MENYUSUN DAN MENGHASUT
KE JALAN RAYA
Mungkin ada pembaca yang terlupa bahawa BERSIH adalah organisasi yang ditelur, dieram dan menetas atas tapak tangan parti politik. Parti PKR, DAP dan PAS bertanggung jawab melahirkan Bersih pada tahun 2007. Ketika itu Bersih dipimpin oleh Syed Shahir - dari Parti Keadilan Rakyat. Sosok ini juga adalah pemimpin Kesatuan Buruh - MTUC.
Sejarah meramkamkan bahawa Bersih dilahirkan atas keperluan parti politik yang mahukan pilihan raya bersih dan adil dijalankan. Slogan dan tuntutan Bersih dari awal lagi ialah pilihan raya yang adil dan bersih.
Satelah berpuluh tahun ditipu, diputar dan dikelentong oleh Surahanjaya Pilihan Raya (SPR) parti politik mula mendapat pencerahan. Parti politik yang selama ini hanya terbabit dalam pilihan raya mula berfikar apakah ada jalan lain untuk mendapat kuasa selain dari pilihan raya?
Parti politik mula yakin - mula melihat bahawa kemenangan United Malaya National Organisation bukan kerana parti ini kuat tetapi kerana perancangan licik SPR.
Selama berpuluh-puluh tahun SPR telah menyusun dan mengatur perjalanan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. SPR dengan pelbagai tipu helah yang licik telah berjaya menjalankan projek memastikan kemenangan parti Ketuaan Melayu.
Parti-parti politik pembangkang telah digunakan sebagai ‘prop’ atau ‘ pelakun tambahan’ untuk memperlihatkan bahawa di Malaysia ini ada demokrasi. Demokrasi di Malaysia sehat dan subur kerana ada pilihan raya. Di Malaysia ada lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai bukti. Ini mantra United Malays National Organisation.
Sayugia dingatkan bahawa ahli lembaga SPR yang dikatakan dipilih oleh Parlimen itu sebenarkan adalah bengolan-bengolan yang ditunjuk dan dilantik oleh United Malays National Organisation. Ini kerana parti gerombolan yang berkuasa. Dengan kuasa ditangan mereka maka mereka memastikan kuasa ini tidak akan terlepas.
Cara terbaik dan teruji sepanjang zaman untuk terus berkuasa ialah melantik ‘geng sendiri’ untuk menjalankan pilihan raya. Ini samalah saperti Imam melantik Tok Kadzi dan Tok Kadzi melantik Imam. Khalas.
Kalau kita membaca tentang SPR - bunyinya memang sedap. SPR adalah sebuah lembaga yang bebas mengendalikan pimilihan ahli parlimen dan ahli dewan negeri di Malaysia. Tetapi bukti semakin menonjol bahawa SPR hingga ke hari ini ini adalah budak suruhan gerombolan United Malays National Organsition.
Adalah mustahil - tidak masuk akal - ahli-ahli lembaga SPR yang dilantik oleh United Malaya National Organisation akan berani melawan towkay. Ini tidak pernah terjadi. Malah mustahil ada lembaga-lembaga daulah yang bebas dalam negara Dunia Ketiga saperti Malaysia.
Apabila kita telah memahami semua hakikat ini maka ada lagi beberapa syarat dan hukum yang wajib kita difahami. Hukum dan syarat ini amat-amat penting untuk difahami sebelum mengambil garis politik jalan raya.
Sebelum saya menghuraikan apakah syarat dan hukum itu adalah wajib untuk saya menerangkan beberapa latar belakang dan fakta untuk memahami dengan tuntas konsep dan teori politik jalan raya.
Pertama: Wajib disedari bahawa parti United Malays National Organisation walau pun mengklim memiliki 3 juta ahli sebenarnya adalah sebuah parti politik yang semakin kosong dan lompong. Gembar gembur 3 juta ahli ini adalah karut. Ini samalah saperti anjing yang terus menyalak untuk menakut-nakut kita.
Hakikatnya parti Ketuanan Melayu ini menang dalam pilihan raya bukan kerana sokongan rakyat. Bukan kerana ada organisasi massa. Bukan kerana ampoh dengan penyokong. Bukan kerana mendapat dan memiliki simpati dari orang ramai. Tidak. Tidak. Tidak.
Kekuatan gerombolan Ketuanan Melayu ini bergantung kuat dengan jentera daulah atau ajensi-ajensi kerajaan. Jentera daulah saperti lembaga kepolisan, lembaga kehakiman, lembaga agama, lembaga pendidikan. Gerombolan ini juga dibantu kuat oleh pelbagai ajensi kerajaan saperti Kemas, Jasa, RTM, Jakim, Jais, Jawi. Ajensi-ajensi ini dibayar gaji oleh cukai rakyat tetapi secara jahat bekerja untuk memastikan gerombolan Ketuanan Melayu ini akan terus bekuasa.
Ajensi-ajensi kerajaan ini akan bersekongkol bersama lembaga SPR untuk menipu dan membelit perjalanan pilihan raya untuk memastikan parti Ketuanan Melayu ini terus menang. Justeru - kepala taik yang mengepali penipuan pilihan raya ini ialah lembaga SPR.
Hakikatnya United Malays National Organsiation telah lama nazak. Lihat perkembangan politik tahun 2016 dengan kemunculan Parti Bersatu dan parti Warisan Sabah. Dua buah parti ini adalah pecahan dari United Malays National Organisation.
Kemunculan Bersatu dan Warisan Sabah adalah sambungan dari pepecahan United Malays National Organisation pada tahun 1998. Anwar Ibrahim ditendang makan muncul Parti Keadilan Rakyat.
Warga Malaysia wajib sedar a bahawa dalam PRU 12 dan PRU13 - parti DAP, PKR dan PAS bukan melawan atau menentang parti United Malays National Organisation. Dalam semua pilihan raya yang ditentang dan dilawan parti pembangkang ialah lembaga daulah dan semua ajensi kerajaan.
Fakta ini wajib sentiasa diumumkan kepada orang ramai. Fakta ini amat amat penting untuk dihayati sebelum mengambil garis politk jalan raya.
Syarat utama untuk kejayaan politik jalan raya ialah wujudnya satu barisan yang ampoh. Penyusunan yang ampoh. Telah wujud kesatuan fikrah. Telah wujud satu keberahian anak semau bangsa - bangsa semua agama - untuk menumpaskan yang rejim zalim.
Perhatikan bagaimana semenjak 1965 hingga 1998 - warga Indonesia telah menyusun dan menggarap sambil mencari jalan untuk menjatuhkan Suharto yang dinobatkan oleh CIA melalui rampasan kuasa.
Lihat juga bagaimana warga Iran telah menyusun dan mengatur perjuangan melawan Shah Reza Pahlevi semenjak CIA menjalankan rampasan kuasa terhadap Mohammad Mosaddegh Perdana Menteri Iran pada tahun 1953. Kejayan Revolusi Iran hanya berjaya pada tahun 1979.
Proses mentapaikan kemarahan rakyat mengambil masa. Proses menyusun dan memberi pencerahan mengambil masa. Proses menggalang perserikatan - united front - yang maha luas bukan satu kerja yang senang. Iannya wajib dilakukan kerana menggalang peserikatan yang maha luas dengan satu tujuan adalah kunci kejayaan politik jalan raya.
Pada ketika ini lanskap politik kita sedang berubah. Penggalangan perserikatan barisan bersatu sedang berjalan lancar. Awalnya kita melihat Deklarasi Rakyat (DK) ditanda tangani oleh pelbagi sosok yang pada satu ketika dahulu adalah musuh politik.
Ketika Deklarasi Rakyat ditanda tangani ada kumpulan dan sosok politik yang kurang sedar bahawa DK ini hanyalah permulaan. Suara menentang dan mengkritik DK didengar. Ini kerana sosok dan kumpulan ini belum masak pemahamam politik mereka tentang teori united front dan teori politik jalan raya.
Akhirnya berlaku ledakan kemunchak DK dalam usaha penggalangan barisan bersatu. Mahathir Muhamad dengan Anwar Ibrahiam bertemu di mahkamah. Pertemuan ini adalah satu babak sejarah yang maha penting. Dua musuh ketat telah berjabat salam dan bersedia untuk bekerjasama dengan satu tujuan - menjatuhkan Najib Rosmah.
Pertemuan Mahathir dan Anwar pada 5 September 2016 di Mahakamah Jalan Duta membuktikan secara ilmiah teori united front atau barisan bersatu.
Apakah semuanya telah tuntas untik kita semua ke jalan raya?
Sabar dahulu. Kalau kita membaca Sejarah Melayu kita akan sampai ke babak dimana Melaka akan diserang oleh Portugis. Ingat apa yang dilakukan oleh Panglima Perang dan para hulubalang yang akan mengempur Portugis. Mereka membaca kitab-kitab pejuangan para sahabat Nabi untuk mendapat memperkukuh semangat juang.
Kita juga wajib membuat pekara yang sama. Yang saya maksudkan bukan membaca kitab perang di negara Arab tetapi membaca sejarah politik jalan raya Revolusi Bolshevik, Revolusi Iran, pengalaman gerakan menjatuhkan Marcos, Suharto dan yang terbaru politik jalan raya yang berjaya menjatuhkan Zinal Abidin Ali dan Mubarak di Mesir.
Mengenali dan memahami pengalaman-pengalam orang terdahulu amat penting. Pengalaman mereka wajib kita jadikan panduan. Wajib kita jadikan guru untuk mengajar kita silap dan salah dalam mengurus politik jalan raya.
Ilmu pengetahuan dari dari pengalaman yang terkumpul. Pengalaman yang terdahulu dari kita adalah sekolah yang terbaik.
Apakah ada lagi yang diperlukan? Jawabnya pasti ada. Untuk politik jalan raya mencapai kejayan kita wajib ada organisasi yang menganjur dan menyusun. Apakah Bersih ini bukan satu organisasi? Bukankah Bersih sedang menyusun Besih5 sekarang? Apakah Bersih tidak dapat membawa kejayaan politk jalan raya?
Betul Bersih adalah satu organisasi yang sedang menysusn Bersih5. Memang benar Bersih telah berjaya menyusun himpunan yang amat besar dalam sejarah Malaysia. Bersih ada beratus NGO yang telah menanda tangani kesetiaan untuk menjadi kaum kerabat Bersih. Berpuluh ratus NGO kini berpayung dibawah bendera Bersih.
Saperti yang telah saya katakan politik jalan raya ini bukan satu yang senang. Ianya satu yang susah. Kerana ianya susah maka saya mencampuri Bersih. Apakah lagi yang diperlukan untuk politik jalan raya berjaya?
Memang ada lagi yang kita perlukan. Pekara ini amat penting untuk kejayaan. Pekara ini ialah organisasi yang bersedia untuk merebut kemenangan. Apa makna merebut kemenangan? Tunggu minggu hadapan. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
---------------------
1 ulasan:
Salam bro...Wa baru tersentak dari lamunan....maaf mmg in bukan komen utk tulisan diatas. Menjak dua menjak ni, tivi 3 suku hentam kerajaan Selangor dlm isu air....Wa fikir, bla isu duit rasuah air kt Sabah meledak, isu air Selangor pun meledak sama...seolah- olah nak cover pemimpin umno yg terlibat dlm isu air sabah
Catat Ulasan