PENGUMUMAN
sila tempah tiket bas
sila tempah tiket keretapi
sila tempah tiket kapal terbang
sila tempah bilik hotel
sila tempah tempat menginap
sila ikuti tukar tiub
untuk maklumat terkini
sila layari radio bangsar utama
untuk maklumat ter now
segala perincian akan
diumumkan tidak lama lagi
PERHIMPUHAN JANUARI TETAP BERLANGSUNG WALAU PUN TANPA PERMIT KATA AKTIVIS
KUALA LUMPUR, 27 Dis – Himpunan Kebangkitan Rakyat akan tetap berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari walaupun tanpa permit dari pihak berkuasa.
Aktivis sosial Hishamuddin Rais memberitahu The Malaysian Insider,
pihak penganjur masih menunggu respon dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
berkenaan dengan permohonan mereka untuk manggunakan Stadium Merdeka, yang
sudah dihantar minggu lalu.
Akan tetapi, beliau menegaskan
walaupun tiada permit, peserta perhimpunan boleh berkumpul di keliling stadium
secara aman.
“Saya hanya mengulangi kata Md
Sabu, jika tiada permit, kita akan berkumpul di sekeliling stadium,” kata
beliau merujuk kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang merupakan
pengerusi kepada perhimpunan tersebut.
“Saya tidak fikir akan berlaku
huru-hara, kecuali jika polis memulakannya. Saya fikir masa tidak kondusif
untuk ini….. tetapi kami tidak bimbang tentang itu dan akan berhadapan
dengannya jika berlaku,” kata Hishamuddin lagi.
Jika perhimpunan ini berlangsung
tanpa kebenaran, jalan raya di ibu kota akan sekali lagi menjadi fokus dunia
dan pergerakkan sivil seluruh negara, bersama parti Pakatan Rakyat (PR) dan
kumpulan anti-kerajaan lain, dalam menuntut beberapa isu utama menjelang
pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Hishamuddin berkata Himpunan
Kebangkitan Rakyat akan menggabungkan semua pergerakan yang tidak berpuas hati
dengan dasar dan keputusan kerajaan, golongan pro-perubahan, pro-demokrasi dan
pro-pembangkang, dalam usaha untuk menakutkan parti pemerintah dari menipu
semasa pilihan raya akan datang.
Pada sidang media mengumumkan
perhimpunan tersebut minggu lalu, Mohamad menjemput semua kumpulan yang tidak
berpuas hati dengan kerajaan untuk menyertai perhimpunan terbesar itu.
“Kita tidak berselindung memilih
tarikh tersebut secara spesifik kerana ia dekat dengan pilihan raya. Dan benar
jika ada yang mengatakan ini politikal.
“Adalah jelas ia adalah satu
acara untuk melancarkan tekanan ke atas kerajaan hari ini supaya mereka tidak
akan melakukan penipuan besar-besaran semasa pilihan raya, supaya ia tidak akan
menjadi pilihan raya yang dicuri,” kata Hishammuddin.
Aktivis tersebut, yang juga
merupakan ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, mengingatkan walaupun
perhimpunan ini bersifat politik, pengelibatan kumpulan masyarakat sivil
bermaksud mereka mahukan tuntutan mereka ditunaikan – dari menuntut kilang
Lynas ditutup di Kuantan, pemberian royalti yang adil, pendidikan percuma dan
pilihan raya bebas dan adil.
“Kumpulan ini telah menyuarakan
tuntutan mereka, dan bukan sahaja untuk kerajaan hari ini akan tetapi termasuk
kerajaan akan datang.
“Tuntutan ini masih sah kepada
pemerintah akan datang, tolong ingat ini,” kata Hishamuddin sebelum menambah
bahawa tuntutan pilihan raya bebas dan adil adalah mesej utama perhimpunan
tersebut.
