Sabtu, 8 April 2017

MALAM INI DATARAN MERDEKA






MALAM

iNi

DATARAN 

MERDEKA

JAM 8 MALAM

SOLIDARITI UNTUK KELUARGA PASTOR RAYMOND KOH, AMRI CHE MAT DAN PASTOR JOSHUA DAN RUTH HILMI!
Kami organisasi masyarakat sivil Malaysia seperti yang disenaraikan di bawah ingin meluahkan solidariti tidak berbelah bahagi kepada keluarga, rakan dan kominiti yang meratapi mereka yang diculik secara misteri dan masih lagi hilang hingga ke hari ini

1.Nama: Pastor Raymond Koh Keng Joo (62 tahun)
Tarikh Penculikan: 13hd Februari, 2017
Tempat Penculikan: Jalan Bahagia, Petaling Jaya
Organisasi: Harapan Komuniti
Pekerjaan: Kerja sosial membantu ibu tunggal, penagih dadah dan mereka yang menghidap HIV/AIDS
Status: Masih hilang

2.Nama:  Pastor Joshua Hilmy and his wife, Ruth (50 tahun)
Tarikh Penculikan: 30hb November, 2016
Tempat Penculikan: Tidak pasti. Lokasi terakhir dikenali sebagai Kampung Tunku, PJ
Organisasi:  Tidak dikenalpasti
Pekerjaan: Pastor Kristian
Status: Masih hilang

3. Nama:  Amri Che Mat (43 tahun)
Tarikh Penculikan: 24hb November, 2016
Tempat Penculikan: Bukit Chabang, Perlis 
Organisasi:  Perlis Hope

Pekerjaan: Peniaga forex dan aktivis sosial yang telah mengadakan projek kebajikan untuk golongan miskin, membantu  untuk membina rumah dan menyumbangkan beras  kepada keluarga yang memerlukan
Status: Tidak Tahu Di Mana 

Persamaan mangsa-mangsa penculikan ini adalah, mereka semua menjalankan kerja-kerja amal untuk masyarakat miskin dan terpinggir di negara kita. Bukan dari keluarga yang kaya, oleh itu motif penculikan mereka tidak mungkin berunsurkan wang atau tebusan. Tiada tuntutan wang tebusan yang dibuat setakat ini dalam kesemua kes tersebut.

Tidak banyak yang diketahui tentang bagaimana Pastor Joshua Hilmy dan Ruth telah diculik. Walau bagaimanapun, penculikan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat, adalah hampir sama. Penculik menggunakan konvoi dengan beberapa kenderaan dan motosikal. Ianya telah dilakukan dengan cepat dan tepat. Dari rakaman video litar tertutup penculikan Pastor Raymond, menunjukkan penculik mungkin telah dilatih secara profesional.

Walaupun sudah sebulan, pihak polis masih tak dapat cari, tiada penangkapan dan kes masih belum ada penyelesaian.

Penculikan Pastor Raymond Koh telah diketengahkan oleh media dan rakyat yang prihatin dari hari pertama ia berlaku hingga sekarang. Setiap minggu pasti ada laporan berita dan upcara vigil dijalankan diseluruh negara untuk mereka. Namun, selepas empat bulan berlalu, penculikan Pastor Joshua Hilmy, Ruth dan Amri Che Mat, tidak lagi menerima publisiti yang sama seperti dahulu. Mereka semua masih lagi hilang. Ianya adalah sesuatu yang amat membimbangkan, dimana tiga penculikan telah berlaku dalam tempoh empat bulan, dan polis seolah-olah tidak kisah dan tidak bertindak balas terhadap kebimbangan rakyat yang tinggal di dalam negara ini.

Sebagai ahli masyarakat sivil di Malaysia, kami menggesa pihak Polis Diraja Malaysia untuk mengambil berat tentang kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan awam dengan:

1) Mengutamakan siasatan penculikan Pastor Raymond Koh, Pastor Joshua Hilmy, Ruth Hilmy dan Amri Che Mat, dengan menggunkan sumber yang ada pada mereka.

2) Memberi maklum balas berkala kepada keluarga dan orang ramai mengenai progres siasatan mereka. Pihak polis mesti menunjukkan bahawa mereka berusaha sedaya upaya membanteras penculik tersebut dan membawa mereka ke muka pengadilan. Maklumat berkala mengenai kes penculikan ini akan mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap komitmen dan keupayaan pihak polis untuk memastikan keselamatan pekerja sosial, keluarga mereka dan rakyat secara umumnya terpelihara.

3) Memastikan rakyat Malaysia bahawa bukan mana-mana agensi kerajaan yang telah menjalankan penculikan tersebut.

Kami ingin mengingatkan semua orang dan terutama pihak berkuasa bahawa Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak untuk hidup dan kebebasan diri bagi semua orang dan Perkara 9 (2) menjamin hak rakyat untuk bergerak bebas. Kerana kesemua mangsa adalah daripada mereka yang beragama, kami ingin mengingatkan juga bahawa Perkara 11 (1) menyatakan"Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya.  dan, tertakluk kepada Fasal (4), berhak mengembangkan ugamanya."

Untuk menunjukkan solidariti kita terhadap mangsa penculikan dan keluarga mereka, kami menjemput anda untuk satu sesi vigil solidariti. Kami menjemput semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama untuk hadir pada:

Tarikh: 8hb April, 2017 (Sabtu)
Masa:  8.30pm
Tempat:  Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.



----------------

2 ulasan:

MalaysianFirst berkata...

Kenapa MO1 tak terus HILANG?

Kenapa si GEMPOL tak GHIAB?

Kenapa si 'Tweety Bird' tak ghaib?

Kenapa si badak tak ghiab?

Kenapa kerabat si badak tak ghiab?

Yang HILANG, hanya orang yang JUJUR......kesian .....BANYAK KESIAN!

Nazrio berkata...

BadaK gajaH an eLiphanny mana boLey iLang broo