Ahad, 14 Jun 2026

TAK TAHU ADAT BOLEH BERTANYA


TAK TAHU  ADAT

BOLEH BERTANYA

AMIN

TAK TAHU 

BUKAN JENYAH

KHALAS

EKONOMI MEROSOT - RAMAI HILANG KERJA


AWAS !!!

JAGA JAGA

EKONOMI MEROSOT

RAMAI HILANG KERJA

KHALAS

BANGUAN DAN LAWAN - JAWAPAN TEPAT


BANGUN & LAWAN

JAWAPAN TEPAT

KHALAS

BERITA BAIK UNTUK NEGARA : ZAHID TIBAI ANWAR - ANWAR TIBAI ZAHID


BILA PENCURI

BERGADUH INI

PETANDA BAIK

AMIN

RAKYAT AKAN

SELAMAT 

NEGARA AKAN

AMAN BILA

PENCURI BUNUH

SESAMA SENDIRI

KHALAS




PM pertahan ada unsur khianat di Negeri Sembilan


PUTRAJAYA: Anwar bin  Ibrahim menyifatkan ada unsur khianat di Negeri Sembilan kerana usaha menjatuhkan sebuah kerajaan yang memiliki kestabilan politik.

Beliau berkata, beliau sebelum ini menyatakan bagi menjayakan kerjasama dalam negara tidak seharusnya ada unsur-unsur khianat.

"Kalau tak khianat, baguslah. Tetapi, kalau dalam kita tengok pengalaman kita di Negeri Sembilan, tentunya ada usaha, dalam keadaan stabil politiknya, ekonominya, tapi ada usaha-usaha untuk menjatuhkan.

"Jadi, itu bagi saya ada sedikit pengkhianatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-10 Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA).

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden UMNO,  Ahmad Zahid bin Hamidi, semalam bahawa tidak harus timbul isu pengkhianatan apabila sesuatu penggal pentadbiran di peringkat negeri mahupun nasional berakhir dan tamat.

Ahmad Zahid bin Hamidi dilaporkan berkata, sokongan BN terhadap kerajaan Negeri Sembilan sememangnya diberikan secara konsisten hingga ke akhir penggal pentadbiran.

Namun, beliau berkata, apabila Menteri Besar Negeri Sembilan,  Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri itu, sebagai sebuah gabungan parti BN tentunya mempunyai hala tuju yang harus diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Portal berita, FMT melaporkan, Anwar bin Ibrahim ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya PH Negeri Sembilan semalam, berkata beliau tidak bersetuju pilihan raya awal di Negeri Sembilan memandangkan kerajaan negeri itu baru memasuki tahun ketiga.

Beliau dilaporkan berkata, menyampaikan rasa tidak puas hatinya kepada Aminuddin tetapi menegaskan 'tiada pilihan' akibat ketidakpastian daripada UMNO selepas 14 wakil rakyatnya menarik sokongan terhadap Aminuddin sebagai menteri besar, sebelum mengubah pendirian mereka.

"Ini adalah 'wayang kulit'," katanya seperti dipetik.

Mengenai Johor, Anwar bin Ibrahim berkata biarpun terpulang kepada Menteri Besar Johor  Onn Hafiz Ghazi untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, tumpuan sepatutnya diberikan kepada penjanaan pertumbuhan, ekonomi negara dan masalah dihadapi rakyat.

Bagaimanapun, beliau berkata, beberapa bulan kebelakangan ini isu pilihan raya sibuk ditimbulkan sedangkan ketika ini negara berdepan kesan krisis ekonomi.

"Kalau tidak, tak ada khianat, tak apalah. Tapi maknanya kita harus tingkatkan kefahaman mengapa kerjasama dan muafakat itu penting dan bila ada keperluan pilihan raya pada masanya, jalanlah," katanya

CHINA SESAT ?


CHINA SESAT

INI TAK TAHU

ASAL USUL

ATAU TAK TAHU

JALAN KE LORONG

HAJI TAIB

KAH KAH KAH

KHALAS


Bos J-Kom kena kecam gara-gara ungkapan 'Cina sesat'
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) yang baru dilantik, Hisyamuddin Ghazali, menerima kecaman selepas menggelar dua pengkritik kerajaan sebagai “Cina sesat” di Facebook.

