.

Rabu, 15 Jun 2016

DARI SUNGAI BESAR KE KUALA KANGSAR




DARI SUNGAI BESAR
KE KUALA KANGSAR

Pada pagi Ahad 12 Jun 2016 yang baru lalu - Mahathir Muhamad telah membocorkan satu maklumat  penting. Pembocorkan maklumat dilakukan secara terbuka dalam ucaptama pembukaan forum 1MDB di Kuala Kangsar. 

Forum ini adalah sebahagian dari kempen pilihanraya kecil untuk menyokong  Dr. Ahmad Tarmizi calon Parti Amanah.

Mahathir telah membocorkan maklumat secara terbuka dihadapan 300 orang hadirian dalam dewan sebuah restoran di Kuala Kangsar. Mahathir telah membocorkan maklumat bagaimana dia telah berjumpa dengan  Haji Hadi. Ini berlaku  sebelum  bulan puasa. Dalam pertemuan ini Mahathir telah memberi pencerahan kepada Hadi  tentang tentang segala jenayah dan salah laku Najib.

Mahathir telah menerangkan tentang kes pembunuhan Altantuya. Telah diterangkan kes tekanan Singapura keatas Najib dalam hal projek kereta api laju. Dijelaskan bagaimana Najib telah menjadi ‘lembik’ dan mengikut suruh arah Singapura tanpa memikirkan kedaulatan  dan kemerdekan Malaysia.

Paling penting Mahathir telah memberi penjelasan yang tuntas tentang peranan Najib  dalam kes rompakan duit 1MDB. 

Keluar masuk duit 1MDB  ini mungkin agak payah untuk Haji Hadi memahami kerana ilmu pengetahuan Hadi yang terhad dalam bidang  ekonomi. Maka Mahathir sebagai guru telah menerangkan sajelas mungkin. Setuntas mungkin.  Ini dilakukan agar Hadi akan membawa parti PAS bersama dalam satu saf  rakyat  Malaysia untuk menumbangkan Najib Rosmah.

Haji Hadi  menolak cadangan Mahathir. 

Penolakan ini kita dengari melalui kata-kata lek lok Hadi tentang parti Pas. Menurut Hadi parti ini  bukan mahu kuasa. Hadi  sendiri tidak berniat ke Putrajaya. Dia hanya mahu jadi penasehat. Malah Haji Hadi menerangkan kepada rakyat Malaysia bahawa sebagai Parti Islam - Pas  hanya mahu keredaan Allah dan menegakkan Islam.

Tentang heboh-heboh ajenda  Islam Pas inilah  yang menjadi satu tanda tanya. Islam jenis Pas  ini menjadikan  rakyat Malaysia seram dan sekali gus menjadi lawak. Ajaran agama Islam menentang kezaliman. Islam menentang rasuah. Islam menuntut umatnya bangun berjuang menengak keadilan. Islam mengajukan kebajikan untuk umat manusia.

Satu dunia tahu Najib terlibat dalam banyak jenayah. Haji Hadi juga tahu kerana Mahathir telah memberi pencerahan. Mustahil Haji Hadi dan para  pemimpin Pas tidak sedar pekara ini. 

Kes ‘rompakan’  paling afdal  ialah dimana  Najib telah berjaya merembat 2.6 bilion ringgit duit 1MDB. Duit ini  masuk ke akaun pribadinya. Satu kes yang juga afdal lagi soheh  ialah bagaimana 42 juta ringgit duit   SRC - anak syarikat 1MDB - masuk ke akaun Najib tidak lama sebelum Najib Rosmah membuat kenduri nikah anak mereka.

Islam melarang penganutnya berbohong. Islam juga melarang penganutnya menipu. Islam juga melarang umatnya jadi bodoh.  Justeru  muncul satu persoalan  dari 30 juta   rakyat Malaysia. 

Rakyat Malaysia bertanya kepada Haji Hadi  yang mengaku dirinya sebgai Tuan Guru: bagaimana  otak Tuan Haji Hadi  dapat putar memutar fakta hinggakan semua jenayah Najib ini tidak kelihatan?

Orang Melayu dan rakyat Malaysia menjadi hairan lagi pelik. Kenapa Haji Hadi tidak nampak   semua jenayah ini. Ini pelik.  Ini menjadikan Islam jenis  Hadi ini amat amat  pelik lagi memelikkan.
Saya membuka surah Haji Hadi  ini kerana  saya ingin menyambung kembali konsep pensejajaran semula yang telah saya ajukan minggu lepas.

Kelakuan Parti Pas terutama perangai Haji Hadi  sesudah wafatnya Nik Aziz -  mewajibkan kita semua yang cerah politik untuk mengambil  dan membuat satu kesimpulan. Ini amat amat penting dalam usaha  rakyat Malaysia untuk menendang Najib Rosmah dari terus berkuasa. Sekali  gus menyelamatkan Malaysia dari terus dijarah oleh Najib Rosmah.

