Isnin, 11 Mei 2026

BERTEMU DUIT DAN BURIT


TAN SERI KE

DATUK SRI  KE

AGAMAWAN KE

LEBAI MUFTI KE

BILA BERTEMU

DUIT & BURIT

PASTI PANCUT

KAH KAH KAH

AMIN


Daud Bakar didakwa pecah amanah RM10.55 juta


KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Syariah (SAC) Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar adalah antara dua pengarah syarikat yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tujuh tuduhan pecah amanah berjumlah RM10.55 juta.

Mohd Daud, 62, yang juga tokoh kewangan Islam di negara ini dan Datuk Norliza Tajudin, 54, mengaku tidak bersalah terhadap tujuh tuduhan itu sebaik dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Suzana Hussin.

"Faham, minta dibicarakan," kata mereka.

Mohd Daud dan Norliza didakwa sebagai ejen iaitu pengarah dan pemegang saham syarikat perdagangan, Energy Eco Sdn Bhd yang diamanahkan dengan wang milik individu, koperasi serta syarikat iaitu Moideen Kunjayu (RM600,000); Koperasi Perumahan Sentul Pasar Kuala Lumpur Berhad (RM1.95 juta), bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim (RM2 juta) dan Myad Kapital Sdn Bhd (RM6 juta).

Mereka didakwa dengan niat bersama, melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta berkenaan secara tidak jujur iaitu menggunakan harta terbabit dengan melanggar kontrak nyata.

Kontrak itu dibuat mengenai penyempurnaan amanah iaitu Perjanjian Pendahuluan Pemegang Saham (SAA) bertarikh 22 Jun 2021, 19 Januari 2022, 1 April 2022, 27 April 2022, 6 Disember 2022, 5 April 2023 dan 12 Mei 2024 di antara Energy Eco dengan semua pelabur terbabit.

SAA itu menyatakan 'syarikat hendaklah menggunakan pendahuluan pemegang saham berkenaan semata-mata dan secara eksklusif bagi pembiayaan pembinaan serta pengembangan kapasiti pengeluaran perniagaan pembuatan sarung tangannya dan selaras pematuhan syariah'.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara 22 Jun 2021 hingga 12 Mei 2024 di Maybank Islamic Berhad, Cawangan Taman Setiawangsa dan RHB Islamic Bank Berhad, Cawangan Bangsar Shopping Centre, Jalan Maarof, Bangsar di sini.

Susulan itu, mereka didakwa dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat serta juga dikenakan denda.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ladang babi serta kilang arak dan hard rock cafe? kah kah kah!