Jumaat, 7 Oktober 2022

CUKONG NAJIB




Mahkamah batal kelulusan DBKL bina kompleks pangsapuri baharu

LEBIH 200 pemilik termasuk penduduk tiga kompleks pangsapuri di Taman Maluri, Cheras berjaya membatalkan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang membenarkan pemaju membina sebuah lagi kompleks pangsapuri di sekitar kompleks berkenaan.

Hakim Mahkamah Rayuan Lee Swee Seng mengarahkan Pavilion Integrity Sdn Bhd menghentikan pembinaan kompleks pangsapuri baharu yang dicadangkan itu.

Pihak yang terlibat dalam rayuan itu termasuk DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Lee mempengerusikan panel tiga hakim termasuk Hakim M Gunalan dan Nordin Hassan.

DBKL juga diarahkan untuk memperoleh sebidang tanah yang diperuntukkan untuk kompleks pangsapuri baharu – dikenali sebagai Lot 810 dan menggunakannya untuk membina jalan sepanjang 66 kaki untuk kegunaan penduduk bagi mengurangkan masalah lalu lintas.

Di bawah Rancangan Bandaraya KL 2020 Lot 810 ditetapkan untuk pembinaan jalan raya.

Dalam menyampaikan penghakiman sebulat suara Lee membidas DBKL kerana berbolak-balik terhadap keputusan mereka berkaitan dengan Lot 810.

Lee menyifatkan keputusan muktamad DBKL sebagai tidak rasional dan tidak munasabah kerana tiada penjelasan sewajarnya dikemukakan kepada penduduk yang terjejas.

“(Keputusan DBKL) dibuat sesuka hati tanpa laporan yang betul dan boleh dipercayai untuk menjelaskan penyelewengan daripada apa yang didedahkan dalam Perancangan Bandar,” tambahnya.

Pada 14 Mac 2018 DBKL mengeluarkan arahan pembangunan memihak kepada Pavilion yang membenarkannya membina pangsapuri perkhidmatan 45 tingkat di atas lot tersebut.

DBKL turut meluluskan sistem aliran trafik baharu bagi kawasan Taman Maluri.

Bagaimanapun pada 7 Disember tahun sama DBKL menarik balik arahan pembangunan dan berkata ia berpegang kepada cadangan pelan bandar untuk jalan sepanjang 66 kaki itu.

Empat bulan kemudian DBKL berkata mereka “menimbang semula perkara itu” dan kini membenarkan Pavilion Integrity meneruskan cadangan pangsapuri perkhidmatan baharu.

Pembeli rumah dan penduduk kemudian mengambil prosiding semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan DBKL berkaitan kompleks pangsapuri dan cadangan aliran trafik baharu.

Pemilik rumah dan penduduk diwakili peguam Ambiga Sreenevasan, Ho Kok Yew, Latheefa Koya dan Shahid Adli Kamarudin.

Peguam Haris Salleh Hamzah mewakili DBKL, manakala Harpal Singh Grewal dan S Selvarajah mewakili Pavilion Integrity. – 7 Oktober, 2022.

PAVILION

BUKAN TEMPAT

TINGGAL NAJIB

AMIN

HA HA HA

INI CUKONG 

NAJIB KE ?

KAH KAH KAH

DAH BERANI

TIBAI KAWAN

NAJIB NAZAK

KAH KAH KAH

BILA KAYU PATAH

BANGLA PUN

BERANI BERAK

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Majority developer ada backing orang politik, sebab ITU mereka suka hati buat apa pun, semua boleh digelap gelitakan atas nama pembangunan, senang cerita mereka support orang politik untuk keuntungan mereka sambil ITU cukong menaja money money ini semua, ITU lah berlaku, tapi rakyat semakin cerdik, semakin nampak belakang tibai tirai musuh kita semua orang politik, mereka ini sepatut bantu rakyat tapi mereka bantu cukong jadi lebih kaya demi kaya sendiri Amin, kah kah kah kalau Masih tak nampak orang curi curi satu Malaysia alamat nak kiamat lah orang Kita ini amin