Jumaat, 25 Mei 2012

SURAT BERSIH KEPADA KETUA POLIS NEGARA







22 May 2012

Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar
Ketua Polis Negara
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
50560 Bukit Aman
Kuala Lumpur

Tan Sri,

GANGGUAN BERTERUSAN TERHADAP DATO AMBIGA SREEVENASAN


Bagi pihak BERSIH 2.0, kami menulis surat ini untuk menerangkan gangguan dan ancaman yang berterusan Dato Ambiga Sreevenasan.

Dia hari kebelakangan ini, Dato Ambiga Sreevenasan.sebagai Pengerusi Bersama BERSIH 2.0, telah menerima gangguan dan ancaman yang jijik dan kadang kala bersifat ganas. Aktiviti-aktiviti ini dilakukan dihadapan rumah Dato Ambiga Sreevenasan. Aktiviti jahat ini telah menyamar sebagai aktiviti perniagaan dan aktiviti riadah. Ini termasuk:

10 Mei – Jual Burger – aktiviti ini telah dilakukan dihadapan rumah kediaman Dato Ambiga. Protes jual burger ini telah dijalankan oleh sekumpulan peniaga. Mereka telah mendirikan warung, membakar burger dan memasak burger dihadapan rumah Dato Ambiga. Kemudian mereka melakukan jual beli burger untuk orang ramai:

15 Mei – Satu kumpulan bekas tentera telah melakukan ‘senaman buntut’. Senaman yang dilakukan di hadapan rumah Dato Ambiga ini dilihat lucah dan kurang ajar;

19 Mei – Dato Ambiga telah dinasihatkan untuk tidak pergi ke Merlimau, Melaka. Ancaman, tekanan dan laporan Polis telah dibuat untuk menghalang beliau datang ke Merlimau. Segerombolan telah membaling batu dan telur kepada dua Yang Berhormat ADUN DAP.

21 Mei - Satu gerombolan yang tidak dikenali telah datang dan menconteng diatas jalan raya “RM2,000 BERSIH 4.0”. Ini adalah tanda harga sewa tapak warung yang akan didirikan dihadapan rumah Dato Ambiga. Ada banyak contengan di jalan raya yang mengiklankan ‘pasar malam’ yang akan diadakan di hadapan rumah Dato Ambiga. Gerombolan ini telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka ‘pasar malam’ dijalan hadapan rumah Dato Ambiga pada 24 dan 25 haribulan Mei 2012. Sama ada gerombolan ini mendapat kebenaran atau tidak – pasar malam ini tetap akan dijalankan.

Ini belum mengambil kira lagi beberapa kali orang yang tidak dikenali datang dan melaung-laung dihadapan pintu rumah Dato Ambiga.

Selain daripada apa yang berlaku di Merlimau, semua aktiviti ini jelas ditujukan khusus ke rumah kediaman Dato Ambiga untuk mengganggu dan mengacau kawasan perumahan disitu. Semua aktiviti ini adalah gangguan dan ancaman yang berunsur jenayah ditujukan kepada Dato Ambiga dan keluarga. Ini juga menceroboh ruang peribadi beliau dann dilihat sebagai ancaman ke atas keselamatan beliau. Apa yang berlaku di Merlimau jelas menunjukkan gangguan dan ancaman yang berunsur jenayah yang ditujukan kepada Dato Ambiga. Ini juga mengancam keselamatan beliau.

Kami sedar Tan Sri tidak menyokong aktiviti-aktiviti BERSIH 2.0 dan menentang ‘DUDUK BANTAH’ pada 28 April 2012 yang lalu. Walaubagaimanapun, penentagan Tan Sri terhadap aktiviti ini tidak menghalalkan Tan Sri sebagai Ketua Polis Negara untuk secara senyap-senyap menghalalkan gangguan dan ancaman jenayah ini. Aktiviti ini jelas menunjukkan ia melanggar undang-undang.

Kami dengan penuh kesedaran melihat kegagalan Polis DiRaja Malaysia untuk mengambil tindakan tepat dan mencegah aktiviti tersebut. Kegagalan ini akan dilihat sebagai menghalalkan aktiviti jenayah ini. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Polis untuk menghentikan gangguan dan ancaman terhadap dato Ambiga. Dato Ambiga sebagai rakyat Malaysia berhak untuk mendapat perlindungan dan keselamatan dari Polis Diraja Malaysia. Walaupun Tan Sri tidak bersetuju dengan pandangan beliau dan aktiviti-aktiviti BERSIH 2.0 dan ‘DUDUK BANTAH’ pada 28 April 2012 lalu, ini tidak bermakna Polis Diraja Malaysia menafikan hak Dato Ambiga dari mendapat perlindungan.

Pada hemat kami, insiden-insiden yang mungkin akan berlaku adalah kerana kegagalan Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan. Kami telah memberitahu tentang duduk perkara. Jika ada dakwa-dakwi, maka, Polis Diraja Malaysia bertanggungjawab kerana cuai dalam menjalankan tugasannya.

Kami menunggu tindakan tepat, segera dan positif dari Tan Sri dan Polis DiRaja Malaysia.

Terima Kasih dan Salam Bersih!

Datuk A. Samad Said (Pengerusi Bersama)
BERSIH 2.0 Steering Committee
Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0)


layari radio bangsar utama untuk berita bersih:





6 ulasan:

bigfish berkata...

Aku suka sangat kalau madey bertanding jadi calon dalam pru 13 nanti. Lagipun sekarang ni hari-hari ke;luar tv, paper, bagi statement macam2.

Tanpa Nama berkata...

hingga ketahap ini....
celaka PDRM....
kalau di negara kafir...
keadaan ini cepat ditangani..
hisamuddin hisap peliaq anuar zain...
hishamuddin tutuh juboq anuar zain...
kah...kah...kah....
celaka lagi KDN...
kerajaan paling haprak didunia...

Tanpa Nama berkata...

report dah buat dan aku percaya pdrm akan terus diam kerana pdrm ni hanya akan dgr cakap umno butuh..tak caya..kita tengok la...lepas ni lebih baik kita buat bersih untuk polis plak...

Tanpa Nama berkata...

manai mano buleh baco. kok buleh pun tak faham.buek shuffle mungkin sobab banyak dapek pau.....bila pulis nongok yo tengok dari jauh tak lak buek apo-apo nampak bona kau team eh..bebudak tu kok ado pun maruah lotak eh kek buntut askar kah kah kah. bang oi, hari ini kita lawan pakai otak bukan pakai warning-warning erer er er gagggaggap lak tu!!! ekau faham tak bila ambiga kato dio menyosa sbb tak buek kojo lagi kuek utk generasi maso dopan. ini satu hari cuti dah bangkrap berjuta-juta!! inilah dio omputih kato excuses of the tongkat and the sloth. dei, ade faham ke?

ps:
sewajarnya
negara bangsa
ditemaduni
penyair dan
sastrawan
tapi
bangsa negara
'ditemaduni'
hang samseng

pewakil

ide bangsa sendiri
yg korup
tidak punyai haluan
yg sopan

sepertimana
dituntut nilai budi
susuk orang melayu
konon beraja-bersultan

alangkah

when this man but
a poet laureate ever
had quipped quaintly the word
bangsawan amidst a rakyat
holocaust

it is
serious reference
indeed!

-of
literal despise
embedded deep
in the heart
of the sane
amuck and

that old man
have sharper sights
than all idealists combined
on looking at the emperor
naked
and king midas.
miscounting
---------------

hanif faham ke? makno eh pak samad tu baco buku kuminih kah kah kah dio nampak feudalisme dihodohkan oleh kapitalis!

Tanpa Nama berkata...

Ketua Polis faham ke maksud tulisan Pak Samad tu? Ini satu kes sepucuk surat daripada seorang sasterawan aktivis dan humanis kepada a seorang 'tonggong' yang hanya membodek Gerombolan dan bersikap buta perut terhadap gerakan protes demokratik yang aman.

Tanpa Nama berkata...

Salute to pak samad