Isnin, 11 Mei 2026

SETANYAHU BERI ARAHAN KEPADA TERAM


TERAM KATA

PERANG DAH

 SELESAI

KAH KAH KAH

KELUAR  ARAHAN 

DARI

SETANYAHU

BOSS BESAR

KEPADA TERAM

KAH KAH KAH

BOSS MAHU 

PERANG

 DI TERUSKAN

KHALAS




Perang Iran 'belum berakhir' selagi simpanan uranium diperkaya tidak dikeluarkan - Netanyahu


WASHINGTON: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa simpanan uranium diperkaya milik Iran hendaklah 'dikeluarkan' sepenuhnya sebelum perang di Asia Barat boleh dianggap berakhir.

Bercakap dalam program "60 Minutes" terbitan CBS News, semalam, Netanyahu berkata, walaupun serangan besar-besaran dilancarkan, ancaman nuklear Iran masih belum dihapuskan sepenuhnya.

"Ia belum berakhir kerana masih terdapat bahan nuklear iaitu uranium diperkaya yang perlu dikeluarkan dari Iran. Tapak pengayaan bahan berkenaan juga perlu dileraikan," katanya.

Apabila ditanya bagaimana proses pengalihan uranium itu akan dilakukan, pemimpin Israel itu menjawab ringkas: "Anda masuk dan ambil (keluarkannya)."

Bagaimanapun, kenyataan Netanyahu dilihat sedikit bercanggah dengan pendirian terbuka Presiden AS, Donald Trump.

Trump, yang kini berdepan tekanan domestik yang semakin meningkat untuk menamatkan peperangan tersebut, menegaskan bahawa program nuklear Tehran sudah pun terkawal.

Dalam satu temu bual berasingan, Trump menyatakan Iran sudah 'tewas secara ketenteraan' dan mendakwa uranium berkenaan boleh diambil 'pada bila-bila masa'.

Trump mendakwa lokasi bahan tersebut dalam pemantauan rapi dan memberi amaran jika sesiapa mendekati tempat itu, tenteranya akan letupkan kawasan itu.

Selain itu, Netanyahu turut menyatakan hasratnya kepada Trump untuk melihat bantuan AS kepada Israel yang kini berjumlah AS$3.8 bilion (RM17.9 bilion) setahun dikurangkan sehingga menjadi "sifar" dalam masa terdekat.

"Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita mula mengurangkan kebergantungan sokongan ketenteraan daripada Pentagon. Mari kita mulakan sekarang, dan laksanakan proses ini dalam tempoh sedekad akan datang," katanya.

Selain isu uranium, Netanyahu menggariskan beberapa objektif perang yang masih belum dicapai, termasuk isu kumpulan proksi yang disokong Iran serta penghasilan peluru berpandu balistik.

Beliau turut mendedahkan mengenai sokongan Beijing terhadap Tehran, khususnya dalam membekalkan komponen tertentu untuk pembuatan peluru berpandu.

Netanyahu juga berkata, jika Iran ditumbangkan maka ia akan membawa kepada pengakhiran kumpulan Hizbullah, Hamas dan Houthi.

"Keseluruhan kerangka rangkaian proksi pengganas yang dibina Iran akan runtuh jika rejim di Iran tumbang. Adakah ia mungkin berlaku? Ya. Adakah ia dijamin? Tidak," katanya. - AFP

Tiada ulasan: