Rabu, 30 November 2011
MEMAHAMI APA DIA REALPOLITIK YANG BUKAN MIMPI
INI DIA REALPOLITIK
PRU13 INI APA MAKNYANYA
Pada satu ketika yang agak lama dahulu keluarga kami duduk jauh di pendalaman. Di wilayah ini tidak ada akhbar harian. Untuk berita dan hiburan kami ada radio yang menggunakan bateri kering. Sebuku bateri kering ini boleh menghidupkan radio kami untuk sebulan. Bila akhir bulan sampai radio kami mula bersuara rendah atau hilang terus bunyinya kerana kekurangan bateri. Untuk menyelamatkan keadaan Sang Kakak akan menjemur bateri ini. Hasilnya - untuk dua tiga hari kami sekularga akan dapat mendengar Radio Malaya sekali lagi.
Untuk saya kongres Parti Keadilan yang baru berlangsung di Pulai minggu lalu samalah seperti kakak saya menjemur bateri kering. Tiga hari berkongres adalah tiga hari bateri dijemur. Hasilnya, sesiapa yang datang ke kongres akan mendapat tenaga baru. Akan mendapat suntikan tenaga apabila mendengar ucapan-ucapan berapi-api dari pelbagai bentuk mulut naga.
Berita dari Pulai dan ucapan pemimpin PKR telah jelas menunjukan bahawa PKR telah bersedia untuk menghadapi PRU13. Setiausaha Agung PKR telah beberapa kali membuat kenyataan menerangkan bahawa persedian kali ini lebih mantap dari tahun 2008. Berita saperti ini adalah cahaya matahari yang terik untuk bateri yang telah lemau.
Tetapi sebelum memasuki PRU13 ini biar saya membuat surah agar ahli parti dan juga aktivis PKR akan memiliki satu lagi bentuk pandangan. Naratif yang hendak saya surahkan ini agak jarang dijaja. Kenapa pandangan ini jarang dijaja? Mengikut istilah anak anak muda hari ini – pandangan ini adalah ‘pandangan potong stim’.
Mana mungkin ketika ahli dan para aktivis PKR berjemur untuk mendapat tenaga baru saya cuba menjaja pandangan ini. Pasti ianya akan dilihat kurang sopan. Pandangan ini bukan pandangan terantuk baru nak tengadah. Pandangan ini bertujuan untuk membuka mata agar kita semua agar tidak akan terantuk di tiang atau tersepak tunggul dijalan. Inilah tujuan saya membuka surah.
Bagini kesahnya: Pilihanraya ini telah disediakan semenjak tahun 1955 lagi. Pada awalnya sistem pilihanraya peningalan British ini memiliki ciri-ciri yang agak demokratik. Contohnya : di zaman Tunku parti-parti politik dibenarkan berkempen lebih dari satu bulan.
Tetapi apabila parti yang melawan United Malay National Organisation mendapat kejayaan maka telah dilakukan perubahan. Contoh yang jelas ialah masa berkempen ini semakin dipendekkan. Pada PRU 2004 yang lalu para pengundi hanya diberi 8 hari untuk membuat keputusan memilih wakil mereka.
Membuat peraturan baru ini cuba di viagrakan dengan pelbagai hujah. Pada tahun 1974 Parti Komunis Malaya telah dijadikan alasan untuk memendekkan masa berkempen. Menurut lojik SPR ketika itu – jika waktu berkempen panjang maka ianya akan memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk berkempen sama. Dalam suasana Perang Dingin ketika itu ramai orang telah menerima hujah palat ini.
Kempen - 8 hari – pada tahun 2004 tidak ada apa-apa alasan yang diberi. Mungkin SPR malu untuk memberi tahu orang ramai bahawa Perdana Menteri Abdullah Badawi ketika itu mahukan masa kempen disingkatkan agar tidak menggangu masa dia hendak tidur.
Sayugia dingati bahawa ditahun tahun sesudah Merdeka dahulu pilihanraya ini dilihat sebagai satu permainan yang menyoronokkan. Ini kerana pada ketika itu harta kekayaan - rial dan dinar - belum lagi memainkan peranan sepenting hari ini. Sistem ekonomi kapitalis belum lagi menjalar ke semua pelusuk. Hari ini sistem ekonomi kapitalis ini telah menyerap ke semua cabang pembudayaan. Dalam masyarakat Melayu sendiri - dari kenduri kahwin hinggalah ke tanah perkuburan – ekonomi kapitalis telah diterima sebagai pemandu.
Apa yang ingin saya hebahkan disini ialah piliharaya ini sengaja dibuat berat sebelah. Tahun demi tahun undang-undang dan akta baru diwujudkan untuk memastikan pilihanraya ini akan terus menyebelahi parti yang sedang memerintah. Pelbagai peraturan diwujudkan semuanya untuk menyusahkan parti yang cuba memecahkan kuasa monopoli United Malay National Organisation.
PRU12 dahulu telah mengubah semua illusi tentang pilihanraya. Pilihanraya yang sebelumnya dilihat sebagai satu pesta olok-olok dimana rakyat digula-gulakan untuk memilih wakil mereka. Sesudah PR12 dengan jelas dilihat bahawa United Malay National Organisation boleh disingkirkan dari tampok kuasa. Kemungkinan kehilangan kuasa ini telah dan sedang melahirkan satu suasana politik yang belum pernah dirasakan di Tanah Melayu ini.
Apa yang saya maksudkan – dipilihanraya yang lepas-lepas lembaga-lembaga daulah telah digunakan untuk membantu kemenangan United Malay National Organisation. Pengunaan lembaga-lembaga daulah ini telah lama diketahui umum dan bukan satu rahsia lagi. Justeru apa pula yang baru?
Apa yang baru disini ialah lembaga-lembaga daulah ini – polis, tentera, special branch, BTN, Kemas dan lain lain – sedang merasa ancaman datang keatas diri mereka. Lembaga-lembaga daulah ini bukan satu yang abstrak. Di belakang lembaga-lembaga ini ialah sosok sosok dan individu yang telah membuat harta kekayaan dan dapat ‘cari makan’ kerana menyokong United Malay National Organisation.
Justeru jika PRU13 ini akan membawa kemenangan untuk Pakatan Rakyat maka disinilah ayat potong stim saya diperlukan. Saya ingin membawa ahli dan aktivis PKR keluar dari berjemur untuk memahami pilihanraya berpandukan realpolitik. Keluar dari berjemur dengan ilusi pilihanraya dan melihat politik terkini dengan berpandukan realpolitik.
Untuk memahami realpolitik ini saya menjemput para pembaca untuk menyelami otak para jeneral yang selama ini telah gemok dengan kontrek-kontrek pembelian senjata. Selama beberapa dekad ini para jeneral kita telah berlagak sebagai pakar rujuk membantu Pak Menteri membuat keputusan - sama ada hendak membeli kapal selama dari Sepanyol atau dari Peranchis.
Kemudian cuba selami apa pula agakanya dalam kepala ketua-ketua polis yang selama ini ‘kenyang’ dengan duit lendir China Doll. Atau kenyang bergendut perut dengan duit hadiah dari tokan penyeludup dadah Iran. Apakah bentuk ancaman yang akan datang kepada mereka ini jika di PRU13 nanti Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan?
Ancaman PRU13 ini juga sedang dirasakan oleh kaum pemodal yang besar-besar. Cuba bayangkan apa agaknya yang sedang difikirkan oleh Ananda Krishnan, Lim Kok Thay anak Lim Goh Tong, Vincent Tan, Syed Mokhtar, Yeoh Tiong Lay atau Daim Zainuddin. Selama puluhan tahun ini orang-orang kaya ini telah merembat harta kekayaan negara kerana mereka rapat, kenal dan memiliki talian perniagaan dengan para pemimpin United Malay National Organisation. Jika United Malay National Organisation tewas apa yang akan terjadi kepada mereka?
Bayangkan juga apa yang akan terjadi kepada Sami Veloo dan anak lelakinya Vell Pari yang terlibat dalam pembunuhan seorang pelakon drama Tamil. Apa pula yang akan terjadi kepada VK Lingam, Musa Hassan, Ghani Patail yang selama ini mengunakan polis dan mahkamah untuk membuat jenayah.
Jika United Malay National Organisation disingkirkan dari kuasa pada PRU13 ini - cuba bayangkan apa yang terjadi kepada Mahathir Muhamad. Untuk ini saya meminta para pembaca mengingati kembali sidang akhbar Mahathir Muhamad pada petang 2 September 2004 dahulu bilamana Anwar Ibrahim dibebaskan dari Sungai Buluh. Ingatkan kembali bagaimana saya telah menulis dan menggambarkan Mahathir Muhamad bersendirian dan hanya diiringi oleh isteri dan Mukhriz anaknya. Pada petang itu saya melihat Mahathir Muhamad seperti seperti saekor tikus basah - lokoi dan mengigil takut.
