Rabu, 29 Februari 2012














SKANDAL NFC:
NAJIB PERLU JELAS KENAPA FELDA FARM PRODUCTS SDN BHD TIDAK DILANTIK MENERAJUI NFC

Pendedahan yang dibuat setakat ini menunjukkan bahawa NFC yang diterajui suami Shahrizat Jalil dan anak-anak mereka gagal memenuhi sasaran kerana mereka langsung tidak ada pengalaman di dalam industri penternakan berskala besar. Perkara ini turut diakui oleh Salleh Ismail sendiri, bahawa mereka sebenarnya tidak berpengalaman dalam satu temuramah dengan media perdana bertarikh 17 November 2011.

Ini menimbulkan persoalan bagaimanakah sebuah projek berstatus nasional yang dikategorikan sebagai “projek berimpak tinggi” dengan peruntukan melebihi RM300 juta boleh diberikan kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri yang tidak berpengalaman.

KEADILAN telah menyemak kembali semua sumber rasmi untuk memahami proses penganugerahan tender itu.

Hakikatnya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar sendiri mengakui bahawa tidak ada tender terbuka untuk memilih operator yang terbaik. Sebaliknya, kerajaan Barisan Nasional hanya memanggil beberapa buah syarikat yang tidak dikenali bersama-sama dengan Agroscience Sdn Bhd (milik keluarga Shahrizat Jalil) untuk mengemukakan kertas cadangan.

Ini diterangkan beliau di Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011, seperti berikut:

“Pusat Fidlot Nasional ini Tuan Yang diPertua, matlamat utama pelaksanaan Pusat Fidlot Nasional ialah untuk kita mewujudkan sistem pengeluaran daging lembu fidlot secara komersial sepanjang rantai nilai bagi meningkatkan pengeluaran daging dalam negara. Bagi merealisasikan pelaksanaan program ini, kerajaan telah menjemput beberapa syarikat untuk membentangkan cadangan projek tersebut. Hanya enam buah syarikat yang membentangkan cadangan projek kepada Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN pada 25 September 2006.

Enam syarikat ini terdiri daripada FELDA Farm Product Sdn Bhd, Group Five Bonsmara Breeding Centre Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd, Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd – ini syarikat dari Australia ini – yang kelima, MIG Farm Sdn Bhd dan yang keenam MLC Industries Sdn Bhd. Melalui mesyuarat tersebut, Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN memilih dua syarikat iaitu Syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd dan juga Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd yang mana Lamberts diberikan 500 ekar dan Agro Science diberi sebanyak 5,000 ekar.”

Umum sedia maklum bahawa Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Najib Razak.

Semakan awal KEADILAN menunjukkan dari segi pengalaman, saiz kapital, pengurusan dan rekod industri, syarikat yang paling berdaya maju di antara keenam-enam syarikat tersebut adalah Felda Farm Product Sdn Bhd.

Perbandingan dari segi saiz kapital dan perolehan (yang menjadi salah satu kayu ukur kekuatan kapital, pengurusan dan pengalaman) berdasarkan carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang disertakan bersama adalah seperti berikut:

SYARIKAT
DITUBUHKAN PADA
SAHAM DITERBITKAN BERBAYAR
PEROLEHAN TAHUNAN TERKINI


Felda Farm Products Sdn Bhd
7 Ogos 1995
RM10 juta
RM9.6 juta
(31 Dis 2010)

Group Five Bonsmara Breeding Centre Sdn Bhd
28 Mac 2005
RM20
(31 Dis 2010)

MIG Farm Sdn Bhd
15 Julai 2005
RM1 juta
RM1.2 juta
(31 Dis 2009)

MLC Industries Sdn Bhd
13 Ogos 2004
RM20juta
(31 Dis 2010)

Jelas sekali bahawa hanya Felda Farm Products Sdn Bhd adalah satu-satunya syarikat yang mempunyai operasi sedekad sebelum Projek Fidlot Nasional dirancang, berbeza dengan syarikat-syarikat lain termasuklah Agroscience Industries Sdn Bhd yang hanya ditubuhkan setahun sebelum kontrak dianugerahkan.

Jelas juga bahawa ada pertimbangan yang tidak telus kerana lantikan Agroscience Industries Sdn Bhd mengenepikan pertimbangan asas kewangan dan pengalaman, yang memihak kepada Felda Farm Products Sdn Bhd. Dari segi impak nasionalnya pula, Felda mempunyai rancangan tanah yang besar dan peneroka-peneroka boleh dilatih menjadi penternak berjaya untuk meningkatkan lagi hasil pendapatan mereka, selain tanaman kelapa sawit.

Sebagai individu yang bertanggungjawab menganugerahkan kontrak ini kepada syarikat milik keluarga menteri yang kini terbukti tidak berjaya memenuhi sasaran dan menyelewengkan wang bagi tujuan lain, Najib Razak tidak boleh mencuci tangan dan berdiam diri. Beliau wajib memikul tanggungjawab dan tindakan menolak isu ini kepada Shahrizat Jalil semata-mata membayangkan beliau seorang ahli politik Umno yang pentingkan diri.

Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak supaya semua minit mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN yang dipengerusikan Perdana Menteri, didedahkan serta-merta agar beliau boleh menerangkan kepada ratusan ribu warga Felda:

1. Kenapa beliau mengenepikan warga Felda sedangkan mereka lebih layak dan berpengalaman berbanding keluarga menteri;

2. Apakah kriteria yang digunapakai sehinggakan Felda Farm Products Sdn Bhd diketepikan berbanding Agroscience Industries Sdn Bhd yang tidak mempunyai pengalaman?

Perkara ini sudah tentu akan terus mengheret Najib kecualilah beliau mendedahkan kesemua minit mesyuarat yang dipengerusikan beliau.



MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

HAJI SUHAIMI SAID
PENGERUSI, BIRO FELDA DAN ORANG ASAL KEADILAN


28 FEBRUARI 2012




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah umum tahu bahawa taik shahrizat bertabur habis terpalit satu kandang umno...tunggu apa lagi sembelih je keluarga lembu tu..utusan dgn tv3 hatta sprm dgn polis pun dah tak boleh nak cover lagi dah taik lembu yang semakin menimbun...tapi apa pun shahrizat kena pertahan habis habisan keluarga lembu dia tu..kalau tak pembangkang habis modal besar nak pelingkup umno bn kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

SPRM = Seri Paduka Rosmah Mansor...hahahahahar

Juasseh Cafe berkata...

sama sama lembu tak kan nak sembelih kot, lembu mana boleh sembelih lembu, lembu mana pandai baca bismillah.
makan je la taik lembu tu, tak pun kumpul banyak banyak proses jadi dadah sentitik, jual kat taik ganja yang tengah mengeluh ni, ganja tengah naik harga