WABAK KENCING
TIKUS ADALAH
SCAM GLOBAL
MACAM KOBID
AMIN
TUJUAN UNTUK
JUAL VAKSIN
AMIN
TUJUAN UNTUK
TAKUTKAN DAN
KAWAL RAKYAT
SATU DUNIA
AMIN
DISANA SINI
ORANG RAMAI
SELALU TURUN
KE JALAN RAYA
AMIN
INI BAHAYA
UNTUK KELAS
PEMERENTAH
AMIN
MAKA WABAK
KENCING TIKUS
DI MULAKAN
KHALAS
Hantavirus: P Pinang perketat pantauan pintu masuk antarabangsa - Exco
Pulau Pinang memperketatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa termasuk lapangan terbang dan pelabuhan, susulan penularan penyakit Hantavirus di beberapa negara Eropah.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi Zi Sen berkata langkah itu dilaksanakan selaras dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan sebarang risiko penularan penyakit berjangkit dapat dibendung lebih awal.
“Walaupun risiko penularan virus Hanta di Malaysia ketika ini adalah rendah, kita tetap mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memperketatkan pemantauan di pintu masuk antarabangsa dan meningkatkan kapasiti makmal bagi membantu pengesanan kes.
“KKM juga telah memaklumkan bahawa hanya strain tertentu virus itu menunjukkan potensi penularan antara manusia memandangkan ia merupakan virus zoonotik,” katanya kepada pemberita di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di George Town, hari ini.
Beliau juga menjelaskan protokol kesihatan di pintu masuk antarabangsa sebenarnya telah lama dilaksanakan termasuk penggunaan kamera inframerah bagi mengesan individu bergejala seperti demam.
Gooi berkata setiap pintu masuk antarabangsa utama termasuk terminal kapal persiaran di negeri itu turut mempunyai pegawai kesihatan yang ditempatkan secara tetap bagi menjalankan pemantauan dan pemeriksaan berkaitan.
Beliau turut memaklumkan berdasarkan data KKM, sebanyak 22,367 kapal dan bot telah diperiksa di pintu masuk antarabangsa seluruh negara bagi tempoh 1 Jan hingga 2 Mei lepas.
Dalam tempoh sama, katanya 2,421 sijil pratique dan 1,146 Sijil Sanitasi Kapal (SSC) dikeluarkan bagi memastikan kapal yang memasuki negara ini mematuhi keperluan kesihatan awam, sanitasi dan kawalan infestasi selaras dengan Peraturan Kesihatan Antarabangsa.
Semalam, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata Malaysia dalam tahap kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi ancaman penularan jangkitan hantavirus walaupun tiada kes melibatkan rakyat negara ini direkodkan.
Media antarabangsa melaporkan negara Eropah meningkatkan langkah pemantauan dan pengasingan selepas berlakunya wabak hantavirus yang dikaitkan dengan kapal persiaran milik Belanda, MV Hondius. - Bernama


Tiada ulasan:
Catat Ulasan