Apakah mereka yang saya sebutkan diatas akan berdiam diri? Apakah mereka duduk lena menunggu rakyat meneranjang mereka masuk ke dalam penjara? Apakah mereka tidak merancang untuk memastikan Pakatan Rakyat akan gagal?
Justeru, apa yang saya surahkan ialah gambaran jika Pakatan Rakyat berjaya dalam PRU13 nanti. Kemenangan Pakatan ialah ancaman untuk Barisan. Justeru kerana ancaman yang kelihatan semakin hampir maka Najib Razak kini sedang bekerja siang dan malam untuk membuat undang-undang baru sebagai tembok pertahanan. Contohnya: Rang undang undang Hak Berhimpunan Aman yang sedang dibaca di Parlimen bertujuan untuk memastikan United Malay National Organisation terus berkuasa.
Biar saya jelaskan disini : Pada ketika ini warga Indon, warga Bangla telah diberi kad pengenalan untuk membolehkann mereka mengundi dalam PRU13 nanti. Dalam masa yang sama Rela, Tentera dan Wataniah telah dipasang dibeberapa kawasan stratejik untuk memastikan calon United Malay National Organisation akan menang.
Semua perancangan bertujuan memastikan United Malay National Organisation menang dan terus berkuasa sesudah PRU13. Rancangan ini mendapat sokongan dari SPR, Jabatan Pendaftaran Negara dan PDRM. Telah terjalin kerjasama yang intim antara kuasa yang memerentah dengan kaki tangan kerajaan. Ini kerana ketua-ketua atau pegawai tinggi dari jabatan-jabatan kerajaan ini semuanya dikepalai oleh sosok yang telah kenyang dengan projek atau mereka kenyang kerana memasang lukah disetiap projek.
Semua lembaga-lembaga daulah yang sekarang merasa terancam ini akan memastikan Rosmah dan Najib terus berkusasa sesudah PRU13. Orang ramai akan merasa tertipu. Pakatan Rakyat dikalahkan kerana penipuan. Rakyat marah. Anak muda ingin turun membantah ke jalan raya sama seperti yang dilakukan oleh anak anak muda di Mesir. Sama seperti yang dilakukan oleh anak anak muda di Tehran. Disini Najib telah sedia dengan undang-undang baru.
Bayangkan merompak kedai Mamak dendanya lebih ringan dari turun ke jalan raya berdemo. Denda kesalahan menunjuk perasaan dinaikan mem jadi 20 ribu ringgit. Jika ada YB dari Pakatan Rakyat yang ditangkap dan didenda lebih dari 2000 ringgit pasti mereka akan kehilangan kerusi.
Saya membawa surah ini bukan ingin melembikkan Semangat Pulai yang sedang berkobar-kobar satelah tiga hari panas berjemur. Saya hanya ingin membawa satu pandangan untuk membukakan mata melihat realpolitik. Saya berharap kita semua ada menyimpan bateri sebagai persediaan jika penyokong dan pengundi Pakatan Rakyat ditipu dalam PRU13 ini. Saya juga berharap ketika kita menyimpan bateri ini ditempat yang selamat cuba bayangkan apakah Rosmah Mansor akan menerima kekalahan di PRU13 dan meninggalkan ratusan beg-beg tangan Birkinnya di Putrajaya?TT
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-22-72-40-45
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
18 ulasan:
satu tulisan yang sangat bernas.
bukan saja keadilan harus ingat,
tapi juga dap dan pas.
pakatan rakyat
harus bersatu
harus bekerjasama
harus bertolakansur
dan bermacam2 harus lagi.
yang lain tu, kita serah
saja kepada yang maha esa.
firaun yang kuat dan zalim,
tuhan boleh hancurkan.
inikan pula bn/umno yang sudah
jelas zalim macam firaun.
nahh!! satu lagi ulasan yg berharga dan bagi yg x sedar2 jugak xtau la nak cakap apa. mungkin otak dah biru karat sgt kot.
