Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 30 Julai 2012

SELAMAT BERBUKA PUASA






SATU HARI MUSIM PANAS DI STESEN INI






PETANG INI AKU TERIGAT HARI ITU

aku ingin menuliskan lagi
kesah dan cerita sama
tentang hikayat kuno
tentang perjalanan hidup
tentang pertemuan
tentang perpisahan

biarlah aku kesahkan
disatu musim panas
di perhentian kereta api
di kota yang bagitu asing
di wilayah yang bagitu jauh

aku ternampak
seorang perempuan tua
aku ternampak
seorang lelaki tua
bersandar ditembok dinding
menunggu kesampaian kereta api

mereka pastilah sepasang kekasih
mereka pastilah sedang berkasih

aku perhatikan topinya
aku perhatikan kaca mata hitam mereka
aku perhatikan beg selendang mereka
lalu aku ternampak
bekalan air dan roti

lalu aku bertanya diri
apakah aku akan berkasih sademikian rupa
apakah aku akan bersandar di tembok yang sama
apakah aku akan menunggu kereta api distesen ini

aku tidak dapat menjawab soalan itu
aku tidak berani menjawabnya

imijan ini sering berligar
imijan ini terakam ke akhir hayat
kenapa agaknya aku akan teringat
kepada pasangan itu
kenapa agaknya ingatan itu
tidak pernah hilang

kereta api aku sampai dahulu
mereka tidak menumpang sama
ertinya mereka dalam pejalanan
yang maha jauh

apakah mereka dari utara
yang gadisnya bermata biru
atau apakah mereka dari selatan
yang gadisnya berambut hitam
sampai kiamat tidak akan aku
temui jawapannya

kemana agaknya mereka bercanda
kemana agaknya mereka bertenet
kemana agaknya mereka menginang-inang

pada petang ini
aku teringat akan petang itu
tidak mungkin akan aku lupakan
biarlah aku kesahkan
biarlah aku riwyatkan
agar imijan ini akan terus
terakam dalam perajalanan
ketika aku berkelana

AKU MASIH TERINGAT LAGI PETANG ITU



selamat berbuka puasa



8 ulasan:

mek berkata...

wahhh... cerita nostalgic hari ni.
lain kali cerita lagi ye.
selamat berbuka puasa :)

Tanpa Nama berkata...

TT nie kalu bab jiwang-jiwang...spelling semua steady aje..

Tanpa Nama berkata...

Memula perempuan tua lepas tu gadis yang mana satu, celaru tak percaya baca balik

Tanpa Nama berkata...

Bro Isham, aku baru ni dah nak tempah kereta baru utk hari raya yg bakal menjelma nanti...

Tiba2 si Rafizi tu bagitau jika PR menang pada PRU akan dtg, harga kereta akan diturunkan...

Terus aku tak jadi tempah kereta tu dan skrg aku tgh menunggu bilalah nak diumumkan hari mengundi...

Tanpa Nama berkata...

Hmmm...t'ingat lagu 'heart break station' (cinderella) bila baca kisah tt ni. Dah jiwang la plak. TT - heart break kid at heart break station...ngeee!

Tanpa Nama berkata...

jauh lebih berkualiti dari lirik lagu merdeka rais yatim

luv_ima berkata...

Bro apesal asyik tanya diri sendiri apesal tak pegi tanya tuan punye badan kan dah sakit otak.

luv_ima berkata...

Bro apesal asyik tanya diri sendiri apesal tak pegi tanya tuan punye badan kan dah sakit otak tu.