APA SUDAH JADI
DATO’ SERI LIOW DIGESA UNTUK SEGERA MENUBUHKAN BADAN PENYIASATAN BEBAS MENYIASAT KEHILANGAN MH370 BESERTA MENDEDAHKAN LAPORAN AUDIT KE ATAS SISTEM RADAR PENERBANGAN AWAM MALAYSIA DAN KLIA2
Kehilangan pesawat MH370 amat tragik bagi seluruh negara. Sehingga kini, 241 keluarga di serata dunia masih menunggu jawapan berkenaan ahli keluarga tersayang mereka. Walaupun hampir 4 bulan sejak kehilangan MH370, pihak bertanggungjawab masih tidak mempunyai sebarang penjelasan atau teori kukuh yang berlandaskan fakta untuk menjawab soalan yang ditujukan. Dengan ini, saya menyeru YB Menteri untuk menubuhkan badan penyiasatan bebas terdiri daripada pakar penyiasatan kemalangan udara dari seluruh dunia. Diharap dengan badan penyiasatan bebas ini, keluarga penumpang akan mendapat jawapan yang dicari serta kredibiliti Malaysia akan diselamatkan.
Insiden ini juga telah mendedahkan banyak kelemahan sistem penerbangan awam di negara kita. Salah satu fokus penyiasatan badan ini pastinya berkenaan keselamatan dan kejituan sistem radar penerbangan awam. Kejutan pertama dialami oleh ruang udara kita apabila sistem radar di Lapangan Terbang Subang mengalami kerosakan menyeluruh (total shutdown) selama hampir 2 jam pada September 2012. Pendedahan menerusi laporan dalaman, yang dibawa oleh YB Tian Chua, YB N Surendran dan diri saya sendiri, akhirnya disahkan dan diakui oleh mantan Menteri, Datuk Seri Kong Cho Ha di dalam Dewan Rakyat setelah ditekan berkali-kali. Ketika itu, kami meminta agar sistem udara Malaysia diaudit oleh International Civil Aviation Organization (ICAO), selepas pertama kali membangkitkannya pada Julai 2012.
Sehingga ke hari ini rakyat masih lagi menunggu apakah ICAO Audit tersebut telah dilaksanakan? Apakah jika audit tersebut telah dijalankan dan saranan baikpulih dilakukan, pesawat MH370 tidak akan hilang pada hari ini kerana sistem radar lebih tepat? Sekali lagi, demi keselamatan rakyat Malaysia dan pengunjung negara kita, saya menyeru YB Menteri menyiasat sistem radar penerbangan awam.
Baru-baru ini, keselamatan KLIA2 telah dipersoalkan berulang kali. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga telah menyatakan bahawa ICAO akan menjalankan audit berkenaan keselamatan di KLIA2. Skop audit ini masih lagi belum diketahui. Apakah benar audit ini telah dilaksanakan? Jika ya, saya meminta agar YB Menteri mendedahkan laporan ini dengan segara.
Justeru, antara tugasan utama YB Menteri adalah menubuhkan badan penyiasatan bebas untuk insiden MH370, mendedahkan segera laporan ICAO Audit berkaitan kerosakan sistem radar Lapangan Terbang Subang pada 12 September 2012 dan skop dan laporan ICAO Audit ke atas Lapangan Terbang KLIA2 yang dijanjikan Timbalan Menteri Pengangkutan pada 16 Jun yang baru berlalu.
Audit yang pernah saya sarankan secara konsisten sejak tahun 2012 wajib dilaksana dan dibentang bagi memastikan negara tidak terkesan dengan sebarang kelemahan dan bagi mengenalpasti tindakan, langkah susulan serta keselamatan bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan pemantauan ruang udara penerbangan awam. Kita wajib melakukan sedaya upaya bagi mengelakkan tragedi MH370 berulang lagi.
NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN KEADILAN

-----------
2 ulasan:
Jgn lupe skali lantik Tok Moh ViP tu jd ahli panel..bole smua AJK d bawa site visit dgn "tikar tuurrbbang smbil minum air kelapa spesel"
jangan mimpi lah...lio teng got no time for all this..sikrang sudah mula buat catatan brapa banyak projek sebat duit nanti boleh dapat..Nanti jawapan dia sinang saja,,,Itu gvua tak tau,,HIsap puting juga tau...nanti wah tanya jibbon apamacam..kah kah kah
Catat Ulasan