-anak muda felda-
How high is your consciousness, how grand is your philosophy, how honest you are TT as rare humanist, THE POYO MALAY IS ALWAYS A POYO!!!! Their reality is an utopia of their own lost race waiting for The Promised Transition.BILA ANDA KATA KAPITALISME SUDAH JADI PEMANDU, APA LAGI YG TINGGAL PD AQIDAH MEREKA. Hear DPM denied their thogut-ness. With APCO in the air these pariah malays were next to children of Zionism-in-the-making. All religious institution they hold had been the great mask they were wearing, they, The Daulah you mentioned.Whether PR win or not is not important. It is today whether you and your ideal could help them change their bleeding fate or never! Sorry, the malay parties have lost all defences. Look at their brain. yg tinggal keris yg tercacak ke bumi sarat dgn najis dajjal, babi dan badak kah kah kah
kah..kah..kah..
kalau pr menang putrajaya? aku rasa mesti ada jenderal yg akan mengadap madey untuk menunggu perintah selanjutnya.... masa tu baru tau yg duduk diam atas pagar ni... menerima kenyataan dengan muka kelat atau menangis mengongoi kerana tahu ditipu bulat2... dalam mana2 kerajaan khasnya dunia separa maju dan hampir maju yang kapitalisnya mula berkuasa... mengharap kepada org yg diamanahkan menjaga keselamatan rakyat pasti sudah bertukar menjaga keselamatan sosok tubuh pemimpin besar...
lihat apa terjadi dilibya, mesir, yaman malah yg terdekat thailand... adakah anggota 'keselamatan' yg bagai kan robot ini akan menjaga keselamatan rakyat atau sebaliknya...
adakah tentera us akan menjaga rakyatnya atau menjaga presidennya bila ada gerakan massa... hentikan emosi agar emosi tidak sama join otak berfikir... ajaklah rasional menemani otak berfikir untuk realiti... bertanya pada diri sendiri... adakah aku ingin menunggu sehingga zaman jepun kembali berulang dengan harga makanan melambung tinggi luar kemampuan... atau sehingga ketawa memerlukan permit baru mau tersedar... apakah bila mengetahui mulut tak boleh bercakap menentang 'tuhan' manusia barulah eeeee spriiing mahu digerakkan?... masing2 punya akal dan hati... jawap sendiri sebelum terlambat di kemudian hari....
memang potong stim betullah... kah..kah..kah..
ye... itu kami tahu TT... kami sedar!
yang pukitiang nyer, RUU ini boleh tak dinafikan lulus kalo tak dapat 2/3???
MANA PUNDEK2 YB-YB PKR/PAS/DAP ini???
Turun lah selagi boleh lawannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!
JANGAN LAH NATOOO!!!
Ini yang gua fedup ni!
satu lagi kupasan terbaik dari tt.
tak kena cantas kali ni?
peh aku mmg tak sabar nak ngundi nnt...nak jatuh kan gerombolan...mmg tak sabar nak tgk ape akan jadi kan kepala2 jerung tu...
Saudara TT,
Kupasan saudara amat tepat pada masanya dan semestinya benar berlaku dalam arena politik sekarang...
saya pernah bertanya pada ustaz yang berceramah kat surau saya, ustaz nie juga adalah bekas calun PRU12 di Selangor tapi kalah...
Soalan saya ialah apakah benar warga asing diberikan IC untuk membolehkan mereka mengundi... jawapan Ustaz tu ialah 'ya'...
Saya tanya lagi, habis apakah tindakan 'kita'... dia jawab, insya'allah, masa mengundi nanti, warga asing tu dibukakan hatinya untuk memangkah kita...
saya tak tanya lagi dah... tapi dalam hati saya cakap... patutlah kalah...
la, p tulis kt suare keadilan lg bt per? kang puas la kitorg nk maki lagi. hahaha...klau lepas nie bersih 3.0 nk xnk kene la MB pakatan jgn turun. bia org2 bwahan je turun. acm contoh nye bro isham, fared ayam y bce sjak to turun skli.. hahaa..
ramzie,
pelatih karate,
rembau.
