Sabtu, 30 Jun 2012

NAJIB YANG SUWEY JANGAN CUBA NAK MENIPU




NAJIBAH





PERDANA MENTERI TIDAK MENAFIKAN KONSORTIUM GEORGE KENT DIANUGERAHKAN KONTRAK LRT AMPANG


Saya mengalu-alukan kenyataan pendek Dato’ Seri Najib Tun Razak semalam berhubung skandal anugerah kontrak LRT Ampang, walaupun kenyataan itu lebih banyak menimbulkan persoalan baru.

Tindakan Najib Razak hanya menyebut bahawa “tiada yang salah dalam proses anugerah itu” tidak menafikan bahawa Konsortium George Kent telah dianugerahkan tender tersebut seperti yang didedahkan oleh KEADILAN. Ini mengukuhkan spekulasi bahawa Najib Razak berkeras untuk melanggar keputusan penilaian pembidaan yang berpihak kepada pembida lain.

Oleh itu, saya sekali lagi mengulangi desakan bahawa Najib Razak wajarlah menyatakan secara terbuka sama ada kontrak itu telah pun dianugerahkan kepada Konsortium George Kent kerana itu bakal menjawab pelbagai persoalan mengenai campur tangan beliau di dalam proses pemilihan kontraktor.

Saya dimaklumkan oleh sumber dalaman bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil pelbagai dokumen rasmi berhubung kontrak ini dari pejabat Prasarana semalam.

(Dakwaan saya bahawa SPRM mengambil beberapa dokumen ini turut mendapat reaksi dari Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Shahril Mokhtar melalui satu komunikasi Twitter yang disertakan bersama. Reaksi beliau tidak menafikan bahawa dokumen diambil oleh SPRM, hanya mempertikaikan penggunaan perkataan “rampas”).

Salah satu dokumen yang diambil adalah kertas-kertas rasmi yang membuktikan bahawa Prasarana telah pun memulangkan kembali bon tender (tender bond iaitu jaminan kewangan yang perlu dikemukakan oleh setiap pembida) kepada Konsortium George Kent kerana kumpulan itu telah pun dikeluarkan dari senarai pembida berpotensi sejak dari awal lagi.

Maka, sebarang keputusan menganugerahkan kontrak ini kepada Konsortium George Kent sudah tentu bertentangan dengan keputusan penilaian bidaan dan tatacara tender yang diterimapakai.

Saya menyeru supaya Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana supaya mengesahkan sama ada dakwaan bahawa bon tender Konsortium George Kent benar-benar telah dipulangkan untuk mengelakkan pelbagai spekulasi baru.

Saya beranggapan bahawa kenyataan Najib Razak semalam mengesahkan kontrak pembesaran LRT Ampang telah pun dianugerahkan kepada Konsortium George Kent seperti yang disyaki oleh banyak pihak.

Bermula Isnin 2 Julai 2012, saya akan mula mendedahkan pelbagai aspek teknikal dan kewangan hasil dari proses penilaian bidaan yang membuktikan bahawa campur tangan Najib ini bukan sahaja merugikan negara, malah turut membahayakan nyawa jutaan rakyat Malaysia.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
30 JUN 2012



MINTA MAAF BANYAK



NOTA :
gambar ini disiarkan sekali lagi
bertujun untuk mematahkan selera makan

gambar ini akan mematikan selera
gambar ini akan meloyakan tekak

justeru - tak lalu makan
justeru - badan slim dan cun


NOTA:
sila besarkan gambar ini
cetak dan letakkan di dinding meja makan
jamin tak selera makan kah kah kah



4 ulasan:

tengkuK berkata...

Tengok gambar mamak, hilang selera makan, badan jadi slim, kira ok la bro.
Tapi aku ada gastrik, kalau tak makan perut berbuih. Bulan depan nak posa, surat gastrik tak amik lagi...

Amuraria berkata...

WOW TOMEI NYA NAJIBAH! WAKAKAKA !

Tanpa Nama berkata...

UMANO - united mamak nasional orgi?

nunu berkata...

setelah kutenung dan kupandang..rupanya si najib altantuya..kah kah..mmg cute..kalau lah rosmah berwajah begitu..alangkah makmurnya malaysia ini...