Jumaat, 29 November 2013

PANDANGAN ANAK MUDA





Kelab Penyokong Kerajaan Selangor Jadi Kelab Kongkalikong

Semalam SAMM Johor menjadi antara yang pertama menyuarakan rasa tidak bersetuju terhadap kenaikan gaji yang terlalu tinggi DUN Selangor di kala rakyat masih terbeban dengan kesan kenaikan kos sara hidup yang semakin mendesak.

Hari ini, setelah pelbagai pihak menyatakan bantahan termasuklah komentar Ketua Pembangkang yang menyatakan kenaikan itu terlalu tinggi, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor membuat pusingan 180 darjah apabila Pengerusinya, YB Azmin Ali membuat kenyataan meminta pentadbiran Kerajaan Negeri mengkaji semula keputusan yang telah diluluskan semalam.

Persoalan yang ingin SAMM Johor lontarkan adalah mengapa semalam sewaktu usul pindaan dibentangkan di Dewan DUN, BBC Selangor tidak menyatakan bantahan atau menolak usul ini daripada diluluskan? Adakah BBC berpandangan bahawa Dewan DUN itu adalah seperti sebuah set penggambaran drama? Di dalam Dewan DUN, mereka mengundi untuk meluluskan usul kenaikan namun apabila berhadapan dengan media BBC membuat pusingan 180 darjah dan meletakkan semua beban kesalahan kepada Menteri Besar seorang.

Kelulusan kenaikan gaji ini bukanlah keputusan eksekutif semata-mata. Ia adalah keputusan kolektif kesemua ahli Dewan Negeri Selangor. Ia dibahaskan dan diundi untuk kelulusan. Maka, adalah tidak patut setelah pelbagai lapisan rakyat menyatakan bantahan termasuklah Ketua Pembangkang yang menyatakan bahawa kenaikan ini terlalu tinggi, barulah BBC tersedar daripada lenanya.

Atau apakah kenyataan Pengerusi BBC ini hanya untuk mengampu Ketua Pembangkang yang juga merupakan Ketua Umum PKR semata-mata? Setelah Dato' Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan tersebut barulah BBC tersedar ataupun semasa usul ini dibahaskan semalam Pengerusi BBC tidak berada di dalam Dewan DUN sehinggakan beliau tidak menyedari usul kenaikan gaji ini dibahaskan?

Rasional perbandingan gaji Menteri Besar, Exco, ADUN, Speaker dan Timbalan Speaker dengan swasta bukan satu justifikasi yang boleh diterima pakai. Swasta atau korporat adalah merupakan organisasi yang berorientasikan keuntungan sedangkan pentadbiran Kerajaan lebih berorientasikan khidmat kepada rakyat. Jika rasional ini digunapakai, maka seharusnya seluruh penjawat awam Negeri Selangor perlu menerima gaji yang setara dengan sektor swasta.

Cukuplah bermain wayang. Rakyat tidak buta. Rakyat tidak pekak. Rejim Pakatan Rakyat jangan mengikut telatah rejim Barisan Nasional yang sering menghina akal rakyat. Apa yang boleh kita simpulkan BBC Selangor telah menjadi Kelab Kongkalikong. Apa yang sedang anda persembahkan ini jelas menghina intelektual rakyat.

Roslee Mohd Shariff
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor
SAMM Johor


----------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SAMM :

Please write in detail exactly what you want. Dont use rhetoric.

Tanpa Nama berkata...

Aku ni owgg johor..naek menyampah plak aku dggn samm johor ni..knp kau bodoh sgt?rakyat terbeban dgn bn/umno..yg kau sibuk dgn selangor pehal..mb dia jaga rakyat selangor kaw2 beb..yb2 dia pun bagu2..xdee rahsuah...belanjawan teerbesar dalam sejarah..ni haa yg kat johhor ni owg johor sume kene layan mcm babi ape cerita?bn/umno jual umah dgn owg singapore..owg johor tdo bwh jambatan.jgn sibuk hal owg laen la..owg johor ni mmgg mcm sial.tu sbb sultan johor keturunann lanun pun kowg sembah.bodooh.

Tanpa Nama berkata...

Jika anda menerima realiti keadaan semasa kenaikan gaji Adun Selangor bukanlah sesuatu yg besar. Pendapatan RM10 ribu sudah bukan asing bagi seorang pengetua sekolah yang hanya mentadbir sebuah sekolah. Anda mahukan perkhidmatan terbaik tetapi tidak mahu membalasnya dengan setimpal. Penentang kenaikan ini perlu melihat ke dalam diri. Ikhlas menegur atau iri hati. Ataupun layak dicalonkan untuk anugerah HM.

PakNgahYob@AcikLee berkata...

pala hotak kamu lah samm. apa hal ko menyalak pasal gaji diaorang. dah cukup bagus diaorang kerja kuat utk bagi terbaik utk rakyat selangor. ko sibuk macam serigala kebulur apasal.tu penyamun sial di kalangan umno ko takmenyalakpun mcm tu. ko dah takada keje ape...woiiit ko pegi main guli lahhhh

Tanpa Nama berkata...

Ni mesti penyokong Azmin Ali. Dahlah hoi hentikan isu kenaikan gaji adun Selangor buat apa tolong UMNO.

DIDI KOTA BELUD berkata...

Baru kena bagi jumaat dengan sabtu....dah bongek sampai hujung nyawa...ini belum letak pegawai agama sebelah kedai toto lagi....lagi bongek...semua pakat kepit surat khabar cina kat ketiak kaum ni kalau nak cai
....heheeehehe....beli jelah
...menang bayar saman......hehehehe

Tanpa Nama berkata...

Gaji naik sepadan dgn kerja yang dibuat. Sekurang2nya rakyat Selangor tahu bahawa ini telah diambil kira dalam bajet negeri. 'Accountable'. Bukan dlm gelap buat deal2 tup tup korupsi itu ini...itu semua hilang lesap je...jadi 'leakages' dan tak accountable. Itu yang bahaya.

Teruskan kecemerlangan Selangor dengan team yang bagus ini, YB Dato Menteri Besar, rakyat terus menyokong anda.

We have made our choice and we expect the best governance.