TERKINI: Askar Thai terbunuh, beberapa cedera dalam pertempuran di sempadan Kemboja
BANGKOK: Seorang anggota tentera Thai dilaporkan terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam pertempuran baharu yang tercetus di sempadan dengan Kemboja, kata tentera Thailand hari ini.
Kejadian dilaporkan berlaku apabila tentera Kemboja melepaskan tembakan ke arah pasukan Thailand awal pagi tadi di Wilayah Ubon Ratchathani.
Ia sekali gus meningkatkan semula ketengangan selepas kedua-dua negara saling menyalahkan atas tercetusnya pertempuran terbaharu di sepanjang sempadan mereka.
"Tentera menerima laporan bahawa anggota tentera Thailand telah diserang dengan senjata tembakan sokongan mengakibatkan seorang anggota terbunuh dan empat cedera," kata jurucakap tentera Thai, Winthai Suvaree dalam satu kenyataan.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Maly Socheata pula berkata, pasukan Thailand melancarkan serangan ke atas tentera Kemboja di wilayah sempadan Preah Vihear dan Oddar Meanchey awal pagi terlebih dahulu, sambil menambah bahawa Kemboja tidak membalas serangan berkenaan. - AFP


Tiada ulasan:
Catat Ulasan