Penganjur mensasarkan satu juta
orang untuk hadir ke Stadium Merdeka pada 12 Januari dengan warna hijau
anti-Lynas, kuning Bersih 2.0, oren pergerakan anti Felda Group Venture
Holdings (FGVH) dan merah untuk kumpulan yang menuntut royalti.
Kumpulan menuntut reformasi
pilihan raya Bersih 2.0 tahun lalu cuba untuk mengadakan perhimpunan di Stadium
Merdeka tetapi diketepikan oleh kabinet Najib Razak pada saat akhir.
Peserta perhimpunan
walaubagaimanapun meneruskan perhimpunan di jalan-jalan di ibu negara pada 9
Julai 2011 menyebabkan keadaan huru-hara apabila polis anti perusuh menawan
kawasan terbabit dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.
Perhimpunan tersebut menyebabkan
pergerakan hak asasi manusia bercambah disamping kecaman antarabangsa terhadap
kerajaan Najib di atas tindakan keras polis kepada peserta perhimpunan.
Dua perubahan besar dilakukan
akibat daripada perhimpunan tersebut - iaitu Akta Perhimpunan Aman 2011 digubal
untuk mengawal perhimpunan awam dan kerajaan membentuk sebuah jawatankuasa
terpilih Parlimen (PSC) untuk reformasi pilihan raya bagi melihat ke atas
tuntutan Bersih 2.0.
Bersih 2.0 menganjurkan satu lagi
perhimpunan tahun ini selepas mengatakan reformasi pilihan raya tidak mencukupi
dan tidak ikhlas, walaupun terdapat akta untuk perhimpunan aman, perhimpunan
pada 28 April menjadi lebih ganas dari sebelumnya.
Kali ini, peserta perhimpunan
berkumpul untuk “duduk bantah secara aman” di Dataran Merdeka, dimana pihak
berkuasa menutup kawasan tersebut selepas mendapat perintah mahkamah melarang
peserta memasuki kawasan tersebut.
Bercakap kepada The
Malaysian Insider semalam,
pengerusi bersama Bersih 2.0 Ambiga Sreenavasan berkata gabungan itu
tidak terlibat menganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat, walaupun sejumlah besar
ahli sudah disenaraikan sebagai peserta.
Beliau berkata mana-mana ahli
Bersih yang hadir pada perhimpunan 12 Januari akan hadir dengan kapasiti
peribadi.
“Kita dijemput menghantar wakil
untuk berucap ketika perhimpunan itu, tetapi itu sahaja. Kami tidak
menganjurkannya,” katanya dan memberitahu perhimpunan ini turut disokong oleh
parti PR - PAS, PKR dan DAP.
-------
4 ulasan:
Gambar dari masa hadapan!
http://i.imgur.com/uFeBC.jpg
JANGAN LUPA BERJOGGING MULAI HARI INI..JOGGING UNTUK STAMINA,STAMINA UNTUK BERHIMPUN,BERHIMPUN UNTUK BANTAH,BANTAH UNTUK PEMBAIKAN,PEMBAIKAN UNTUK ANAK CUCU,CUCU BINI NO 3,TIGA BELUM CUKUP,CUKUP KALAU NAJIB DENGAR,DENGAR KALAU DIPROVOKASI,DIPROVOKASI JANGAN LAYAN,LAYAN LAGU DEEPAK PURPLE LAGI BAIK,BAIK KAMU DATANG DEMO KL112,,KALAU TIDAK AKU TUMBUK BIJI MATA KAMURANG..HEHEHEHEHEHEHE...KITA JUMPA OKEY..SET DULU...JARI KELINGKING MARI...PROMISEEEEEE...HEHEHEHEHEH..
JOHN TITOR...you are my men..heheeheheheheheheh..you the men...salute...cheras to pj kan...heheeheheh..rm 3.40...hehehehehehe..dalam beg bawa sandwich tuna....kakakakakakkakakaa
TT, gua rasa tak payah masuk stadium..sebab turun kat jalan raya baru syok ma...
Catat Ulasan