Jumaat, 6 Oktober 2023

JANGAN SUSAHKAN ORANG ASLI


Koo Ham mahu kerajaan padam ‘Islam’ pada kad pengenalan 137 Orang Asli


KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta supaya bertindak secara pentadbiran untuk membetulkan status 137 Orang Asli Bateq Mayah dengan memadam perkataan ‘Islam’ daripada kad pengenalan mereka.

Ahli Parlimen Beruas,  Ngeh Koo Ham berkata, kerajaan perlu menegakkan kebebasan beragama yang dijamin di bawah Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Saya merujuk kepada tindakan mahkamah yang difailkan oleh 137 Orang Asli Bateq Mayah memohon pengisytiharan bahawa mereka bukan beragama Islam.

“Mereka jelas tidak menganuti atau mengamalkan agama Islam. Tindakan mahkamah mereka dibatalkan atas alasan-alasan teknikal. Tidak ada paksaan dalam agama.

“Saya menyeru kepada kerajaan supaya bertindak secara pentadbiran untuk membetulkan status mereka dengan memadam perkataan ‘Islam’ daripada kad pengenalan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Pengerusi DAP Perak itu berkata, kebebasan fikiran, hati nurani dan beragama adalah hak manusia yang tidak boleh ‘dirompak’.

“Perkara 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan seperti berikut

‘Setiap orang berhak atas kebebasan pikiran, hati nurani dan agama; dalam hal ini termasuk kebebasan berganti agama atau kepercayaan, dengan kebebasan untuk menyatakan agama atau kepercayaan dengan cara mengajarkannya, melakukannya, beribadat dan mentaatinya, baik sendiri mahupun bersama-sama dengan orang lain, di muka umum mahu pun sendiri.’

“Melainkan kita membetulkan keadaan di atas di negara kita, kita tidak mempunyai kedudukan moral untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen mengenai kebebasan beragama di mana-mana tempat lain di dunia,” katanya lagi.

Pada 3 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 137 Orang Asli daripada etnik Bateq Mayah untuk membatalkan status Islam mereka berikutan penukaran agama beramai-ramai yang didakwa menyalahi undang-undang 30 tahun lalu.

Hakim Zainal Azman Ab Aziz membenarkan permohonan lima daripada enam defendan iaitu kerajaan persekutuan, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pengarah dan pegawainya, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP).

Alasan lain yang disebut ialah isu yang dibangkitkan dalam tindakan sivil itu terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Pahang dan bukan Mahkamah Sivil Kuantan.

Kumpulan Orang Asli tersebut melalui peguam daripada firma guaman Fahri Azzat & Co memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September tahun lepas sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan pada 30 Mei tahun ini.

Tindakan sivil itu menamakan enam defendan iaitu JAKOA, pengarah dan pegawainya, MUIP, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Persekutuan.

Orang Asli terbabit mendakwa penukaran agama yang salah dan haram itu dilakukan di rumah mereka di Kampung Benchah Kelubi, Merapoh, Kuala Liipis, Pahang pada April 1993.


WOIT

JANGAN SUSAHKAN

KEHIDUPAN

ORANG ASLI

AMIN

MEREKA SUKA

MAKAN BABI

BIARKAN MEREKA

MAKAN

AMIN

MEREKA TAK

MINAT ENTOT

BIDADARI 

BIARKAN MEREKA

MELEPAS

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: