.

Isnin, 3 Oktober 2016

HAK BERDEMO








BERDEMO

HAK ANAK

SEMUA BANGSA

KEGANASAN

BUKAN HAK

TAPI HAPRAK



BERSIH: Luah perasaan, bukan luah ganas

Sabtu 1 Oktober 2016 saya adalah salah seorang yang terlibat di Lumut untuk melancarkan obor BERSIH 5.
Kami merasmi dan melancarkan obor BERSIH 5 pada jam 9.30 pagi di Marina Wings Waterfront Lumut.
Ketika ucapan perasmian obor oleh pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedang berlangsung satu gerombolan Baju Merah telah datang menghampiri tempat pelancaran.
Mereka telah dihalang oleh Polis Diraja Malaysia.
Kurang lebih 30 minit kemudian obor BERSIH5 selamat dilancarkan.
Sesudah pelancaran selesai kereta dan motosikal konvoi BERSIH 5 mula bergerak menuju ke wilayah pasar iaitu tempat kami cadangkan untuk menyebar selebaran.
Dalam perjalanan ke situ kami telah diserang oleh gerombolan Baju Merah bermotosikal.
Kereta yang saya tumpangi adalah salah satu daripada beberapa kereta yang diganggu dan diserang oleh gerombolan Baju Merah.
Cermin kereta yang saya tumpangi telah cuba dipecahkan. Dinding kereta telah diterajang. Bendera BERSIH yang berkibar megah di kereta dirampas dan dikoyak.
Hakikatnya, saya menyokong sesiapa saja untuk membantah. Saya menyokong kumpulan dan gerombolan apa sahaja untuk berdemo menunjuk perasaan.
Meluahkan perasaan dan membantah adalah hak asasi umat manusia. Jika tidak bersetuju dengan apa saja maka kita berhak untuk menyatakan perasaan kita itu.
Justeru, hak membantah adalah salah satu daripada garis perjungan BERSIH. Hak membantah telah dinobatkan sebagai salah satu tuntutan dan perjuangan BERSIH.
Apa yang saya TIDAK sokong ialah menggunakan keganasan. Sikap ganas ini saya tolak. Sikap dan perbuaatan mengganas wajib ditolak.
Anak semua bangsa, bangsa semua agama, wajib menolak segala bentuk keganasan.
Hisham Rais: Right to rally, not right to be violent
Social activist Hishamuddin Rais has blasted the incidents of violence by the red shirts against the Bersih convoy over the weekend.
Hishamuddin said while Bersih upholds the right to protest, they do not condone violence.
"The fact is I support anyone's (right) to protest. I support any group's (right) to demonstrate. This is the basic right of the people," he said.
"I do not support the use of violence. I reject the violent attitude and action (of the attackers)," he said in a statement.
"The people regardless of their religion should reject any form of violence," he said.




-------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aiiii.. takkan kene ketuk cermin.. kene jegil.. takut? terbalik kan kete polis, terlompat jerit sepak dan naik atas kete polis ok pulak. weeeiii.. batang tu ada.. tunjuk la. tak kan kecut mcm hadi bawang.. atau lari anak ketakutan mcm MO1. kata nak berjuang.. kene ketuk tingkap kete terbalik terpukang.. ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

Ganas gini adalah iklan percuma utk BERSIH. Lagi ganas, lagi best. Lagi umphhh utk jayakan 19 haribulan nanti.

yb berkata...

Bila demo, Melayu turun berduyun tapi tidak mengundi. Dalam diam pengundi cina berlipat ganda tapi melayu masih corot. Tak payahlah demo kalau hanya untuk menyalak dan pungut titbits.