Justeru satu pensejajaran semula wajib dilakukan. Satu penyusunan semula politik tanah air wajib dilakukan. 

Awal wahid  sebelum pensejajaran ini dapat didirikan -  satu  kesimpulan yang tepat dan jitu wajib diambil terhadap Hadi.

Apakah fikrah Haji Hadi ini masih waras kerana kenyatan dan ucapan dari mulut Haji Hadi makin  berkelintau.  Apakah daya fikir Haji Hadi ini masih tersusun.  Timbulnya  soalan ini kerana putar belit politik yang dilakukan oleh Haji Hadi ini  bukan saja melanggar ajaran agama anak semua bangsa malah kenyataan ini dilihat sebagai politik sasau.

Contoh terbaru ialah apabila mulut Hadi  menetaskan kata kata: Kita tidak menentang Najib. Kita tidak mahu jatuhkan Najib. Sebaliknya kita menentang konsep pemerenthan yang dibawa oleh Najib.

Oooo la la.  Kenyatan sademikian ini  bukan sahaja tidak lojik malah dilihat soheh sebagai kenyatan sasau. Kita tidak perlu menjadi Socrates atau Stephen Hawkins untuk melihat kesasauan kenyatan ini. Malah jika kenyatan Hadi ini diajukan kepada Stephen Hawkians  pasti dia juga akan pening kepala untuk memikirkan.

Dengan jelas Hadi berkata dia  menentang konsep pemerenthan yang dibawa  dan dikepalai oleh Najib. Kerajaan Malaysia sekarang bukan dipimpin oleh Samy Velo atau Lokman Adam. 

Maka dengan fikrah lojik jika seseorang  menentang konsep pemerentahan itu maka yang wajib dilawan dan ditentang ialah kepala yang membawa konsep itu. Dalam kes sini bukan Samy Velo dan bukan Lokman Adam. Yang memimpin Malaysia  Najib.

Jadi, jika kita jatuhkan Najib maka kita berjaya memusnahkan konsep pemerentahan yang dibawa oleh Najib. Ini satu kesimpulan politik yang paling asas. Ini lojik politik paling asas.

Tetapi lojik  Hadi berbelit-belit. Kerana itu  kita mula mendengar suara Haji Desas  bin Lebai  Desus  yang membuka surah  tentang terputusnya  beberapa jalur urat saraf  Hadi.  Ini berlaku ketika Hadi  terjatuh akibat serangan jantung di Istambul.

Saya bukan pakar saraf. Tetapi dari pemerhatian , dari membaca kenyatan politik  Hadi , dari menonton klip Hadi di Youtube dan dari melihat tindakan politik Hadi maka apa yang disurahkan oleh  Haji Desas itu agak meyakinkan. Ada unsur-unsur putus saraf.

Malah jika kita ambil   apa yang telah disuarakan oleh Haji Hadi dalam ceramah di Kampong Banggol Peradong Kuala Terangganu pada 7 April 1981 - maka  kes Hadi putus uraf saraf ini masuk akal. 

Terbukti Haji Hadi pada tahun 1981 memiliki fikrah cerah. Haji Hadi dengan jelas  telah menetaskan apa yang kini dikenali sebagai Amanat Haji Hadi.  Pemikiran Hadi dalam Amanat ini jelas membawa garis penentangan terhadap kemungkaran dan kebatilan yang diajukan oleh semua agama termasuk Islam.

Justeru, dalam metapora politik terkini  saya ternampak ada persamaan antara Najib dengan Hadi. 

Najib   pada ketika ini sedang  dilihat sebagai pemimpin  yang sedang dikepong  oleh jenayah-jenayah yang telah dilakukan.  Najib kelihantan sasau  dan  telah hilang punca. Hasilnya   makin jelas  dilihat bagaimana Najib mengambil langkah politik bukan lagi untuk Malaysia tetapi  untuk menyelamat diri. 

Pentabiran Najib hari ini bukan lagi berpandukkan kebajikan rakyat. Najib hari ini mengambil langkah tindakan politik hanya bertujuan untuk menyelamatkan dirinya dari didakwa oleh mahkamah.

Malah semakin ramai ahli parti United Malays National Organisation telah hilang kepercayaan dengan Najib sebagai presiden parti mereka. Puluhan cawangan telah meluluskan resolusi menuntut Najib meletak jawatan sebagai presiden parti. Resolusi ini dilulus dalam mesyuarat agong parti yang baru selesai berjalan. 

Ahli-ahli parti Ketuanan Melayu yang menentang Najib dalam parti telah menubuhkan kumpulan yang dikenali sebagai  Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM). Ini satu fenomena politik yang mewajibkan kita mewujudkan pensejajaran baru.

