Selasa, 26 Ogos 2014

MEMAHAMI KRISIS SELANGOR







SIAPA JANTAN INI

APA MAKNA KRISIS SELANGOR


Apa yang dapat kita fahami dari apa yang sedang berlaku di Selangor sekarang? Pada hemat saya apa yang berlaku dihadapan mata wajib kita fahami untuk dijadikan ilmu pengetahuan. Untuk ini saya ingin membawa pencerahan. Saya ingin menerangkan tanda dan makna babak-babak dibelakang tabir agar ilmu politik kita berkembang mendewasa.

Pertama-tama – awal wahid – jangan sekali-kali kita lupa bahawa Malaysia ialah negara Dunia Ketiga. Negara Dunia Ketiga memiliki watak, perangai dan pola-pola tersendiri. Malaysia bukan United Kingdom. Justeru kita ada mendengar atau membaca pandangan tentang krisis Selangor dari pakar undang-udang, dari pakar perlembagaan atau pandangan Doktor Politik yang berjela-jela ijazahnya. Semua pandangan ini memang boleh dibaca dan enak didengar tetapi semuanya hampeh.


Saya mengatakan hampeh apabila pandangan-pandangan ini TIDAK berdiri dibumi nyata. Tidak berlangitkan awan Malaysia. Tidak berasaskan real politik Malaysia. Tidak berpandukan kepentingan ekonomi dan kelas. Dan melupakan gajah dihadapan mata - bahawa Malaysia ialah negara Dunia Ketiga.

Memang betul pandangan Pakar Perlembagan bahawa Sultan dalam negara berParlimen hanya menerima keputusan ramai. Memang tepat Sultan tegak sebagai neraca – tanpa berat ke kri atau ke kanan. Memang betul Sultan hanyalah simbol negara berParlimen.

Tentang peranan Sultan di Malaysia ini kita boleh dibaca dari buku. Boleh didengari dari Kuliah Fakulti Undang-Undang - dari mulut pensyarah dan pakar undang-undang. Tetapi semua ini hampeh. Satu habuk tak boleh dipakai kerana Malaysia negara Dunia Ketiga.

Hakikatnya jumlah kerusi Adun Selangor ialah 56. Hakikatnya Khalid Ibrahim TIDAK lagi mendapat sokongan dalam Dewan Undangan Selangor. Hakikatnya dua minggu lalu 30 Adun telah menyokong Dr Wan Azzizh sebagai Menteri Besar baru. Ini bermakna 30 Tanda Tangan Bersumpah menyokong Dr Wan Azizahh - jumlah majoriti. Hakikatnya yang mendapat sokongan majoriti wajib dilantik untuk menjadi MB.

Para profesor dan pakar undang-undang boleh melompat dan menonggeng mengatakan bahawa Khalid wajib kosongkan kerusi MB. Para Pemikir dan Pemerhati Politik boleh membuktikan yang Khalid tidak ada sokongan. Peguam berkeliber boleh membebel – membuat rujukan apa yang telah berlaku di Perak – Dr Wan Azizah ada hak untuk menjadi MB.

Hakikatnya ketika tulisan ini digarap ( Isnin 25 Ogos 2014) Khalid Ibrahim masih TIDAK mengosongkan kerusi MB. Khalid Ibrahim masih mengakui dirinya MB Selangor. Semua media cetak dan leteronik TIDAK mempersoalkan kedudukan Khalid Ibrahim dari sudut undang-undang atau Perlembagaan. Tidak mempertikai undang-undang dan hukum hakam yang dilanggar oleh Khalid. Semua ini berlaku kerana Malaysia adalah negara Dunia Ketiga.

Dalam negara Dunia Ketiga saperti Malaysia - apa yang wujud ialah prosedur demokrasi. Prosedur ini bermakna ada rakaian tindakan yang wajib dijalankan untuk mendapatkan hasil dan keadaan yang sama. Prosedur ini diwujudkan untuk melicinkan pentabiran. Prosedur ini dijalankan oleh lembaga-lembaga yang 'dianggap' bebas dan berwibawa agarnya ianya dilihat adil dan saksama.

Contohnya : sebelum tertubuhnya sesebuah kerajaan wajib ada pemungutan suara i.e pilihan raya. Pilihan raya wajib dijalankan oleh satu lembaga yang bebas. Sesudah pilihan raya wajib dihitung parti mana yang memiliki suara majoriti. Parti majoriti akan menubuhkan kerajaan. Semua ini adalah prosedur yang molek saperti yang tertulis dalam Perlembagaan. Tetapi hakikatnya semua ini hampeh kerana Malaysia ini negara Dunia Ketiga.

Negara Dunia Ketiga – termasuk Malaysia – diwujudkan oleh penjajah. Malaysia ini adalah projek British. Malaysia lahir sebagai satu rancangan British yang tidak mahu kepentingan ekonominya di Singapura, Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu jatuh ke tangan rakyat tempatan. Maka negara yang yang dipanggil Malaysia ditubuhkan. Maka segala lembaga yang diwujudkan oleh British ini adalah lompong dan pura-pura. Semua lembaga ini hanyalah satu sandiwara untuk meneruskan kepentingan ekonomi British.

Perlembagaan, undang-udang dan lembaga-lembaga yang wujud di Malaysia ini memang indah tertulis. Molek lagi cantik. Tetapi hakikatnya semunya lompong, kosong dan hampeh.
Apa yang berlaku di Selangor ini seharusnya telah memberi pencerahan dan pengajaran untuk kita semua. Telah terbukti bahawa Dr Wan Azizah mendapat sokongan majoriti. Tetapi masih ada suara lantang yang mahukan Sultan membuat keputusan. Sultan dikatakan boleh menerima atau menolak cadangan dari majoriti suara Adun. Sultan akan membuat keputasan muktamad.

Disini jelas dilihat bahawa pilihan raya, Akuan Bersumpah – suara majoriti, bilangan kerusi DUN semuanya tidak memiliki apa apa makna. Justeru - kenapa kita membuang masa, berkempen, berpolitkk dan menjalankan pilihan raya – walhal akhirnya Sultan yang akan membuat pilihan. Hampeh.

Kenapa hampeh saperti ini berlaku? Bagaimana ianya menjadi bagini? Jawabnya : semua ini berlaku kerana kerana Malaysia negara Dunia Ketiga. Dalam Malaysia Perlembagaan, Undang-undang, hukum hakam, lembaga daulah – diwujudkan untuk membantu kelompok peningglan British – United Malays National Organisation - terus berkuasa hingga hari kiamat. Hukum hakam dan lembaga daulah hanya boleh digunakan jika ianya membantu kelas yang berkuasa. Jika ianya TIDAK membantu dan TIDAK menguntungkan kelas yang berkuasa maka Perlembagan, segala macam undang-undang – semua dihampehkan.

Contoh terbaru yang masih segar dalam ingatan – KES PERAK 2009. Nizar Jamaluddin – Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat - mahu Dewan Undangan dibubar dan pilihan raya baru diadakan sekali lagi. Sultan Perak enggan membubarkan kerana United Malays National Organisation mengikut hisab Sultan memiliki sokongan majoriti Adun. Lalu MB baru dilantik. Walhal dalam Perlembagaan Sultan hanya mengikut nasehat MB. Ini tidak berlaku di Perak. Sultan beraja di Gamuda.

Di Selangor kes terbalik kut – Pakatan Rakyat ada majoriti. Tetapi Dr Wan Azizah TIDAK dilantik. Justeru inilah bukti jelas bagaimana jika hukum, precedent dan undang-undang menyebelahi United Malays National Organisation maka undang-undang atau peraturan itu akan dipakai. Tetapi jika kepentingan United Malayas National Organisation lupus maka hukum dan undang-undang itu dihampehkan.

Budaya politik hegemoni Ketuanan Melayu ini bukan hanya diguna pakai oleh United Malays National Organisation. Kita lihat bagimana budaya kong kali kong – budaya dulak dalik United Malaysa National Organsiation ini menyerap masuk ke dalam badan politik Pas. Dua minggu dahulu pemimpin Pas bersidang. Secara kolektif Pas mahu terus bersama Pakatan, bersetuju dengan Dr Wan Azizah tapi ada tambahan nama Azmin Ali untuk calon MB.

Azmin Ali secara terbuka menolak untuk menjadi MB Selangor dan memusatkan sokongan kepada Dr Wan Azizah. Fakta ini jelas dibaca oleh satu dunia. Tetapi Malaysia negara Dunia Ketiga. Kesepakatan awal Pas itu tidak dapat dituntaskan. Pas pagi ini ( 25 Ogos 2014) bermesyuarat sekali lagi.

Apa sebenarnya berlaku? Sama saperti di Perak dibelakang tabir ialah kontrek MRT yang bernilai berbilion ringgit. Di Selangor juga ada projek berbilion ringit. Lihat bagaimana peguam KES PERAK ini diberi 'upah' dengan Projek Kidex yang juga bernilai bilion ringgit. Di Selangor selain dari Kidex ialah Langat Dua – loji dan empangan air yang juga bernilai berbilion ringgit. Siapa pemilik dan bagaimana hubungan Tuan Pemilik Langat Dua ini dengan keputusan siapa MB Selangor masih belum jelas.

Apa yang jelas ialah dibelakang Krisis Perak (2009) dan Selangor(2014) ialah projek. Projek bermakna dinar dan ringgit. Projek bermakna untung dan laba. Islam, Melayu, Hadis atau Kitab Suci – semua ini hanyalah permainan dibibir politikus. Apa yang berlaku dua minggu ini adalah kuliah terbaik untuk memahami bahawa Islam dalam politik itu hanyalah bertujuan untuk mengoalah persetujuan pengundi. Ini bukan bermakna saya mempersoalkan ketakwaan pemimpin Pas atau ahli-ahli Pas. Tidak. Saya yakin mereka adalah sosok-sosok yang warak.

Tetapi dalam real politilk. Dalam sistem politik moden. Dalam politik undi mengundi , dalam, sistem demokrasi berparlimen – undi seorang pelacur sama nilainya dengan undi seorang Pak Lebai. Justeru - cakap-cakap tentang agama dan Islam dalam real politik akan ditenggelamkan oleh dinar dan ringgit. Dan ini sedang berlaku dihadapan mata kita semua.

Ini bukan hanya bermakna gaji kepegawaian syarikat PKNS yang lumayan. Bukan hanya bermakna peluang hidup lumayan walau pun pekerjaan hanya membaca doa. Lebih dari itu. Negeri Selamgor yang terkaya di Asia Tenggara ini bersedia membukakan peluang 'membuat duit' dengan jalan pintas. Projek-projek jadi kaya bersepah-sepah.

Ketika tulisan ini digarap kita telah membaca bagaimana Parti Pas telah melanggar setiakawan dalam Pakatan. Ini sebenarnya bukan sesuatu yang menghairankan. Apa yang telah berlaku adalah satu lagi kuliah politik yang amat baik untuk kita semua mengenal – siapa musuh siapa kawan. Siapa kawan dan siapa musuh dalam kelambu.

Apa yang berlaku di Selangor ini wajib memberi pengajaran kepada kita semua untuk memahami real politik. Politik dalam Dunia Ketiga bukan politik Raja Berparlimen dan bukan politik Raja Berpelembagaan saperti di United Kingdom.
Buku dan kitab-kitab kajian tentang Perlembagaan Malaysia wajib dibaca dan kuliah undang-undang wajib diikuti. Jika niat ingin lulus pereksa. Tidak lebih dari itu. Apa yang tertulis dan apa yang berlaku adalah dua pekara yang berbeza-beza.

Dalam Dunia Ketiga - Emperor, Maharani, Ratu, Radin, Raja, Al-Malik , Shahan Shah, Sultan – semua sebahagian dari daulah. Raja Berperlembagan dalam Dunia Ketiga adalah juga Raja Projek. Malah sosok-sosok ini diwujudkan untuk memaggari elit yang berkuasa. Sosok-sosok ini pula digaji dan dilumayankan oleh elit yang berkuasa.

Betulkah ini yang berlaku? Saheh. Kalau tidak betul makan negara ini namanya bukan Malaysia. ( TT)




NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggar akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03 -92-21-30-45


.











-----------

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dewan ulamak pas desak pecat 2 adun sokong kak jijah, saari sungib dan hasnul. pagi ni. pagi sebelum kalid brahim jumpa sultan yg dah balik masuk kerja semula.
tujuannya jelas tak perlu selindung: isyarat terang tanpa perlu guna morse code dari kumpulan ug dalam pas kepada sultan sgor, pas bersedia back up dan memang setuju dgn rencana yg akan dibawak masuk kalid brahim.
adakah bermakna kalid brahim akan kekal jugak jadi mb? kemungkinan besar tidak. kalid dah turunkan wasiat pada penjawat awam. kalid dah hentak cop dan sign nama dia atas buku sejarah negeri sgor bahwa dialah empunya keprihatinan wawasan iltizam dan usaha yg memberi faedah terulung buat rakyat seluruh sgor dapat 20m3 air free tiap bulan yg tak dinikmati mana2 rakyat negeri lain dan sejarah akan mengabadikan usaha dia. jadi kalid akan turun jugak.
cuma, rencana yg bakal dibawa kalid dah pasti nama pengganti dia sebagai mb, atau akhirnya pembubaran dun iaitu langkah akhir (desperate) nak cuba susahkan pakatan dari senang2 je terus mentadbir sgor seterusnya memasang usaha2 cuba memenangi pilihanraya negeri (kaedah biasa la apa lagi!) iaitu langkah yg selari dan seirama dgn tarian ulamak2 dan kumpulan ug dalam pas.
apakah langkah yg nak dilahir dan dizahir ini boleh disesuaikan dgn kehendak perlembagaan dan undang2 tubuh negeri sgor?
kalau dah bersetubuh dgn galak pasti boleh lahir dgn sah...

Tanpa Nama berkata...

Inikah namanya undang undang haram jadah yang dipertahankan oleh Malaysial, undang undang membesarkan tembolok, perut dan mengenyangkan punai bawah pusat

kampong lad berkata...

should world and real world are two different animals.

Tanpa Nama berkata...

Sangat setuju dengan tuan TT. Sekarang ini Pas adalah punca permasalahan.

Tanpa Nama berkata...

Sampah dan tak membina

Tanpa Nama berkata...

nasi kankang najib........
kepala setan........
kah...kah...kah...

Tanpa Nama berkata...

tindakan tepat YB Saari & YB Hasnul....
Bravo........
hari2 akhir parti PAS.....
Bila hadi setang gila pulus....
kah...kah...kah...

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan TT,Malaysia nagara dunia ketiga.Belajarlah undang-undang sampai berbuih kepala pun,Malaysia memang setaraf dengan negara Afrika,Zimbabwe.Orang melayu semua otak taik lembu.Tak sedar diri ditipu oleh gerombolan "United Malay No oTak". Kah..kah..kah..

Tanpa Nama berkata...

PAS punca..
Buang la PAS dr pakatan
Persilakan tuan.TT

Tanpa Nama berkata...

AlQuran itu benar. Islam itu benar.. ahli PAS benar.. PEMIMPIN UG PAS, dinar!!!!

ady angelcry berkata...

Hahaaaa.......bro tt baik lu buat pendedahan kerajaan perpaduang,gler ke x t.guru hj.hadi tawer azmin Sertai pas utk bentuk UG,andai benar Berita ni adalah malang buat pas kerna mempunyai president khianat dan janj2 sebelum pru13 untuk tumbangkn bn hanya lah retorik smata2......angelcry....

Pasir sebutir berkata...

Rhythm of The Third World (ROTTW)...

Tanpa Nama berkata...

masalahnya masih ramai yg anggap sultan dan raja2 adalah bayangan Allah di muka bumi (WTF?).

sebab tu pak lebai terpaksa korbankan kebijaksanaan mereka (if any) dan biarkan keputusan di buat sebulat suara oleh sultan dan raja2 (rujuk keputusan PAS dlm krisis pemilihan MB selangor)

terkini, khabarnya pak lebai lebih utamakan survival melayu daripada tujuan menubuhkan negara berkebajikan.

'amanat' pak lebai (1981) dah hanyut ke laut, godaan duniawi nampaknya dah mengatasi serban, jubah, dan tasbih.

godaan untuk berpadu-padu dgn parti musuh mengatasi godaan bidadari bermata jeli.. sigh!

Tanpa Nama berkata...

Oh ajijah rasonya kau x dapek jd MB la....PAS akan jd MB...khalid jd exco , 2 adun pas jd pencacai angkat najis Nuar & TT

Tanpa Nama berkata...

Sumo di sbabkan al duburi la. Tak payah tulis paanjang2 tt.

Tanpa Nama berkata...

PAS gunakan islam sebagai kulit dan topeng, UMNO menggunakan semangat kebangsaan dengan ketuansn melayu sebagai topeng dan baju sama saja hakikat dalamannya.... lain di mulut lain d hati m....k.