Isnin, 12 Januari 2015

KEMENGAN PRU 13 JALAN TIPU











Keputusan mahkamah dalam kes Mejar Zaidi menyebabkan Malaysia kehilangan askar yang hebat

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) amat kecewa dengan keputusan mahkamah tentera hari ini yang mendapati Mejar Zaidi Ahmad bersalah dalam kes berhubung dengan laporan polis yang dibuatnya tentang dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Hukuman yang dijatuhkan kepadanya – pemecatan daripada perkhidmatan Yang Di-Pertuan Agong – bermaksud kerjayanya dalam bidang ketenteraan selama 26 tahun dan satu hari berakhir walaupun masa depannya dalam bidang ini sepatutnya masih cerah berdasarkan rekod cemerlangnya selama ini. 

BERSIH 2.0 mengenali Mejar Zaidi sebagai seorang yang penuh komitmen dalam peranannya sebagai warga, pembimbing keluarga, dan askar. Malah, kerana komitmen peribadinya dari segi profesional dan kemasyarakatanlah beliau membuat laporan polis berhubung kegagalan dakwat kekal semasa pengundian awal. 

Major Zaidi telah menjelaskan tindakan beliau: Beliau tidak mahu proses pengundian pada hari membuang undi juga dicemari sepertimana yang berlaku pada hari mengundi awal. Beliau juga mahu mempertahankan imej tentera daripada dicemari bersama dengan imej Suruhanjaya Pilihan Raya - kerana, bagi beliau, jika perbuatan berdiam diri ini samalah bersekongkol dalam memperlakukan sandiwara terhadap rakyat. 

Malangnya, betapa pun usaha gigih beliau, tiada tindakan yang diambil ke atas SPR hingga hari ini, dan tidak ada sesiapa daripada SPR yang didakwa atas angkara ini. Tiada hasil daripada ratusan laporan polis yang dibuat terhadap SPR, kecualilah daripada laporan Mejar, di mana hukuman dikenakan terhadap pemaklum dan bukannya pesalah. 

Mejar Zaidi telah memainkan peranannya sebagai warganegara untuk mengetengahkan skandal terbesar antara penyelewengan yang melanda Pilihan Raya Umum ke-13. Beliau telah membayar harga yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab ini, manakala Malaysia telah kehilangan seorang askar yang hebat hari ini.

BERSIH 2.0 juga kecewa dengan mahkamah tentera kerana tidak menunggu keputusan semakan kehakiman tetapi mengambil keputusan untuk meneruskan prosiding, walaupun terdapat aduan daripada pihak pembelaan terhadap keadilan dan integriti prosiding. Kami kini menunggu semakan kehakiman, yang akan didengar kebenaran untuk permohonannya pada 5 Februari di Mahkamah Tinggi KL. Moga-moga ada lagi keadilan bagi Mejar Zaidi.








----------

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sesungguhnya hakim2 yang menjatuhkan hukuman ini telah pun menempah tempat mereka dineraka.

begitu juga hakim2 kes liwat DSAI.

Tanpa Nama berkata...

Mejar, semoga Allah melapangkan rezeki tuan seluasnya. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Suruh bersih 2.0 tanggung anak bini dia....

Manshor berkata...

Allah swt akan tanggung saya amat percaya.

Manshor berkata...

Allah swt akan tanggung saya percaya.

Tanpa Nama berkata...

Hakim telah menjalankan tugas dengan betul. Yang salah dia. Dah tahu sebagai angkatan tentera perlu mendapat kebenaran kenapa buat juga. Ini namanya pengikut tak bertempat. Sekarang dah kena buang, ada kah Ketum, Ambiga akan datang membantu? Tak ada. Peguam pun tak disediakan.

Bersih ni kalau sokong dia, memang mereka suka, tapi dah jadi macam ni mampuslah kau.

Teringat kes Ramlang Porigi. Last2 terkonting2 ditinggal Ketum.

Tanpa Nama berkata...

Pandailah kau jatuhkan hukum. Siapa kau menetapkan hakim masuk neraka, kau tuhan ke?

Tanpa Nama berkata...

Manusia keluar dari rezeki yang baik kepada yang belum tahu cabarannya. Itu tanda tak bersyukur. Sungguh pun rezeki Allah yg kurniakan tapi usaha untuk mendapatkan yg halal perlu dijalankan.

Amanah perlu ditaati. Kesetiaan dan perjanjian perlu dipatuhi. Kita tidak tahu adakah ini cubaan dari Allah atau bala dari Allah. Sendiri nilailah.

Tanpa Nama berkata...

bersabar...........
syaitan2 yg menjtuhkan hukum........
cilaka..........

bukan pati berkata...

Bila report pasal kecurangan SPR...maka di cop pengikut anwar dan PR. Dalam banyak2 ahli UmNoo ni tak kan lah seekor pun tak berakal. Samada orang awam atau anggota keselamatan...tanggungjawab kepada negara adalah sama. Setiap kesalahan mesti di lapor kepada pihak berwajib untuk keadilan semua. Tapi malangnya...malaysia ni diperintah oleh parti yang mempunyai roh yang kalah dan menang secara menipu. Kepada rakyat malaysia jangan mengharap yang rejim sekarang ni akan memerintah dengan lurus dan telus.