Isnin, 3 Oktober 2016

PENCURI SEEDAH DIHAMBAT






PENCURI

TELAH DIKENALI

SEKARANG

BAGAIMANA KITA

NAK MENANGKAP

SI PENCURI



2112022011880



2112022011906

Muhyiddin: RM42 juta masuk akaun Najib

KEMAMAN - Bekas Timbalan Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin mendakwa bekas peguam negara,  Abdul Gani Patail pernah bertanya Najib tentang wang dalam akaun peribadi pemimpin nombor satu negara itu.

Ini dinyatakan Muhyiddin sewaktu berucap pada Ceramah Perdana Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.4 di Kemasek, di sini, malam kelmarin namun tidak menyatakan tarikh pertemuan yang didakwa itu.

Muhyiddin berkata, , Abdul Gani bertanya berhubung wang RM42 juta dalam dua akaun persendirian yang ada kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kejadian itu berlaku sewaktu Abdul Gani masih lagi dalam perkhidmatan. Saya diberitahu, peguam negara berjumpa PM (perdana menteri) dan maklumkan kepada Najib dalam siasatan dibuat SPRM didapati wang dengan kadar jumlah itu ada dalam akaun PM.

“Saya juga dimaklumkan, apabila perkara itu diberitahu kepada PM, beliau nafikannya dengan memaklumkan tidak ada, sedangkan telah disahkan ada oleh peguam negara. Terbukti wang itu ada di situ kerana beliau membelanjakan wang itu,” katanya.

Muhyiddin mendakwa, bekas peguam negara itu pernah menjelaskan wang bernilai RM42 juta itu disuntik ke akaun persendirian perdana menteri melalui dua syarikat seperti dilaporkan, iaitu ada beberapa deposit wang dibuat ke akaun perdana menteri.

Katanya, SPRM ketika itu hanya menumpukan siasatan menjurus kepada dana daripada bekas anak syarikat seperti SRC International serta 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sinar Harian telah menghubungi Abdul Gani untuk mendapat komen lanjut, tetapi tiada respons.


KESAH NAJIB

KENA HAMBAT

TAK BELUM

SELESAI LAGI

TUNGGU NANTI




------------------

Tiada ulasan: