Isnin, 8 Jun 2026

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

SENIN 8 JUN  2026

PERANG HARI KE 100

GENCATAN SENJATA MASIH BERJALAN


IRAN BEDIL ISREAL
Ini berita baik – Iran telah melancarkan beberapa biji peluru berpandu ke arah Utara Isreal – dengan AMARAN HENTIKAN SERANGAN KE ATAS LEBANON.

IRAN KATA : Ini HANYA AMARAN – kalau berdegil banyak lagi peluru berpandu dan drone akan sampai.

Teram di Amerika  berkata : GENCATAN SENJATA DI TERUSKAN kah kah kah – Perjanjian Damai akan di tanda tangani Senin atau Selasa atau Rabu ini .... kah kah kah TERAM BUAT LAWAK BERDIRI.

RUANG UDARA IRAQ dan IRAN di tutup – persediaan jika ada balasan dari Israel.

DUNIA makin gelabah HARGA MINYAK HARI INI BERAPA  DOLAR SATU TONG ?  kah kah kah

BERITA NGERI
Dari BBC Radio gua dengar  air batu di Kutub Utara akan cair dalam tahun 2030 – lagi 6 tahun – Kemana BERUANG AIR BATU NAK BERHIJRAH ?

PRN & PRU
SUASANA SEKARANG ini amat  baik – JIKA  PRU16 BERJALAN – mudah menghasut – Amin

SELAT HOMUZ menjadi kunci -  tol jadi dana untuk Iran –  menjadikan  KAUM KAPITALIS gentar jika rakyat mula bangun menyusun untuk gulingkan kerajaan  zalim. Amin.

HARI INI semua nak tahu apa pendirian PN terhadap BERSATU.  Apa pendirian PAS terhadap BERSATU – jeng jeng jeng.

HOKKIEN
Pagi ini kering segar – Matahari dah bersinar – langit masih kelam – KLCC di lihat berkabus . KL Sentral cerah sedikit. 

Pagi ini jalan kosong  hingga gua sampai ke Wakaf Pertama – baru Siti dan keluarga datang makan.  Puppy Itam juga datang makan – tapi masih kurus.

Ketika gua bersenam di Wakaf Tiga Jantan Putih menghampiri gua -  dia menjerit nak beri tahu dia dah sampai – lau gua beri hati dan keropok. Tak Tak menjalar menunggu gua.

Di Wakaf Pertama – Puppy Itam makin dekat   – Gua beri dia hati ayam dan keropok. Tapai masih takut-takut. Siti tak muncul tapi Tiong Laki Bini datang makan sama. Gua gumbira.

Berjalan pulang di Pintu Masuk gua dengar suar MERDU  kuat kekalidari atas pokok tinggi - Sioooooot Siooooot - suara merdu.
Kakak Indon yang sedang menyapu jalan berkata : Cantik sekali burung ini… suara merdu Sioooot Siooot - burung apa ini ?

Hari ini akan panas. Musim panas dah sampai, JUGA EL NINO akan datang sekali lagi. BERSEDIA! Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SENIN

BRO
Sekali berhari raya
Sekali lemang di ratah
Sekali pilihan raya
Sekali kita ubah

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: