Isnin, 30 Julai 2012

PILIHANRAYA AKAN DI TANGGUHKAN LAGI KERANA RAMAI YB SABAH AKAN LARI



KEMARAHAN RAKYAT SABAH





KENYATAAN MEDIA | 30 JULAI 2012

KEADILAN melihat perkembangan politik Negeri Sabah sebagai kejayaan agenda reformasi yang disemai lebih 10 tahun yang lalu dan kini menyaksikan hasilnya dengan kebangkitan rakyat Sabah yang berani meruntuhkan tembok ketakutan dan kezaliman; lalu menuntut reformasi yang tulen.

Dua pengumuman penting di Tuaran dan di Beaufort pastinya mengubah landskap politik Sabah dan menzahirkan iltizam politik rakyat Sabah untuk mencetus serta melaksanakan agenda perubahan.

KEADILAN mengalu - alukan pengumuman Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing yang meletakkan semua jawatan dari parti masing-masing; UMNO dan UPKO serta kesediaan mereka untuk bersama Pakatan Rakyat dalam usaha melakukan perubahan dalam sistem kenegaraan.

Kita juga menyambut baik iltizam mereka untuk menjana kekuatan rakyat bagi melakukan perubahan di Negeri Sabah. Makanya kerana komitmen yang jelas di kalangan pimpinan Negeri Sabah yang berani mengambil risiko; KEADILAN tidak teragak-agak untuk bersama-sama mereka demi rakyat Sabah.

Kerjasama yang disepakati bersama Pakatan Rakyat merupakan titik permulaan kepada perubahan politik Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Slogan 'Ini kali-lah' menandakan angin perubahan telah sampai ke bumi Sabah. Sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah sendiri menentukan masa depan Negeri Sabah serta menikmati hasil kekayaan Negeri yang selama ini diagihkan secara tidak adil oleh pentadbiran UMNO - Barisan Nasional (BN). Rakyat Sabah juga perlu menolak UMNO - BN yang mengkhianati semangat pembentukan Malaysia.

RAKYAT SABAH JADI MONORITI




Dua pengumuman penting yang bersejarah itu menjadi bukti betapa rakyat Sabah sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak dan BN. Tambah pula, pentadbiran Dato' Seri Najib hanya sekadar menabur janji dan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, ianya ditandai kegagalan untuk menepati janji.

Tekad rakyat Sabah untuk bersama Pakatan Rakyat pada hari ini adalah berpaksikan kepada keyakinan mereka terhadap agenda Pakatan Rakyat untuk melaksanakan perubahan. Mereka yakin dengan dasar - dasar Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga dan perlaksanaannya akan menepati dan memenuhi hasrat dan cita - cita murni rakyat Malaysia yang mahukan urus tadbir yang baik serta pengagihan ekonomi yang adil kepada semua rakyat.

KEADILAN turut mengalu - alukan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) serta kesediaannya bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat untuk menjana arus perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Ini menandakan keyakinan rakyat Sabah kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai peneraju utama dalam Pakatan Rakyat yang insha Allah akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7. Semoga kebangkitan rakyat Sabah pada hari ini akan menghasilkan kejayaan dengan tertubuhnya Kerajaan Rakyat Negeri Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Salam reformasi
Mohamed Azmin Ali






4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ak skong 200%.....kte tumbgkn bee nd......mmpuslh lu njibtuya....antu altantuya sdah menyerng oooooo
-areemaiteeeeeee
#nuajr#

Tanpa Nama berkata...

-RAKYAT SABAH JADI MONORITI-

Aku dah lama perasan tapi prasangka baik. TT, kau ni tak pandai mengeja ke atau salah taip? Banyak sangat salah ejaan dalam blog kau ni.

Tanpa Nama berkata...

Ko ni baru masuk baca blog ni ke ape?
Dah mmg trademark blog TT ejaan salah...
Tula lenggok tulisan TT...yg membezakan blog ni dgn yg lain

Tanpa Nama berkata...

Tengkujuh..
Hahahahhaha aku pernah tengok pakistani di kawasan pie zahida tunjukkkan ic.. Katanya dia pernah mengundi beberapa kali.. tanya abg pie kita sanggup tak tukaq bendera? lepas ni dia akan kena ubah la.. tanya orang kg dia..