Rabu, 21 Jun 2017

RAKYAT TELAH BOSAN





INI TANDA

RAKAT

TELAH BOSAN


PANDANGAN : 20 JUN 2017
PH PERLU FOKUS BINA SOKONGAN RAKYAT, HINDARI PERBAHASAN MEMBOSANKAN

 1. Semalam Ketua Parlimen DAP, YB Lim Kit Siang mencadangkan agar pemimpin Pakatan Harapan menjalankan moratorium atau tempoh bertenang daripada perbincangan secara terbuka mengenai siapa bakal Perdana Menteri sekiranya Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Cadangan ini muncul setelah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim yang kini mendekam dalam penjara baru-baru ini mengeluarkan kenyataan untuk tidak menawarkan diri beliau sebagai calon Perdana Menteri.

 2. Tidak boleh dinafikan Pakatan Harapan sejak akhir-akhir ini kian tenggelam dengan perbahasan secara terbuka mengenai isu bakal Perdana Menteri sehingga menampakkan perbezaan yang begitu ketara antara kepimpinan Pakatan Harapan. Pembangkang seolah-olah sekali lagi termain dengan api yang dibakar oleh UMNO Barisan Nasional seperti mana mereka memainkan isu Hudud suatu ketika dahulu.

 3. Sudah menjadi tugas asasi UMNO untuk memetik mana-mana isu yang akan mencetuskan perbezaan dalam kalangan Pembangkang untuk mengapi-apikan perbahasan secara terbuka. Jika disingkap semula sejarah Pakatan Rakyat yang sebelum ini dianggotai PAS, PKR dan DAP, perbahasan secara terbuka telah merintis kepada pergaduhan yang tidak terbendung dan akhirnya meranapkan Pakatan tersebut ditengah-tengah harapan rakyat yang mengimpikan perubahan.

 4. Di sebalik isu siapa bakal Perdana Menteri, masih ada perkara yang lebih fundamental untuk dilunaskan oleh PH iaitu apa tawaran-tawaran yang disediakan untuk rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke 14 yang sudah berada dihujung simpang. Sudah pasti rakyat ingin tahu apa faedah-faedah yang bakal mereka perolehi sekiranya Kerajaan bertukar tangan.

 5. Pembangkang memenangi 52% undi popular dalam PRU yang lalu, ini signal yang menunjukkan majoriti rakyat sudah faham mengenai mengapa UMNO BN perlu diketepikan. Tetapi sekadar kebencian kepada UMNO tidak cukup ampuh untuk mendorong perubahan, maka tawaran-tawaran perlu segera dikemukakan sebagai jaminan untuk rakyat yang akan mengundi.

 6. Berkesinambungan daripata tawaran ini, PH juga perlu lebih agresif turun ke akar umbi untuk menyampaikan idea-idea perubahan. Inisiatif ini begitu ketara sekali pada musim PRU 12 dan PRU 13 dengan pelbagai jelajah dianjurkan oleh Pembangkang. Namun untuk musim PRU 14 ini, program-program berbentuk jelajah secara bersama ini masih dingin.

 7. Jika PH benar-benar fokus kepada agenda menyediakan tawaran dan turun bertemu rakyat, sudah tentu tidak ada banyak masa digunakan untuk bertelagah mengenai siapa bakal Perdana Menteri. Saya tidak menafikan isu bakal Perdana Menteri ini tetap perlu diselesaikan. Namun tak perlulah isu ini dijadikan polemik terbuka sehingga memperlihatkan kegagalan PH mengurus persefahaman.
 Sekian.

Pandangan Peribadi
 SYUKRI RAZAB





-----------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sokong 3,000%!!

giorgio berkata...

Benar ulasan yang bernas...

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong banget dong! Surat kau sepanjang 3.2 km ni buatkan aku teringat balik cerpen tt sepanjang 2.4 km tak lama dulu. Sekeluarga beramok anak bini hal kerbau sado. Tapi kerbau belum ado. Sekeluarga bodoh macam tolo. Kahkahkah