Hisyamuddin, yang lebih dikenali sebagai Syam Ghaz, menerima kritikan daripada ahli politik pembangkang mahupun kerajaan berikutan kenyataan yang dilihat berunsur perkauman.

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, adalah tidak wajar bagi seorang pegawai kerajaan seperti Hisyamuddin membuat kenyataan berbaur perkauman dan menggesa agar dia dipecat.

"Ini akibat apabila lantikan PM10 dan Menteri Komunikasi tidak tahu tempat dan statusnya dalam kerajan.

"Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Syam Ghaz, jelas tidak wajar dikeluarkan oleh seorang pegawai kanan kerajaan yang dibayar gajinya menggunakan duit cukai rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tun Faisal berkata hantaran itu bukan sahaja tidak beradab, menunjukkan tahap profesionalisme yang rendah dan melanggar tata etika Penjawat Awam, tetapi juga berbau perkauman dan penghinaan, serta mencemarkan imej kerajaan madani PH-BN dan PM10.

Sementara itu, Presiden MCA dalam satu kenyataan turut menuntut Kementerian Komunikasi mengarahkan Hisyamuddin mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka atau disingkirkan daripada jawatan tersebut.

Parti itu juga mengkritik DAP dan timbalan menteri komunikasi, Teo Nie Ching, kerana didakwa berdiam diri berhubung kesalahan Hisyamuddin.

“Jika perkataan seperti ini digunakan oleh pihak pembangkang, sudah tentu DAP paling lantang bercakap tentang 3R (kaum, agama dan raja), perpaduan nasional dan keharmonian kaum.

“Tetapi apabila ia datang daripada pegawai kerajaan yang baru dilantik, mengapa DAP diam?

“MCA menuntut Teo Nie Ching dan Kementerian Komunikasi menyatakan sama ada kenyataan itu boleh diterima atau tidak, mengarahkan Syam Ghaz memohon maaf secara terbuka atau memecat dia, serta menjelaskan sama ada tindakan tatatertib akan diambil,” katanya.

Parti komponen BN itu juga menggesa kerajaan memberi jaminan bahawa J-Kom tidak akan digunakan sebagai jentera propaganda partisan yang dibiayai wang rakyat.

‘Gaji dibayar guna wang rakyat’

Penganalisis politik pro-BN, Eric See-To turut menyindir DAP dengan bertanya kepada setiausaha agungnya, Anthony Loke sama ada dia juga menggelarkan dirinya sebagai “Cina sesat” seperti dalam hantaran Hisyamuddin.

“Anthony Loke Siew Fook, adakah anda juga ‘cina sesat’? Ini daripada ketua J-Kom baru anda yang dibayar menggunakan dana awam — wang rakyat termasuk cukai daripada rakyat Cina.

“Apa komen DAP dan PKR?” katanya di Facebook.

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Annuar Musa pula menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak wajar.

Dia berkata sebagai ketua J-Kom, Hisyamuddin sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan bukannya menghina sesiapa dengan kenyataan berunsur perkauman.

“J-Kom adalah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab menjelaskan dasar- dasar kerajaan kepada rakyat, bukan bertindak emosi di media sosial.

“Dalam negara ini kita tidak perlukan sikap kebencian melampau apa lagi atas nama kaum atau bangsa.

“Islam menolak perkauman dan sikap asabiyyah,” katanya.

‘Tugas saya bantu PMX’

Hisyamuddin dilantik sebagai Ketua Pengarah J-Kom pada 8 Jun, menggantikan Ismail Yusop yang ditamatkan perkhidmatan lebih awal sebelum dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri.

Sejak itu dia kerap memuat naik hantaran di media sosial dan dilihat bersikap agresif terhadap pengkritik kerajaan.

Kenyataan berbaur perkauman itu berlaku semalam apabila dia membuat hantaran terhadap ahli perniagaan Albert Tei dan Eric See-To, yang turut digelar sebagai "balaci" pembangkang.

“Balaci pembangkang Eric Lim Sian See dan Albert Tei sebelum ni 24 jam serang PMX Anwar Ibrahim, kini hadap saya seorang ja.


“Oklah, tugas saya bantu PMX supaya fokus bangunkan negara berjaya.

“Dua Cina sesat tu bagi kami uruskan. Jalan terus!” tulisnya di Facebook pada 5.37 petang.

Bagaimanapun, hantaran asal tersebut telah disunting sebanyak dua kali, di mana dia membuang perkataan “Cina” dan kemudian “balaci”, namun perubahan itu masih kelihatan dalam sejarah suntingan.

PETANG INI


PETANG INI

GUA MASUK HOKKIEN
JAM 6 .20 PETANG
HOKKIEN BASAH DAN KOSONG
GUA BAWA MAKANAN
TAK ADA SAPA MUNCUL
MAKANAN MASUK PETI SEJUK
SEKALI LAGI
AMIN

BANGUNAN 118
TAK TAK 
TENGOK  BANGUNAN 118
DAH HILANG DALAM AWAN


AWAN TEBAL
LEPAS HUJAN


TAK TAK 
JALAN KE DEPAN
BANGUNAN 118
MUNCUL KEMBALI
AWAN DITIUP ANGIN

DAH MASUK AHAD !!!!


KETIKA ARTIKLE

INI MUAT MASUK

12.08 TENGAH HARI

DI TEHRAN

JAM 1.41 PETAG

DI PAKISTAN

JAM 4.26 SUBUH

DI AMERIKA

AMIN

DUNIA TUNNGU

TERAM BANGUN

KENCING & BUKA

TALIPON

KAH KAH KAH

KHALAS


AS jangka tanda tangan perjanjian, Tehran ragu masa pelaksanaan


WASHINGTON: Pemimpin Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan menjangkakan satu perjanjian rangka kerja yang sudah lama tertangguh bagi menamatkan pertempuran antara AS dan Iran akan ditandatangani pada Ahad.

Bagaimanapun, Tehran mempersoalkan mengenai masa pelaksanaan tersebut selain, penunjuk perasaan tegar di Iran menyuarakan penentangan.

Presiden AS, Donald Trump menerusi hantaran di media sosial pada Sabtu berkata, perjanjian dengan Iran dijadualkan untuk ditandatangani pada Ahad, yang juga merupakan hari ulang tahun ke-80 beliau.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, berkata kedua-dua pihak telah bersetuju terhadap satu rangka kerja perjanjian damai dan Islamabad sedang membuat persiapan untuk proses tandatangan secara elektronik pada Ahad, yang akan diikuti dengan rundingan peringkat teknikal pada minggu berikutnya.

Bagaimanapun, Iran tidak mengesahkan perjanjian tersebut ditandatangani pada Ahad.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei, yang bercakap sebelum kenyataan Trump itu memberi amaran supaya tidak membuat kenyataan mengenai masa penandatanganan tersebut.

Laporan media negara berkenaan turut memetik kenyataan Baghaei berkata, bahawa ia bukan berlaku pada Ahad tetapi mungkin berlaku "dalam beberapa hari akan datang."

Trump menulis di Truth Social bahawa selepas perjanjian rangka kerja itu ditandatangani, Selat Hormuz, laluan penting bagi bekalan minyak global yang sebelum ini disekat Iran, akan segera dibuka kepada semua.

Walaupun serangan pengeboman AS telah banyak melemahkan pangkalan industri ketenteraan Iran dan merosakkan kemampuan tenteranya, pakar berpandangan perang itu telah mengukuhkan lagi dominasi Kor Pengawal Revolusi Islam Iran yang berhaluan tegar.

Video di media sosial dan laman berita Iran menunjukkan penentang perjanjian berkumpul di dataran dan di hadapan Kementerian Luar di Tehran, sambil menyalahkan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi dengan laungan, "Araqchi tolong ada rasa malu, lepaskan Amerika".

Reuters tidak dapat mengesahkan video tersebut dengan segera.

Apabila AS dan Israel melancarkan perang terhadap Iran pada 28 Februari lalu, Trump menyeru rakyat Iran supaya bangkit dan mengambil alih institusi negara.

Walaupun AS dan Iran dilihat bergerak ke arah perjanjian dalam dua hari kebelakangan ini, pertempuran masih berterusan apabila tentera AS mengenakan sekatan ke atas Iran dan berusaha mengurangkan kawalan Iran ke atas Selat Hormuz, yang sebelum perang, menjadi laluan kepada 20 peratus penghantaran minyak dunia.

Pada awal Sabtu, tentera AS memaklumkan telah menembak jatuh beberapa dron serangan satu hala Iran yang menuju ke selat tersebut.

Israel, yang berkata ia bukan pihak dalam perjanjian AS-Iran itu, menyatakan bahawa ia telah menyerang lebih 70 sasaran dalam tempoh 24 jam di Lubnan terhadap sekutu Iran, Hizbullah.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah berselisih pendapat dengan Trump mengenai tuntutan AS supaya Israel mengehadkan tindakan ketenteraan di Lubnan bagi membolehkan Washington mencapai perjanjian dengan Tehran.

Pada Jumaat, Araghchi berkata, meskipun perubahan terhadap perjanjian mungkin masih berlaku, draf perjanjian sementara itu menunjukkan negaranya telah muncul lebih kuat daripada konflik tersebut.

Dalam perhimpunan pro-kerajaan yang diadakan di seluruh Iran pada malam Sabtu, penduduk dan agensi berita melaporkan bahawa golongan tegar menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap rangka kerja perjanjian tersebut.

Seorang penduduk di bandar timur laut Mashhad memberitahu Reuters bahawa beberapa penunjuk perasaan melaungkan "Mati kepada pengkhianat," yang dipercayai merujuk kepada Araqchi.

Draf memorandum persefahaman yang dicadangkan menetapkan pembukaan semula selat dan penghapusan sekatan laut AS, menurut sumber di semua pihak rundingan.

Rundingan mengenai program nuklear Iran yang merupakan alasan utama diberikan Trump untuk perang tersebut, akan dilakukan selepas itu.

Salah seorang pegawai AS berkata, salah satu syarat perjanjian menyatakan Iran akan membuka Selat Hormuz.

"Iran akan membuka Selat Hormuz, itu adalah syarat. Ia boleh dibuka tanpa tol.

"Apabila itu dilakukan, kami akan menarik balik sekatan laut kami.

"Ia akan berlaku secara serentak, dan langkah seterusnya selepas itu ialah proses menyahperi kawasan selat tersebut," katanya kepada wartawan, sambil menyatakan bahawa negara anggota Kumpulan Tujuh (G7) mungkin memainkan peranan dalam proses tersebut.

Menurut Pejabat Perdana Menteri Britain (Downing Street) pada Sabtu, Trump membincangkan usaha menamatkan konflik Iran dalam satu panggilan dengan Perdana Menteri Britain Keir Starmer.

Draf terma yang dilihat oleh Reuters melalui beberapa sumber menunjukkan AS akan mula melepaskan berbilion dolar aset Iran yang dibekukan serta melonggarkan sekatan ke atas eksport minyak Iran, sebagai pertukaran kepada pembukaan selat tersebut oleh Iran.

Agensi berita Fars Iran memetik kenyataan Baghaei berkata, bahawa pelepasan aset Iran yang dibekukan adalah sebahagian penting dalam perjanjian itu dan Iran juga perlu mengenakan caj untuk perkhidmatan di Selat Hormuz.

Beliau berkata pangkalan tentera asing di rantau itu mesti ditamatkan, menurut agensi tersebut, tanpa memberikan butiran lanjut.

Program nuklear Iran akan dibincangkan dalam tempoh rundingan 60 hari. Seorang pegawai AS berkata, perjanjian itu akhirnya akan membawa kepada pembongkaran program nuklear Iran, dengan stok uranium yang diperkaya tinggi akan dimusnahkan dan dipindahkan.

DUIT ROSMAH UNTUK APA ?


APAKAH DUIT

INI NAK BAYAR

TEBUSAN UNTUK

NAJIB DI BEBAS

KAH KAH KAH

KHALAS


Rosmah nafi dakwaan beli hartanah mewah di AS
Suami bekas perdana menteri, Najib Razak, iaitu Rosmah Mansor, mengeluarkan kenyataan yang menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan pembelian hartanah mewah di New Jersey, Amerika Syarikat.

Ia susulan kenyataan ahli perniagaan Daing A Malek Daing Rahaman yang semalam turut menafikan dakwaan mengaitkannya dengan pembelian hartanah tersebut menerusi kenyataan kepada Bernama.

Dakwaan berkenaan dibuat oleh seorang pengguna X bernama Mark Lansvin menerusi sebuah video yang dikongsi di platform X.

