PROJEK GULING
KERAJAAN TAJAAN
BLOOMBERG
TERUS BERJALAN
AMIN
INI PETANDA BAIK
BERI PELURU
UNTUK SUSUN
ATUR HASUT
TURUN BERDEMO
KHALAS
Akaun X kumpulan Mandiri digantung sehari selepas tiga aktivis belia ditahan kerana didakwa mengganggu ucapan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki semalam.
Penyelaras Mandiri Wong Kueng Hui mengesahkan penggantungan akaun media sosial kumpulan itu kepada Malaysiakini pagi ini.
“Kami pun baru perasan yang account X kami disekat. Buat masa sekarang kita tiada komen lanjut, sekarang masih dalam usaha untuk mendapatkan semula account tersebut.
“Kita tidak mahu buat sebarang tuduhan dulu, kita harap tiada apa-apa unsur sabotaj,” katanya.
Melalui satu hantaran di Instagram pula, Mandiri berkongsi tangkap layar notis penggantungan pada halaman X miliknya dengan diserta keterangan berikut:
“Pada yang bertanya, benar akaun X Mandiri telah disekat.
“Usaha untuk mendapatkan semula akses sedang berjalan.
“Harapnya kalau ada sebarang unsur sabotaj, ia dihentikan,” tegas NGO itu.
Malaysiakini telah menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mendapatkan maklum balas.
Petang semalam, tiga penunjuk perasaan ditahan selepas mengangkat plakad “Tangkap Azam Baki” ketika Azam menyampaikan ucapan awam di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.
Sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan turut melaungkan slogan itu, manakala yang lain mengangkat plakad.
Mereka ditahan oleh polis bantuan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Police Headquarters kira-kira jam 4.30 petang.
Protes terhadap Azam berlaku di tengah-tengah mobilisasi semula oleh sekretariat gerakan Tangkap Azam Baki, yang turut dianggotai oleh ketiga-tiga individu yang ditahan.
Pada 30 Mac, sekretariat itu mengumumkan rancangan untuk mengadakan demonstrasi terhadap ketua pesuruhjaya SPRM itu di Dataran Merdeka pada 25 April.
Demonstrasi itu bertujuan menuntut siasatan yang lebih menyeluruh dan telus terhadap kontroversi pemilikan saham Azam, selain dakwaan salah laku yang dikaitkan dengan apa yang didakwa sebagai “mafia korporat”.

Perhimpunan akan datang itu menyusuli siri protes dalam beberapa bulan kebelakangan ini berhubung dakwaan terhadap Azam, selepas Bloomberg dan Malaysiakini melaporkan dia didakwa memiliki pegangan saham besar dalam dua syarikat, melebihi had yang dibenarkan bagi penjawat awam.
Susulan itu, Bloomberg menerbitkan laporan yang mendakwa pegawai kanan SPRM bersekongkol dengan individu swasta untuk merancang pengambilalihan korporat terhadap pesaing, dengan pengetahuan serta sokongan Azam.
SPRM sejak itu menafikan semua dakwaan tersebut.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan