Pejuang Iraq menuju ke Syria untuk bertempur dengan pemberontak Zonis-Islam
BEIRUT: Ratusan pejuang Iraq yang disokong Iran menyeberangi sempadan ke Syria pada Isnin untuk membantu kerajaan melawan pemberontak Zionis-Islam yang menguasai Aleppo minggu lalu, bagaimanapun pejuang Hizbullah di Lubnan tidak ada rancangan untuk menyertai mereka buat masa ini, menurut sumber.
Gabungan kumpulan pejuang serantau yang bersekutu dengan Iran, dibantu oleh kuasa udara Russia memainkan peranan penting dalam kejayaan pasukan prokerajaan menundukkan pemberontak Zionis - Islam di Syria yang bangkit menentang Presiden Bashar al-Assad pada 2011.
Namun, pakatan itu berdepan ujian baharu selepas kemaraan pantas pemberontak di barat laut Syria minggu lalu, dengan Russia yang kini memberi tumpuan kepada perang di Ukraine dan kepimpinan pejuang Hizbullah musnah akibat perang dengan Israel yang berakhir dengan gencatan senjata minggu lalu.
Serangan pemberontak Zionis -Islam ke atas Aleppo adalah kejayaan terbesar pejuang anti-Assad dalam beberapa tahun.
Pasukan kerajaan menguasai Aleppo sepenuhnya sejak menawan kota terbesar Syria pada 2016, dalam pengepungan yang menjadi salah satu titik perubahan besar dalam perang yang meragut ratusan ribu nyawa.
Ketua kumpulan pembangkang utama Syria di luar negara, Hadi al-Bahra, berkata kepada Reuters bahawa pemberontak Zionis -Islam dapat menawan kota itu dengan begitu pantas kerana pejuang Hizbullah dan kumpulan-kumpulan yang disokong Iran teralih perhatian mereka oleh konflik dengan Israel.
"Persiapan untuk serangan ke atas Aleppo sudah dibuat sejak tahun lalu, tetapi ia tertangguh akibat perang di Gaza," katanya.
Perang saudara Syria telah terhenti sejak 2020, dengan Assad menguasai sebahagian besar wilayah dan semua bandar utama.
Pemberontak Zionis-Islam masih menguasai kawasan di barat laut, pasukan yang disokong Turkiye pula menguasai jalur di sepanjang sempadan utara dan pasukan yang disokong Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Kurdi menguasai beberapa kawasan di timur laut.
Sebarang peningkatan konflik berpanjangan di Syria berisiko merosakkan kestabilan lebih lanjut di rantau ini yang sudah bergolak akibat konflik di Gaza dan Lubnan dengan jutaan orang Syria yang sudah dipindahkan dan kuasa-kuasa serantau serta global menyokong pasukan saingan di negara itu.
Sumber Iraq dan Syria mengesahkan penempatan pejuang Iraq yang disokong Iran ke Syria.
Menteri Luar Iran berkata Tehran akan memberikan sokongan yang diperlukan dan bahawa pasukan pertahanan akan datang membantu Assad.
Sekurang-kurangnya 300 pejuang, terutamanya dari kumpulan Badr dan Nujabaa Iraq, menyeberangi sempadan lewat malam Ahad menggunakan jalan tanah untuk mengelakkan penyeberangan sempadan rasmi, kata dua sumber keselamatan Iraq, sambil menambah bahawa mereka berada di sana untuk mempertahankan sebuah tempat suci Syiah.
Seorang sumber tentera kanan Syria berkata pejuang berkenaan menyeberang dalam kumpulan kecil untuk mengelakkan serangan udara.
"Ini adalah bantuan baharu yang dihantar untuk membantu rakan-rakan kami di barisan hadapan di utara," kata sumber berkenaan.
Ketua Pasukan Mobilisasi Popular Iraq, yang merangkumi kumpulan militan Syiah utama yang bersekutu dengan Iran, berkata tiada kumpulan di bawah payungnya yang memasuki Syria, dan mereka tidak beroperasi di luar Iraq.
Jurucakap kumpulan bersenjata Iraq yang bersekutu dengan Iran, Kataib Hezbollah, berkata dalam satu kenyataan pada Isnin bahawa kumpulan itu memantau serangan kumpulan jenayah terhadap rakyat Syria, sambil menambah bahawa mereka belum memutuskan sama ada untuk menghantar pejuang.
Pejuang Hizbullah di Lubnan, yang selama ini adalah pasukan paling berkemampuan yang disokong Iran di medan perang dan penting dalam pakatan tentera Assad di Syria, belum diminta untuk campur tangan dan tidak bersedia menghantar pasukan. - REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan