Selasa, 3 Disember 2019

ABAM KENA TIBAI







MAKIN RAMAI

ANAK MUDA

BERANI TIBAI

ANWAR

PRESIDEN PARTI 

Walau dipecat, Mizan tetap mahu pengerusikan kongres AMK


MESKIPUN jawatan Mizan Adli Mohd Noor dilucutkan jawatan sebagai pengerusi kongres AMK, beliau bertegas untuk hadir mempengerusikan acara tersebut pada 8 Disember.

Mizan menegaskan statusnya sebagai pengerusi tetap kekal sah kerana terpilih dalam sidang Kongres Nasional AMK yang lalu.

“Saya tetap akan mempengerusikan sidang Kongres Nasional AMK. Itu amanah para perwakilan dan tanggungjawab yang saya akan pikul.

“Jika ingin gantikan saya, boleh usulkan ketika kongres akan datang,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insight.

Minggu lalu, Majlis Pimpinan AMK melucutkan jawatan Mizan dan timbalannya Mohd Ramly Ahmad dengan alasan kedua-duanya mencecah umur lebih 35 tahun.

Sebahagian pimpinan Pemuda PKR bagaimanapun menyifatkan pelucutan jawatan itu sebagai tidak sah kerana dibuat di luar kongres.

Pemecatan itu merumitkan lagi masalah dalam AMK yang kini dibelit pelbagai kontroversi sejak pemilihan parti tahun lalu.

Mengulas lanjut, Mizan menuntut penjelasan daripada pemimpin tertinggi PKR ke atas pelucutan jawatannya yang dianggap melanggar perlembagaan parti.

“Sehingga hari ini, saya tidak mendapat sebarang penjelasan sama ada daripada pimpinan AMK atau MPP berhubung perlucutan jawatan saya sebagai pengerusi tetap AMK.

“Saya hanya menerima surat rasmi yang dihantarkan kepada saya melalui emel,” katanya lagi.

Tambahnya, pelucutan jawatan itu melanggar peraturan kerana pemimpin peringkat sayap mahupun di PKR pusat tidak berkuasa memecatnya.

“Perlembagaan parti dan peraturan tetap AMK tidak sama sekali memperuntukkan kuasa sama ada kepada MPP Pusat atau MPP AMK untuk melucutkan jawatan pengerusi tetap dan timbalan.

“Ini kerana, kami dipilih dalam kongres, kuasa tertinggi dalam parti. Maka, kami hanya boleh digantikan melalui kongres,” katanya lagi.

Jelasnya, jawatan beliau dan timbalannya merupakan sebahagian daripada kongres seperti yang termaktub dalam Perkara 10 dalam peraturan tetap.

Sebab itu juga Jawatankuasa Pemilihan Parti membenarkan pencalonan mereka berdua dalam kongres kerana jawatan itu tidak terikat dengan isu had umur dalam AMK, jelasnya lagi.

Beliau juga percaya pelucutan jawatan itu satu usaha terdesak pihak tertentu dalam AMK untuk memperkudakan kongres sayap tersebut demi kepentingan politik. – 3 Disember, 2019.


CILAKAK

BILA KAYU MULA

CONDONG

BANGLA PUN

BERANI BERAK
KAH KAH KAH


---------

Tiada ulasan: