Jumaat, 5 April 2013

UTUSAN SEDANG CARI JALAN BELI INSURAN






KOMENTAR TUKAR TIUB

bagaimana membaca berita ini?
apa yang tersirat dalam berita ini?

jelas berita ini sekali baca
seolah-olah anti pakatan rakyat
seolah-olah  mengutuk pakatan rakyat
seolah-olah menibai para jenral

tidak tidak TIDAK
jangan salah baca

laporan berita ini
untuk pertama kali
pembaca utusan di beritahu
utusan melaporkan bahawa najib 
mendapat gelaran NAJIB ALTANTUYA
bahawa anak lelaki iskandar kutty 
mendapat gerlaran NYANYUK

ini sejarah

dalam menibai 
dalam mengutuk 
dalam mencerca pakatan sebenarnya
berita ini secara halus sedang memberi tahu
tentang najib altantuya dan mahathir nyanyuk

ini untuk pengetahun bani ketuanan melayu

baca pula tentang laporan risikan
berita ini mempertikaikan
tetapi berita ini juga sedang memberi tahu
bahawa laporan risikan tentera  dan polis menunjukkan
pakatan rakyat akan ke putrajaya

dalam dunia penulisan
dalam dunia propaganda
ini dipanggil tembak kiri membunuh kanan
ini strateji licik

ertinya ada wartawan dalam utusan
yang telah mula memainkan peranan
untuk menyediakan suasana menyokong
pakatan rakyat


PRU-13: Bekas pemimpin tentera terus hina, caci pemimpin negara
GERIK 5 April - Ketika demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin terasa, empat bekas pemimpin tentera yang diperalatkan pakatan pembangkang semakin biadab apabila menggunakan pentas-pentas ceramah bagi melemparkan penghinaan dan ungkapan kasar terhadap pemimpin-pemimpin negara.

Selain  Najib Razak yang diberi gelaran seperti 'bangang', 'bodoh' dan 'Najib Altantuya', mereka turut menjadikan  Mahathir sebagai sasaran dengan memberi gelaran 'nyanyuk' kepada negarawan itu.

Tindakan mereka ternyata tidak disenangi orang ramai apabila sebahagian hadirin yang mendengar ceramah anjuran pembangkang di Taman Semarak, di sini malam tadi, tidak memberi tindak balas atau respons setiap kali penghinaan tersebut dilemparkan.

Tidak cukup dengan itu, empat bekas pemimpin tentera tersebut iaitu Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid dan Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Khatab terus melemparkan tohmahan terhadap kerajaan.

Antara tuduhan yang dibuat ialah aset persenjataan dibeli pada harga yang berlipat kali ganda daripada sepatutnya, tidak secara tender terbuka, tidak mendapatkan pandangan daripada pegawai tentera dan pemberian komisyen pembelian kepada individu tertentu.

Namun, tidak seorang pun daripada empat bekas pemimpin tentera tersebut yang bakal menjadi 'calon payung terjun' pakatan pembangkang mengemukan bukti bagi menyokong dakwaan mereka.

Sebaliknya hanya membuat tuduhan secara membuta tuli bagi mengelirukan rakyat.
Tidak cukup dengan itu, Abdul Ghafir cuba memperbodohkan rakyat apabila membuat dakwaan bahawa perisikan polis dan tentera meramalkan bahawa pakatan pembangkang bakal menang pada PRU-13.

"Saya ingin menyatakan daripada ramalan polis dan perisikan tentera telah meramalkan Pakatan Rakyat akan memenangi PRU-13.

"Oleh kerana polis telah membuat ramalan, sudah tentu persediaan telah dibuat untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang diupah naik motor, baling batu dan sebagainya," katanya

Tindakan beliau itu dilihat sebagai strategi untuk menagih sokongan rakyat supaya pengundi pakatan pembangkang yang kononnya bakal menawan Putrajaya pada PRU-13. - MELOYO ONLINE

PADA JAM 4:00 PETANG
TUKAR TIUB
AKAN MENAYANGKAN  SATU KLIP VIDEO
SILA TUNGGU
SILA NANTI




---------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku tak pernah beli Scorpene, aku tak tahu berapa harga sebuah.
aku tak pernah beli Sukhoi, aku tak tahu berapa harga sebijik.
aku biasa beli mee maggie. aku tahu harga mee maggie 60 sen sepeket.
Angkatan Tentera Malaysia beli mee maggie RM86 sepeket.

Tanpa Nama berkata...

hehehe ini geng madey tibai najib!

Tanpa Nama berkata...

Kilroy was here!!!

Tanpa Nama berkata...

Здесь был Вася