Isnin, 8 Jun 2026
HARI HARI AKHIR SAEKOR UMDAP
UMDAP HANCUR
ZAHID HANCUR
AMIN
BERSAMA KITA
GULINGKAN
ANWAR
BIN IBRAHIM
KHALAS
BN Johor tidak akan bersama DAP — Onn Hafiz
ISKANDAR PUTERI — Barisan Nasional (BN) Johor tidak akan bekerjasama dengan DAP jika diberi mandat semula untuk membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 ini, kata Pengerusinya, Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata pendirian itu adalah sebahagian daripada ketetapan politik gabungan berkenaan pada peringkat negeri ini.
“Jika diberi mandat sekali lagi, kita tidak sekali-kali akan bersama DAP dalam kerajaan. Ini bukan isu emosi atau perkauman, tetapi pendirian politik BN Johor. Saya lebih rela tidak memegang jawatan daripada duduk semeja dengan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN Johor yang disempurnakan oleh Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, di Stadium Educity, Iskandar Puteri, hari ini.
Onn Hafiz sekali gus menekankan bahawa pelbagai dakwaan dan persepsi politik yang berlegar dalam media sosial, perlu ditangani dengan fakta.
Katanya, rakyat Johor sudah matang, tahu menilai antara fitnah dengan fakta, termasuk dakwaan kononnya ‘BN dan DAP akan bekerjasama’, serta naratif bahawa kerajaan negeri tidak akan stabil.
Beliau turut menjelaskan, PRN Johor perlu diadakan lebih awal atas faktor-faktor tertentu termasuk keadaan kalendar sosial dan ekonomi yang padat pada tahun depan seperti musim perayaan, musim tengkujuh, serta cabaran cuaca dan geopolitik global.
“Bulan puasa, Tahun Baharu Cina, Aidilfitri serta musim tengkujuh akan menjadikan tahun depan sangat mencabar untuk pengurusan pilihan raya. Ditambah pula ketidaktentuan geopolitik global… kita memerlukan kestabilan lebih awal,” katanya.
Onn Hafiz turut mengingatkan jentera BN agar memperkukuhkan gerak kerja pada peringkat akar umbi, khususnya dalam mendekati pengundi muda dan memastikan pencapaian kerajaan negeri dapat difahami rakyat.— BebasNews
IRAN KUASA KE EMPAT DALAM DUNIA HARI INI
BRO
LU SUKA
LU TAK SUKA
IRAN ADALAH
KUASA KE EMPAT
DALAM DUNIA
SELEPAS AMERIKA
RUSIA DAN CHINA
KHALAS
Unknown commented on
"ISRAEL AKAN HANCUR"
bagus! biar hancur iran serta perkauman dan keganasan puak taliban! gua buat kenduri potong ayam serta kambing dan babi! kah kah kah!
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
SENIN 8 JUN 2026
PERANG HARI KE 100
GENCATAN SENJATA MASIH BERJALAN
IRAN BEDIL ISREAL
Ini berita baik – Iran telah melancarkan beberapa biji peluru berpandu ke arah Utara Isreal – dengan AMARAN HENTIKAN SERANGAN KE ATAS LEBANON.
IRAN KATA : Ini HANYA AMARAN – kalau berdegil banyak lagi peluru berpandu dan drone akan sampai.
Teram di Amerika berkata : GENCATAN SENJATA DI TERUSKAN kah kah kah – Perjanjian Damai akan di tanda tangani Senin atau Selasa atau Rabu ini .... kah kah kah TERAM BUAT LAWAK BERDIRI.
RUANG UDARA IRAQ dan IRAN di tutup – persediaan jika ada balasan dari Israel.
DUNIA makin gelabah HARGA MINYAK HARI INI BERAPA DOLAR SATU TONG ? kah kah kah
BERITA NGERI
Dari BBC Radio gua dengar air batu di Kutub Utara akan cair dalam tahun 2030 – lagi 6 tahun – Kemana BERUANG AIR BATU NAK BERHIJRAH ?
PRN & PRU
SUASANA SEKARANG ini amat baik – JIKA PRU16 BERJALAN – mudah menghasut – Amin
SELAT HOMUZ menjadi kunci - tol jadi dana untuk Iran – menjadikan KAUM KAPITALIS gentar jika rakyat mula bangun menyusun untuk gulingkan kerajaan zalim. Amin.
HARI INI semua nak tahu apa pendirian PN terhadap BERSATU. Apa pendirian PAS terhadap BERSATU – jeng jeng jeng.
HOKKIEN
Pagi ini kering segar – Matahari dah bersinar – langit masih kelam – KLCC di lihat berkabus . KL Sentral cerah sedikit.
Pagi ini jalan kosong hingga gua sampai ke Wakaf Pertama – baru Siti dan keluarga datang makan. Puppy Itam juga datang makan – tapi masih kurus.
Ketika gua bersenam di Wakaf Tiga Jantan Putih menghampiri gua - dia menjerit nak beri tahu dia dah sampai – lau gua beri hati dan keropok. Tak Tak menjalar menunggu gua.
Di Wakaf Pertama – Puppy Itam makin dekat – Gua beri dia hati ayam dan keropok. Tapai masih takut-takut. Siti tak muncul tapi Tiong Laki Bini datang makan sama. Gua gumbira.
Berjalan pulang di Pintu Masuk gua dengar suar MERDU kuat kekalidari atas pokok tinggi - Sioooooot Siooooot - suara merdu.
Kakak Indon yang sedang menyapu jalan berkata : Cantik sekali burung ini… suara merdu Sioooot Siooot - burung apa ini ?
Hari ini akan panas. Musim panas dah sampai, JUGA EL NINO akan datang sekali lagi. BERSEDIA! Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SENIN
BRO
Sekali berhari raya
Sekali lemang di ratah
Sekali pilihan raya
Sekali kita ubah
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Ahad, 7 Jun 2026
Langgan:
Catatan (Atom)






