SALUT DAN TABIK UNTUK
KAWAN YANG GAGAH BERANI
Walaupun dah pergi, tetapi tetap bersama rakyat buat selama-lamanya
Dengan kesedihan yang mendalam , kami mengumumkan pemergian pemimpin kami yang tercinta dan rakan seperjuangan yang dikasihi
KAWAN CHIN PENG ( ONG BOON HUA ) yang meninggal dunia dengan aman, berusia 89 tahun pada 16hb September 2013, pukul 6:20 pagi (waktu Malaysia pukul 7:20 pagi) di Bangkok, selepas sekian lama melawan penyakit.
Dengan ini, tamatlah hidup beliau yang gilang gemilang, yang penuh dengan peristiwa-peristiwa perjuangan. Beliau telah meninggalkan kompatriot dari semua kaum, rakan-rakan dalam perjuangan bersenjata, saudara-mara dan sahabat-sahabat serta tanah air tercinta dan juga perjuangan rakyat , yang mana menjadi tumpuan sepanjang hidupnya ini.
Perjuangannya terhadap penyakit menunjukkan personal yang kuat, sama seperti dalam hidupnya, dalam menentang semua dugaan dan menghadapi apa yang tidak dapat dielakkan. Beliau telah berjuang dengan kesungguhan, keberanian dan, yang paling penting, dengan ketenangan yang disemai dengan kebijaksanaan, tanpa mengenal kalah dalam sepanjang "pertempuran" beliau.
Malangnya, hal-ehwal yang tidak dapat dielakkan telah mendatang : Beliau telah meninggalkan kita buat selama-lamanya . Mungkin , bagaikan seorang yang balik keluar dari peperangan yang panjang, beliau perlu rehat. Jadi , REHATLAH , kawan seperjuangan kami tersayang.
Beliau telah meninggalkan kita , tetapi semangat beliau masih bersama kita, tertanam dalam sanubari setiap orang.
Tiada apa yang boleh menggantikan setiakawan yang telah mengikat kami. Dulu, kami berjuang mati-matian untuk mempertahankan negara kita daripada pencerobohan asing. Kami sama-sama mengumpulkan keberanian untuk melawan kuasa-kuasa jahat dan ketidakadilan dalam masyarakat. Dan kami sama-sama mencabar semua musuh yang hanya pandai membuli si-lemah dan kaum tertindas.
Kita memiliki cita-cita yang sama. Kepercayaan politik yang sama telah mengikat kita sepanjang umur. Kita sama-sama inginkan satu dunia yang lebih baik . Kita telah menunjukkan kepada generasi mendatang bahawa jalan perubahan adalah panjang dan rumit . Kita adalah sekumpulan manusia yang berani berjuang dan berani berkorban untuk kebaikan umat manusia.
Kami memahami hasrat terakhir beliau yang ingin mengembalikan jasadnya kepada anak-anak beliau yang tidak pernah beliau bela sendiri. Rintihan hati anak-anak beliau dan beliau sendiri mungkin tidak dapat difahami atau dirasai oleh orang lain. Dalam hal ini, beliau telah menunjukkan kepada dunia bahawa beliau hanyalah seorang manusia, yang penuh dengan nilai-nilai dan sensitiviti merendah diri dan kemanusiaan. Kami tabik kepadanya. Kami juga tabik kepada anak-anak dan keluarga beliau . Dan kami menyampaikan ucapan takziah kepada mereka.
Beliau amat mencintai kepada negara ini- tanah tumpah darahnya. Dengan kebijaksanaan dan keberaniannya, beliau telah mendatangkan perdamaian kepada negara kita. Beliau telah memberikan sumbangan yang bernilai, namun beliau dilarang kembali ke tanah air tercintanya. Sejarah akan menggugat mereka yang mungkir janji. Apapun yang terjadi, rakyat jelata tidak buta.
Selamat tinggal, Kawan Chin Peng - pemimpin yang kami cintai , kawan kami, wira kebebasan yang berani !
Abdullah CD , rakan seperjuangan akrap Kawan Chin Peng,
Ban Chulabhorn Pattana Ke-9 (Kampung Perdamaian Banglang)
Ban Chulabhorn Pattana Ke-10 (Kampung Perdamaian Betong)
Ban Chulabhorn Pattana Ke-11 (Kampung Perdamaian Yaha)
Ban Chulabhorn Pattana Ke-12 (Kampung Perdamaian Sukhirin)
Persatuan Abad Ke-21 Malaysia
Persatuan Perdamaian Hadyai
Persatuan Perdamaian Kampung Perdamaian Banglang
Tarikh: 16hb September, 2013
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
---------
7 ulasan:
Red salute untuk chin peng
mendiang adalah dari setiawan
kami orang2 perak berbangga ada pejuang berani spt mendiang
Jalan yg dipilih cp salah dan berliku dikala kita telah merdeka.membunuh rakyat sendiri walaupun berbeza idelogi adalah tindakan extreme yg sukar dilupakan.namun perjuangan menentang penjajah beliau telah disanjung..
Persoalannya sekiranya kita bertaubat dengan ikhlas tuhan mampu memaafkan dosa kita sepanjang hayat...
Apa salahnya kita sebagai manusia yg mengikut ajaran tuhan memaafkan insan yg telah meninggal dunia??bukankah konsep ketuhanan menyokong teori maaf memaafkan...bukankan konsep bangsa menyokong maaf memaafkan seperti yg kita lakukan di hari raya..tolong jgn menunjukan kuasa dan mempolitikan hal seperti ini..biarlah naluri kemanusiaan melebihi politik dan kuasa dalam menjayakan niat terakhir si mati..harapan saya biarkanlah..jgn menyeksa roh simati..
SALUTE MI FAMILIA!!!!
dah mampos....
Penulis msti lg sdih mengenangkan ulamak pujaanya dah mampos dah bakal mendiami neraka selamanya..x pa, nti bila dah sampai masanya pnulis pun bole jupa dia di sana juga spt yg dijanjikan pd stiap makhluk
pejuang tetap pejuang asal kan mereka
melawan penjajah kita mesti ingat buku sejarah british yg tulis jadi siapa yg menentang adalah penderhaka.
Dari satu sudut Chin peng adalah antara perjuang kemerdekaan cuma fahaman politik nya berbeza
dari anak tentera melayu diraja
Catat Ulasan