Sama saperti Najib - ada penentang yang amat jelas terhadap kepimpinan Hadi. Parti Amanah adalah manifestasi  penentangan ahli-ahli Pas  terhadap Hadi. Ahli-ahli Pas ini  tidak dapat lagi menerima garis perjuangan yang diajukan oleh  Hadi. 

Hadi dan Najib kini  berkubang  dalam satu kancah. Justeru dua orang ini sedang bekerjasama untuk menyelamatkan diri masing-masing.   Hadi memerlukan Najib untuk Hudud. Najib memerlukan Hadi agar dia dapat terus  berkuasa.

Jika Najib tergelincir dari kuasa  tim FBI akan masuk untuk menangkap bukan sahaja Najib malah ramai macai-macai Najib yang sekarang ini berjaya melarikan diri dari pendakwaan walau pun PDRM, SPRM dan bank Negara mencari mereka.

Dari latar ini mari kita tambah pula dengan  babak dua pilihanraya kecil  yang sedang berjalan. .  Keputusan di Sungai Besar dan Kuala Kanghar akan menjadi bagitu penting. Pertempuran di dua wilayah ini adalah manifestasi pertempuran politiuk nasional dan juga pertempuran politik kepartian. 

Apa yang akan berlaku di Sungai  Besar dan di Kuala Kangsar akan memberi jawapan kepada pensejajaran semula politik Malaysia.

Berkurang  sahaja undi  Pas maka ianya memberi erti bahawa Amanat Hadi Part Two telah ditolak rakyat. Menurun  sahaja undi  United Malays Natinal Organisation akan memperkuatkan lagi gerakan dalam parti untuk menjatuhkan Najib.

Jika Amanah mendapat undi lebih dari Pas maka PKR wajib mengambil keputusan muktamad untuk memutuskan hubungan dengan  Pas. 

Jika undi Pas jatuh merosot  ini membuktikan secara jelas kepimpinan Hadi telah ditolak bukan sahaja oleh bukan Melayu malah orang Melayu juga telah bosan dengan Hadi.  Selagi Hadi masih memimpin Pas dengan dasar politik  putus urat saraf   maka bekerjasama dengan Pas wajib dibaca  sebagai politik sasau.

Pasti ramai akan tertanya-tanya - apa bentuk pensejajaran politik baru  ini? Parti mana yang akan bersama dalam Pakatan Harapan?

Jawpannya cukup senang. Dalam pesejajaran  politik baru ini agenda utama ialah untuk menyingkirkan Najib. Maka akan muncul persolan kedua, persoalan ketiga dan dan dan hingga  ke  seratus.  Yang wajib dituntaskan ialah ajenda pertama. Yang lain mengikut kemudian.

Wajib disedari bahawa menyingkirkan Najib  ini  bukan bermakna merancang untuk ke Putrajaya atau menubuh kerajan baru , atau siapa  menjadi calon PRU14, atau parti mana dapat kerusi apa?  Menyingkir Najib bukan semua ini. Menyingkir Najib
ialah menamatkan Najib dan Rosmah dari memiliki kuasa. Khalas. Period. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

-------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita kata dan megah mengistiharkan kita Islam itu dan ini. Tapi kita merelakan rasuah, pencurian wang, pimpinan yang tidak boleh dipercayai, yang tidak mahu bertanggung jawab, berbohong, zalim menggunakan undang2 untuk pecat dan ugut rakyat.
Negara tidak hancur kalau tidak ikut cakap haji hadi dan pas. Mereka ini manusia biasa.
Negara kita makmur tapi kalau kita sendiri kufur yakni menolak dan membelakang prinsip bernegara secara Islamik, maka negara kita akan musnah dan hancur.
Lebih baik ada Islamic state of mind dan Islamic code of conduct.

Tanpa Nama berkata...

Langkah sumbang hadi adalah kerana dendam kesumat pada DAP. Hadi tak pandai tarbiah dan berdakwah pada non muslim, bahasanya angkuh kesat dan kasar. Dia tak sabar nak laksanakan hudud. Dah bertahun bersama dap dalam pr tapi tak guna kesempatan itu utk buat penerangan tentang hudud. Ayat potong tangan tak banyakpun dlm al quran berbanding ayat suruh beri org makan dan ayat suruh buat kebajikan pada umat manusia. Selesaikan segala kebajikan pada umat manusia, kemudian baru fikirkan hukum suruhan Ilahi pada yg masih mencuri walaupun segala kemiskinan telah dibasmi.

Hadi gopoh dihujung usia utk laksanakan hudud yg mungkin dianggapnya sebagai tiket ke syurga.

Terdesak nak masuk syurga, dia sanggup bersekedudukan dgn pemimpin macam najib sebab nak capai cita cita mimpi bidadari bermata jeli.

...Semoga usia hadi tamat sebagai seorang islam.