Malaysiakini menyiarkan semula kenyataan penuh Rosmah yang diterjemah daripada bahasa Inggeris seperti berikut:

Saya menulis sebagai respons kepada penyebaran meluas di pelbagai platform media sosial termasuk X (dahulunya Twitter) dan Facebook, yang melibatkan beberapa video mengandungi tuduhan serius, palsu dan berunsur fitnah terhadap saya serta ahli keluarga saya.

Saya menyatakan dengan sejelas-jelas dan setegas-tegasnya bahawa saya menafikan setiap satu daripada tuduhan tersebut secara keseluruhan.

Saya tidak pernah, pada bila-bila masa, terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pembelian, pembiayaan, pemindahan atau pemilikan mana-mana hartanah mewah - termasuk mana-mana hartanah yang didakwa bernilai AS$13 juta - dan saya juga tidak pernah membiayai, memudah cara atau mengatur apa-apa transaksi sedemikian bagi pihak menantu saya atau mana-mana individu atau entiti lain.

Dakwaan yang cuba mengaitkan saya dengan penggunaan syarikat proksi (shell companies), struktur kewangan luar pesisir (offshore), atau hubungan dengan mana-mana individu dan entiti yang dinamakan dalam video-video tersebut adalah sama sekali tidak berasas, tidak benar dan direka secara berniat jahat.

Dakwaan tersebut tidak disokong walau sedikit pun oleh bukti yang boleh dipercayai, dan tidak lebih daripada satu kempen yang dirancang serta disengajakan untuk memfitnah saya dan mencemarkan nama baik keluarga saya.

Penerbitan dan penyebaran dakwaan-dakwaan ini jelas merupakan perbuatan fitnah dan penyebaran maklumat palsu secara berniat jahat. Kandungannya mengelirukan, amat tidak bertanggungjawab dan nyata bertujuan memperdaya orang ramai, menjejaskan keyakinan terhadap proses yang sah di sisi undang-undang, serta menyebabkan kerosakan serius dan tidak boleh diperbaiki terhadap reputasi saya dan keluarga saya.

Memandangkan keseriusan perkara ini, pada 14 Jun 2026 saya telah membuat satu laporan polis rasmi supaya pihak berkuasa berkaitan menjalankan siasatan yang menyeluruh dan lengkap terhadap individu-individu serta mana-mana pihak dan akaun yang terlibat dalam penciptaan dan penyebaran bahan palsu, berniat jahat dan berunsur fitnah ini.

Saya memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan tetap komited untuk terus berbuat demikian.

Saya juga menuntut dengan sekeras-kerasnya agar semua pengendali platform media sosial yang berkaitan mengambil tindakan segera dan tegas untuk memadam, menyekat serta menghalang sebarang penyebaran lanjut bahan-bahan palsu dan berunsur fitnah ini.

Saya dengan ini mengekalkan semua hak yang diperuntukkan kepada saya di sisi undang-undang, termasuk hak untuk memulakan tindakan sivil dan meneruskan prosiding jenayah terhadap mana-mana individu atau pihak yang telah menerbitkan, menerbitkan semula, berkongsi atau terus menyebarkan dakwaan palsu dan memudaratkan ini.

Saya menyeru orang ramai dan pihak media agar bertindak secara bertanggungjawab dan berhemah, tidak memperbesarkan kandungan yang belum disahkan, palsu atau berunsur fitnah, serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan tanpa gangguan atau pengaruh, selaras dengan proses undang-undang yang sewajarnya.

Kenyataan ini dikeluarkan tanpa menjejaskan segala hak dan remedi yang tersedia kepada saya di sisi undang-undang, yang mana semuanya dikekalkan sepenuhnya.

Datin Seri Rosmah Mansor 
JUGA DI KENALI SEBAGAI BIK MAMA

SATU PELAJARAN : BURIT BUKAN SEKUNTUM - KOTE BUKAN SEBATANG


SATU ILMU 

PENGETAHUAN:

BURIT BUKAN 

KOTE 

BUKAN SEBATANG

AMIN

MANA SATU CHINA SESAT


MANA SATU

CHINA SESAT

DISINI 

SILA UMUMKAN SEGERA
DEMI KESELAMATAN
ORANG RAMAI
AMIN












TANPA KERJASAMA - KANCIL AKAN DIHIMPIT


TAKDA KERJASAMA

KANCIL AKAN DIHIMPIT

KHALAS