Teruskan pencerahan. Ramai juga Jenderal dan Pegawai Polis yg beriman.Jika seorg PR dipenjara bicarakan sosok BN dan penjarakan pula mereka. Jika seorg PR cedera kita bicarakan Sang Pelaku dan hukum. Jika seorang PR mati, bicarakan Sang Pelaku dan Pengarah mereka dan gantung jika bersalah. Adakah sosok sosok mereka berani dgn Tali Gantung?!!! Jgn biar Kutty lari naik Heli atau Jet Eksekutif.
tak kena 'sunat' ke tulisan kali ni?
ancaman dari kerja kotor dalam pru 13 satu hal....dalam PKR sendiri cantas mencantas untk jadi calun dalam PRU 13 dahsyat berlaku....ada calun pakai kabel pemimpin tertinggi dihantar kecabang untuk perkenalkan diri sedangkan orang ini tidak ada nilai tambah dalam missi kemenangan ...gerakerja yang dibuat oleh cabang cabang berkenaan dibakul sampahkan oleh pimpinan pusat...
Kalau kita pakai hukum logik, USSR pasti tidak kalah melawan mujahideen 80an dahulu. Kalau pakai hukum ghalib, tidak terfikir Presiden Tunisia, Mesir dan Libya tersungkur hina. Sebab itu, logik dan ghalib tertolak apabila Maha Kuasa dan Maha Pencipta berfirman..kun fayakun !! Seperti api tidak membakar Nabi Ibrahim, Lautan membelah utk Nabi Musa. Semuanya kita kembali kepadaNya kerana kita semua pasti akan mati dan tidak menjadi bangkai begitu sahaja.
Tak payah pening-pening, kita turun ke jalanraya macam Arab spring terus kita gulingkan Madey dan lebai monggol dan gerombolan mereka seperti yang terjadi pada Gaddafi dan Mubarak.
Nak harap piliharaya, semua menipu saja. Kita guling dan semua kroni mereka kita rembat sampai mati katak.Sekian.
30 November 2011 10:13 PTG
Aku susah nak pikir camana la orang2 islam ini menjadi bodoh bangang bilamana disebut perkataan Allah dan ayat2 arabiah ni..
Tahu tak yang Allah sendiri sudah terang2 bagitau, usahalah sendiri bersuungguh2 (ata mungkin nyawa menjadi taruhan!).. baru dia nak bantu dan tolong sang2 tolol yang sembah yang maha esa secara membuta tuli mengikut arah kepala pelir sahaja!!!
Jangan terlalu cepat berserah kepada Allah sahaja.. jump into the conclusion yang dia akan bantu.. kepala jadah apa Dia nak bantu kalo malas membaca, malas berfikir dan malas berusaha? usaha macam kambing makan pucuk ubi kayu jer..
kamon la..
PRU13 tetap milik gerombolan... hanya satu saja jalan untuk menumbangkan gerombolan ini.. IAITU jalan yang telah dipilih oleh rakyat mesir dan tunisia.. jika masih bertogel menurut jalan pilihanraya, PR pun sama saja macam BN.. ini terang2 PR pun menyokong sistem british.
PILIHANRAYA SEKARANG ADALAH SATU PENIPUAN.. realpolitik telahpun menjelaskannya.. jadi mengapa mahu berpilihanraya lagi??? PR ni pun sama, berpikir macam lendir saja.. gerombolan bersama daulah2 serta rajagopal hanya tersengih sahaja melihar PR masuk pukat!!!
- euginicist
Memang kita kena usaha baru tawakal, tapi kalau usaha kita dah rapat kat siling kenalah berserah pada Dia dlm masa yg dah kritikal ini. Contohnya yg dibagi itu mahu tunjuk pertolongan Allah kpd yg dikasihNya di saat geting. Tidakkah kita mahu pertolongan Allah tatkala kita dah habis gas dlm satu ketika. Nak Allah tolong kenalah kita ini ingat kat Dia.
Terima kasih saudara TT, disini sy ingin menceritakan berita terbaru yg sy dapat bila pulang menziarah mentua saya di johor hujung minggu lalu, bapa mertua saya seorang polis di hujung perkhidmatan beliau berpangkat sarjan.
Di khabarkan bahawa sekarang semua anggota polis diwajibkan menghantar nama dan no kad pengenalan awam (no ic seperti org biasa) utk di buat database oleh ibu pejabat polis. Diberitakan juga bahawa sekalian polis2 ini akan mengundi pos menggunakan nombor polis, namun tujuan dikumpulkan no kad pengenalan biasa setiap anggota masih belum diketahui hingga saat ini, mungkin ada polis pencen yg ingin membuat pencerahan?
Catat Ulasan