Isnin, 8 Disember 2025

PROJEK ALIH CERITA

'Pertuduhan dibuat tergesa-gesa untuk tutup isu bekas pembantu PM'

Ahli Parlimen Padang Serai Azman Nasrudin yang baru didakwa di mahkamah atas pertuduhan bersuhabat menerima rasuah sekali lagi menggambarkan kes terhadapnya mempunyai "unsur campur tangan politik" kerana tindakannya menegur kerajaan.

Walaupun mengakui dirinya bukan antara ahli parlimen paling lantang, dia berkata dia tetap menegur kerajaan dalam isu-isu tertentu.

Dalam sidang media selepas prosiding di mahkamah, pemimpin Bersatu itu menyifatkan pertuduhan terhadapnya dibuat tergesa-gesa.

Menurutnya, dia dimaklumkan seorang lagi individu yang dituduh, ahli perniagaan Amar Assuat Abu turut hairan kerana pada mulanya menjangka pertuduhan hanya pada Jan atau Feb tahun depan.

"Dia sendiri terkejut apabila tiba-tiba didakwa bersama saya. Ini menunjukkan ada pertuduhan dibuat secara tergesa-gesa, seolah-olah untuk menutup isu-isu yang berlaku beberapa minggu kebelakangan ini.

"Saya tegur kerana surat sokongan setiausaha politik kanan kepada Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri yang menyenaraikan lima syarikat adalah berbeza dengan surat permohonan kelulusan oleh seorang Exco Kerajaan Negeri untuk sebuah projek. Jangan pusing jawapan.

"Jangan gunakan kuasa untuk menekan orang lain, tetapi pada masa sama menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. Tuduhan ke atas saya seolah-olah dibuat untuk mengalihkan perhatian daripada kes melibatkan bekas setiausaha politik perdana menteri Shamsul Iskandar Mohd Akin," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Shah Alam, hari ini.

Pada 2 Disember, Anwar menuduh pembangkang bersikap hipokrit kerana kecoh berhubung dakwaan surat sokongan yang dihantar bekas pegawainya (Shamsul), sedangkan exco negeri pimpinan PAS juga didakwa melakukan perkara sama — malah lebih serius.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin pembangkang termasuk Azman mengecam ucapan Anwar dengan mengatakan surat kerajaan negeri berbeza dengan surat dikeluarkan Shamsul.

Terdahulu, Azman didakwa bersubahat dengan Amar Assuat untuk menerima rasuah bernilai RM400,000 dalam projek ladang ternakan lembu.

Menurut kertas pertuduhan, Azman didakwa bersubahat dengan mengarahkan syarikat Kedah Agro Holding Berhad (KAHB) untuk mengeluarkan surat tawaran kepada ahli perniagaan, Mohd Hassanaim Fauzi, yang membayar rasuah tersebut.

Rasuah itu didakwa diberikan Amar Assuat. Kesalahan itu didakwa berlaku pada 23 Jun 2020. Ketika itu Azman merupakan exco pertanian Kedah.

Sementara itu, Amar Assuat pula dikenakan dua pertuduhan kerana meminta dan menerima rasuah daripada Mohd Hassanaim.

Azman, 53, dan Amar Assuat, 41, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut. Mereka didakwa di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Mohd Nasir Nordin.

Azman didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 yang dibaca bersama seksyen 16(a) akta yang sama.

Dia dituduh melibatkan RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah bagi projek fidlot.

Hakim Mohd Nasir Nordin menetapkan ikat jamin sebanyak RM75,000 dengan seorang penjamin kepada Azman.

Mengulas lanjut, Azman turut mengingatkan pihak eksekutif supaya tidak mencampuri urusan legislatif, menyifatkan prinsip pemisahan kuasa sebagai asas perjuangan reformasi.

"Kalau betul mahu mendakwa, dakwalah 13 Adun Sabah yang telah dirakam. Sudahkah ia disiasat?" soalnya, merujuk skandal rasuah perlombongan di Sabah.

WOW 

AWAL NAK 

ALIH CERITA 

BUAT

TANGKAPAN GAY

DI BIILIK GYM

KAH KAH KAH

TAPI  ALBERT TEI

SAMSUL MASIH HOT

KAH KAH KAH

LALU TANGKAP

MAMAT INI

KAH  KAH KAH

PROJEK ALIH

CERITA

KAH KAH KAH

KALAU  PROJEK

TAK JALAN BUAT

CERITA TRUMP

AJAK JUMPA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: