika berumur 20 tahun. Ikut gosip opiser besar ini akan keluar opis tengah hari.

Walaupun pun dibekalkan kereta dan drebar , dia akan naik teksi dari

opis ke satu destinasi [secret rendezvou] untuk memuaskan nafsunya.

Akhirnya X hidup menderita sebagai ibu tunggal /berkahwin /ibu tunggal
dan akhirnya meninggal di umur awal 30-an. ini adalah satu snapshot -
satu dari ribuan kes lepasan sekolah yang tak bolih dapat kerja yang bermakna yang sesuai di tahap spm.


Bayangkan amoi Y lepas spm -bolih kerja kat ratusan kedai sparepart kat jalan Ipoh .
Kerja mereka - buat sales dan senggara stok melalui komputer.

Mat Z , lepas spm [ ada 8 kredit] bolih buat kerja sales aje -pasal takde cikgu nak bagi counseling -tunjukkan peluang untuk dia masuk politeknik. Kebanyakan

mat mat yang tak lulus cemerlang hanyalah dapat jadi despatch kat kedai spare part di jalan ipoh.



konklusi
--------------

kepada propeser/doktor pencinta base- a general fu is in order

mat sembab memang bengong . Dia patut jadi mat despatch aje

-itu baru betol.


kaji balik video inkues teoh beng hok baik baik. Kemudian putuskan

adakah ini standard opiser gomen yang kita hendak ?


kalau 'pundek' madey jadi pm lagi - dia tak kisah .

Kutti family must make money first.

Pukimak marina dengan

geng sialan sisters -off -islamnya akan kempen lebih
untuk tambahkan lagi bilangan sundal melayu lepasan spm lagi


khong khek khuat