Rabu, 29 Februari 2012
INI KES 5 REFORMIS TIBAI NORIAN MAI
TANGKAPAN 10/04/2001
NOTA:
ini adalah sebahagian dari soal jawab
antara tukar tiub dengan peguam di mahkamah tinggi kelmarin
NOTA:
hari ini jam 9.30 hingga 2.00 petang
tukar tiub akan disoal
oleh pendakwa
semua dijemput datang
kegumbiraan anda terjamin!
kah kah kah
NOTA:
kes inin ialah kes 5 orang reformis:
yb saari sungip
yb tian chua
ustaz badrul amin
pak din
tukar tiub
yang menyaman norian mai bekas ketua polis negara
kerana buat kelentong
NOTA:
ikuti twit tukartiub:
@ishamrais
NOTA:
tukartiub akan membukukan kes ini
sila tunggu buku ini dalam pasaran
jiman akan merangsang seksual anda
hingga turun ke jalan raya
untuk humbankan gerombolan
PERNYATAAN SAKSI TAMBAHAN
HISHAMUDDIN BIN MD RAIS
Pengataan Fakta No. 1
7. Adakah anda bersetuju bahawa ucapan berkenaan boleh merangsang orang ramai untuk bertindak secara kekerasn bagi menggulingkan kerajaan dan mengancam serta memudaratkan keselamatan Negara?
Tidak bersetuju. Saya bukan penjual ubat penguat tenaga batin yang selalu kita dengar jual ubat di Brickfeild atau di Lorong Haji Taib. Ubat-ubat ini merangsang keberahian seksual. Saya tidak merangsang sesiapa.
Sebagaimana yang telah saya katakan. Saya hanya menyampaikan maklumat yang saya baca dari buku, media-media tempatan dan antarabangsa. Orang ramai masih boleh mendapatkan maklumat berkenaan melalui buku-buku yang dijual di kedai-kedai buku. Buku-buku ini saya percaya telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri sebelum dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Sekiranya apa yang saya ucapkan itu dikategorikan sebagai menghasut, mengikut lojik akal - maka buku-buku ini wajib ditangkap dan disoal siasat juga kerana memiliki pandangan yang sama dengan saya.
Pengataan Fakta No.3
8. Adakah anda pernah berucap dalam sebuah ceramah politik di Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan pada 21 Oktober 2000?
Saya tidak ingat.
9. Sila rujuk perenggan (3) Pengataan Fakta Untuk Perintah Tahanan. Pernahkah anda mengucapkan “... dalam sejarah politik dunia tidak ada seorang diktator, tiada seorang diktator yang dapat dijatuhkan melalui pilihanraya.... hanya ada satu jalan sahaja untuk menumpaskan rejim seperti ini... tidak lagi dalam pilihanraya, bukan lagi dalam pilihanraya tapi pilihan jalanraya..”?
Ya, benar saya ada membuat ucapan seperti ini.
10. Bolehkah anda terangkan tentang ucapan berkenaan dan adakah anda bersetuju dengan dakwaan bahawa kata-kata anda tersebut berupa satu hasutan?
Ini bukan hasutan. Perkataan hasutan itu tidak seharusnya digunakan disini.
Ini memang betul ucapan saya. Tetapi ini hanya petikan dari satu ucapan saya yang panjang. Mengambil dan memotong-motong teks ucapan dan kemudian menuduh saya ingin menggunakan kekerasan dan kemudian memenjarakan saya tanpa bicara adalah berniat jahat.
Memotong motong dan memungut ucapan saya, saya anggap mala fide – ini bahasa Latin. Dalam Bahasa Melayunya perbuatan memotong ini berniat jahat. Bahasa orang kampong ini dipanggil kerja buat auta. Dalam bahasa Terangganu ini dipanggil buat lebong. Dalam bahasa anak muda ini dipanggil ‘kaki kencing”
Memotong ucapan saya sama saperti mengucap tak habis...la illah... ertinya tiada tukan... wal hal mengucap sepenuhnay ialah: la illah ha in laaah Muhamad da rasul llulah... Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhamad pesuruh Allah
Keseluruhan ucapan tersebut merupakan satu fakta yang boleh kita dapatkan dari buku-buku sains politik dan system bernegara. Bahkan sejarah juga merekodkan yang sedemikian. Sebagaimana yang telah saya nyatakan di atas, saya percaya buku-buku tersebut dijual di Malaysia dan telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Isi ceramah saya fakta akademik dan fakta sejarah.
JANGAN LUPA
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
15 ulasan:
Tibai yang terbaik dari Tukar Tiub!
tt lawan jangan tak lawan paling paling tidak pun jikalau ingat dah nak kalah cabut but kasut baling di muka hakim.
Terbaeekkkkkkk Bro......
TT kua kn buku tu cepat!!!! Aku x saba ni... Aku dh kumpulkn smua buku2 lu. Latest Tertangkapnya saekor Toyo.. Cpt laaaa!!!! Aku dh x tahan ni !!! Nk berahi jgkk!!!!!!!!!!!!!!!!!
Lawak Mahkamah yang perlu diingati 4 tahun sekali...29 Feb 2012
saya paling suka pengataan fakta no. 1 syabas!
Sendiri mau ingat macha,
Memang betul, "La Ilaha" maknanya 'Tiada tuhan', dan "Illa Allah" maknya 'hanya Allah'.
Maka disinilah bezanya tuhan2 yg disembah drp Allah (yang bukan tuhan) kerana Allah lebih dari tuhan; 'tuhan' mempunyai lawan ('setan') dan sekutu (imej & ikon, rumah berhala, pejuang2 dll) tetapi Allah tidak mempunyai lawan atau sekutu & segalanya berpunca dan tidak terlepas daripada zat, sifat, ilmu, kudrat, iradat & tadbir Allah yand Maha Hadir, Maha Mengetahui, Maha Kuasa & Maha Pengasih.
Jadi pada penjual agama yg ingat Allah itu hanya untuk org Islam sahaja ingat2lah Surah AlFatihah ayat pertama yg dibaca setiap rakaat iaitu "Alhamdullilah Hirabil Alamin" yg. bermakna 'Segala pujian kepada Allah, Raja sekalian Alam' - termasuk mineral, tumbuhan, haiwan (jgn lupa babi & anjing), manusia, jin & segala2nya.
Maha Hadir & Maha Mengetahui Allah tidak perlu meng'uji' kejadianNya, hanya menunjukan kebenaranNya kerana hisabNya adalah tunai.
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada URAT LEHERnya." [Quran 50:16]
~ Sendiri Mau Ingat juga..
powe la abg isyam, bole ganti karpal singh. lu amik loyer mane? kalo nak powe lg ko ada kes hire aku la, kah3....
ko ni nak kata bijak tak la sgt, tp alang2 bodoh tu ada juga, kah3...
JOKE OF THE DAY...hahahaha
Aku setuju sgt kalau dibukukan sbg bahan sejarah. Bila dah keluar nanti konfom aku beli. Haha
wahhh.... terbaik la tt.
jawapan tt memang cool.
salute.
Kah! Kah! Kah! Norian Mai sedang berkebun durian atas tanah percuma yang disedekahkan oleh kerajaan gerombolan! Kah! Kah! Kah! TT jeles tak makan durian hasil tanaman Norian Mai! Kah! Kah! Kah! Kah!
salam TT.
ini soalan dari DPP ke atau peguambela? kalau soalan dari DPP, dan dengan jawapan yang TT bagi, kalau saya ada kat situ mmg tak boleh tahan ketawa...
kompom! lepas ni Hakim tu akan layan blog lu bro isham! wakakaka!
tanpa nama 29 Februari 2012 12:14 PTG
macam burit jer ko punyer saranan..busuk hati punyer worang..
Catat Ulasan