Isnin, 21 November 2011

LAGI LEMBU SHAHRIZAT - SHAHRIZAT LEMBU





SHARIZAT IALAH LEMBU











SKANDAL NFC:

TIADA PERTANGGUNGJAWABAN DALAM MENGURUSKAN DANA AWAM


KEADILAN mengalu-alukan siasatan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa
Kira-kira Negara (PAC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap
pelbagai urusniaga melibatkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd
(NFC) dan Projek Fidlot Kebangsaan, seperti yang diumumkan mutakhir
ini.

Walau bagaimana pun, isu paling pokok adalah persoalan
pertanggungjawaban awal yang bermula dari Kabinet dan menteri-menteri
kanan Barisan Nasional yang terlibat menganugerahkan projek bernilai
RM250 juta ini kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai kepakaran
dan pengalaman langsung. Dana awam berjumlah RM250 juta pun disalurkan
tanpa ada sebarang jadual pembayaran seperti mana kebiasaannya.

KEADILAN menyeru supaya Perdana Menteri, Najib Razak
segera membuat kenyataan mengenai skandal ini, lebih-lebih lagi
apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani YB Noh
Omar mengejutkan negara apabila mengesahkan bahawa kelulusan projek
ini tidak dibawa ke peringkat kabinet. Sebaliknya, projek berjumlah
RM250 juta ini khabarnya diluluskan oleh sebuah jawatankuasa bukan
kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri.

KEADILAN pada hari ini boleh mendedahkan bahawa unsur penyelewengan
yang mungkin berlaku di dalam NFC dan syarikat-syarikat yang berkaitan
melangkaui pendedahan yang mengejutkan rakyat Malaysia selama ini.

Contohnya, dalam tahun 2010 NFC membelanjakan RM31,580 untuk membiayai
pakej umrah di atas nama Mohamad Salleh Ismail dan Wan
Shahinur Izran Mohamad Salleh. KEADILAN mempunyai bukti jelas
bagaimana arahan agar pembayaran bagi pakej umrah menggunakan dana
awam ini datangnya dari pejabat Pengerusi Eksekutif NFC sendiri.

Selain perbelanjaan bersifat peribadi yang tidak sepatutnya dibiayai
dana awam seperti itu, lebih membimbangkan adalah pelbagai urusniaga
dan pemindahan wang yang melibatkan syarikat-syarikat milik keluarga
Shahrizat Jalil di Singapura.





Justeru, KEADILAN menggesa supaya PAC dan PDRM menyiasat segala
urusniaga di antara NFC, NMLC dan RFC dengan syarikat-syarikat berikut
di Singapura:

Global Biofuture Pte Ltd (200822772H) – carian syarikat disertakan bersama
Meatworks Singapore Pte Ltd (200923276Z) – carian syarikat disertakan bersama

Global Biofuture Pte Ltd terlibat di dalam urusniaga makanan dan bahan
api. Semakan awal menunjukkan syarikat ini dalam proses menubuhkan
pasaraya di Singapura dan disyaki juga terlibat sebagai ejen untuk
mengimport lembu dari luar negara melalui Singapura untuk dibekalkan
kepada NFC. Semakan KEADILAN menunjukkan sehingga akhir Jun 2010,
Global Biofuture Sdn Bhd berhutang dengan RFC sebanyak RM939,495.

KEADILAN percaya bahawa sejumlah wang disalurkan dari pinjaman asal
RM250 juta kepada pelbagai syarikat-syarikat peribadi milik keluarga
Dato’ Seri Shahrizat Jalil, termasuklah untuk menubuhkan dan membiayai
Global Biofuture Pte Ltd di Singapura.

Meatworks Singapore Pte Ltd pula bertanggungjawab menguruskan beberapa
restoran mewah milik keluarga Shahrizat Jalil di Singapura.
Semakan penyata kewangan menunjukkan bahawa pada akhir Jun 2010,
Meatworks Singapore Pte Ltd berhutang dengan RFC sebanyak RM2,416,815.

Bukti-bukti awal ini sudah cukup untuk membolehkan satu siasatan
terperinci dibuat untuk menentukan sama ada penyelewengan berlaku,
apabila wang rakyat yang disalurkan untuk projek nasional berimpak
tinggi digunakan bagi tujuan peribadi termasuklah membuka pelbagai
syarikat milik keluarga yang menyimpang dari tujuan asal pinjaman
diberikan.

Skandal ini akan terus terbongkar dan Perdana Menteri perlu tampil
memberi penjelasan memandangkan beliaulah yang bertanggungjawab
mengkaji cadangan projek dan meluluskan dana awam sebanyak RM250 juta.


YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
AHLI PARLIMEN MACHANG


YB HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN
AHLI PARLIMEN AMPANG


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Woi polis ... bila nak keluar waran tangkap Shahrizat,suami serta anak-anaknya !! dia orang ni dah kelentong jutaan duit rakyat !!

Tanpa Nama berkata...

Huhu.. suami shahjilat Mohamad Salleh ni? hahaha, dengar nama pun lawak giler daa.. 2x5 5x5 laki bini.. aku tatau siapa mastermind dalam projek2 kerajaan, sama ada shahjilat sendiri atau suami dia.. bini dipergunakan kedudukan, laki rembat projek.. suami pun bukannya tak hebat sangat.. CEO TPM dulu tu.. habes satu Teknologi Park, segala projek dirembat oleh suami dia ni.. dari projek ikan keli hinggalah ke projek TPM Academi.. projek disko tepi kolam sekitar 2002 dulu depan MINT HOTEL, dia ni jugak mastermind.. pondan datang menari tiap2 malam secara terbuka pun, takder polis datang tangkap pun..

Kalo boleh, korek balik projek2 ICT geran Industry Research & Development Grant Scheme(IGS) yang diberikan kepada kompeni2 kroni semasa TPM dibawah seliaan Mangkuk Salleh ni sama.. ini projek terbaru mangkuk hayun ni la ni..

Modus operandi projek geran IGS ialah untuk tibai duit rakyat saja.. satu2 geran berharga 10-25 juta.. kompeni kroni boleh amik engineer 2 orang untuk projek berjuta2 ni.. kendian panggil satu professor kangkung datang buat penilaian.. kangkung ni pun kelintau meluluskan projek merembat ni.. sebenarnya tak ada satu habuk penyelidikan pun dibuat.. hanya projek mencetak bendera2 BN jer bersepah2 dalam setiap bilik store setiap building TPM..

Mesin2 dibeli untuk pameran saja.. utuk tunjuk kata ada projek dibuat.. padahal yang datang tu, haram tak paham satu habuk pun apa mesin tu buat.. yang kelola mesin pun, tak tahu nak operate mesin2 tu..

Aku rasa setiap makhluk yang pernah ada dalam TPM, tahu perkara ini.. tapi tak boleh buat apa2 sbb nak cari makan.. Musti kat IJN pun sama jer masalahnya masa malaun ni jadi ketua..

Mari kita ketawa.. sebab apa? sebab kita bodoh dan bangang.. Mamat ni jadi kaya raya sebab kebodohan dan kebangangan kita.. Syukur alhamdulillah kerana kita bangang, bodoh dan biol sebab kita pun tak berbuat sesuatu apa untuk tangkap suami shahjilat ni.. semua ahli keluarga mereka juga patut ditangkap saja..

Pergi ROC, check berapa banyak kompeni yang didaftarkan atas nama keluarga ini? berapa banyak jadi pengarah untuk syarikat2 sendiri? kompeni2 ini tidak aktif (dormant) langsung selama beberapa tahun.. bila ada projek jer.. tetiba hidup dan aktif macam tricubes dapat projek email 1malaysia..

nak bukti, gua tak nak bagi bukti, cukup dengan pembayang pun sudah tau akan sekilas ikan di air.. dah tau jantan betinanya.. PR buleh chck track record mohamad salleh ni.. kroni2 cina pun berlambak untuk dikowtim..

Nostalgia abkk berkata...

Cukup lah bodoh di tipu UMNO dan jangan sampai dibodoh kan pula oleh POLIS Raja Malaysia.
Tunggu sidang akhbar selepas UMNO dan BN menang PRU maka KPN akan mengumumkan tiada kes- NFA.

Lang berkata...

nak tangkap lembu ke nak tangkap kak ijat? kondo macam mana? nak sita ke?

Penyokong sharizat berkata...

Saya mintak pihak TT supaya tidak mengungkit soal umrah oleh keluarga Sharizat..kerana Islam adalah agam yang suci yang mewajibkan umatnya berhaji atau berumrah dengan duit kerajaan (tax payer money)..ini kerana rata rata pembayar cukai di Malaysia ialah bukan melayu yang kafir...(melayu pandai tipu cukai sebab banyak makan rasuah) Merompak kerajaan Malaysia ialah seperti merompak orang kafir..Inilah balasan orang kafir yang tidak memeluk Islam...Hidup melayu sampai malaysia muflis !!

Tanpa Nama berkata...

Hmmm,,,keapa la lambat sangat tindakan diambil.Macam sengaja dilengah-lengah kan untuk melepaskan pesalah je..adili la dekat mahkamah.Sprm kenapa senyap?