Isnin, 3 November 2008

PEMBELIAN HELIKOPTER TERLALU MAHAL, DAKWA DIPENGARUHI PIHAK TERTENTU - berita hairan


SEREMBAN: Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah membuka kertas siasatan berhubung isu cadangan pembelian 12 helikopter Eurocopter C-725 bernilai RM1.607 bilion yang kini ditangguhkan bagi memastikan sama ada ia dilakukan mengikut prosedur.

Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkata siasatan itu dibuat berikutan kritikan sesetengah pihak mengenai harganya terlalu mahal dan didakwa dipengaruhi pihak tertentu.

"Siasatan kes itu diketuai Pengarah Siasatan, Datuk Shukri Abdullah dan baru dimulakan. Pegawai kami sudah ke Kementerian Pertahanan untuk mendapatkan maklumat berhubung isu itu kerana BPR mahu melihat sama ada ia dilakukan mengikut prosedur atau ada kepincangan.

"Jika wujud unsur rasuah, kita akan jalankan siasatan lanjut," katanya, selepas menghadiri Ujian Kemahiran Menembak BPR Malaysia 2008 di Lapang Sasar Mantin, semalam ketika mengulas laporan polis dibuat Timbalan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fariz Musa berhubung isu berkenaan.

kah kah kah…. badan pencegah rasuah ??... kah kah kah …. JIKA WUJUD UNSUR RASUAH, KITA AKAN JALANKAN SIASATAN LANJUT …. kah kah kah… jika wujud unsur rasuah… nak siasat lagi ??? …kah kah kah…

pelik ! ….kah kah kah … kalau dah wujud rasuh tangkaplaa BAWA KE MAHKAMAH… kalau dah wujud nak siasat apa lagi…. kah kah kah… siasat kerana nak tahu ada rasuah atau tidak…. kah kah kah….kalau dah wujud…. siasatan lanjut nak buat apa?….kah kah kah… nak tipu mak cik felda ke????.... kah kah kah… semua nak kelentong…kah kah kah….

semua nak bodohkan orang melayu…. woit cukuplaaaa…. hentikanlaaa….janganlah buat projek bodohkan melayu…. kah kah kah




17 ulasan:

Khun Pana aka johanssm berkata...

Beli helicopter lebeh untung dari jual helicopter .
malaysia boleh !

Tanpa Nama berkata...

mahal?mana ada mahal?tapi yang jelas memang ujud ada unsur-unsur cubaan hendak mencuri oleh pemimpin-pemimpin united malays national organisation yang merupakan PENCURI BESAR,yang telah mencuri hasil negara dan hak-hak rakyat sejak 51 tahun..jadi ini lah masanya untuk kita HIDUPkan SOSIALISMA..!

Tanpa Nama berkata...

mudah mengumpat dan beburuk sangka sesama kita.Belajar dari sejarah ada kemungkaran kita perbetulkan.

salam

Life2110 berkata...

bro,
a) cuba tanya your informer, what happen to saiful bahri tu..dah lama tak dengar cite le..masa kat election PP, hari2 kuar tv n paper.
b) BPR adalah pegawai yang menurut perintah dari ahli politik..pegawai kerajaan kebanyakan mempunyai kelulusan tinggi, sedangkan ahli politik kebanykan mempunyai ijazah dibeli..
c) Apabile ahli politik yang ada ijazah dibeli ditugaskan/dibayar utk membuat keputusan, maka keputusan yang diambil adalah berdasarkan berapa banyk keuntungan utk diri dia, keluaraga dia dan suku sakat dia..

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah..

memang la buat siasatan, lepas tu wujud la 3 ekor kambing hitam, dakwa bertaun2, lepas tu bebas..
skrip ulangan kes razak begindul je nih..

kah kah kah..

Tanpa Nama berkata...

Brother u dah hancurkan peluang orang Melayu nak jadi kaya raya.
Kalau prosedur pun tak ikut takkan tak ada penyelewengan. Mesti ada orang yang kena jawab.
Kalau harga pun tak betul takkan tak sengaja brother.
Biasa lah memanda menteri guna anak dan menantu.
Timbalan memanda ada bik mama'
Dengar khabar General udara kang kong pun guna anak menantu nak jadi CEO pusat merawat eurokopter di Malaysia.
Kahkahkah...menteri tipu, KSU nya pun tipu, Panglima udara pun tipu.
kalah perang , kalah perang brother. Semua kaki belit...kalah perang. Kalau BPR tak jumpa kat mana ada tipu nanti kita tunjuk camne nak korek. hahahahahahhahahah kita akan kalah perang.

Tanpa Nama berkata...

Apakah jika BPR dapat membuktikan ada kong kali kong dalam pembelian helikopter,Najis boleh didakwa? BPR dan pendakwaan terhadap Najis nampak tidak mungkin boleh berlaku. Bising sana bising sini boleh didengar saja,tak lebih daripada itu. Najis dah hampir ke puncak kuasa, tunggu senario 'muram' akan tiba.

asiseesit berkata...

At a project tender interview.

Interviewer: Your bid is 3 million. How do you justify your tender sum?

Korean tenderer: 1 million for labor, 1 million for materials and 1 million for expenses and a little profit.

Interviewer: Ok. Thank you. Next!

Tenderer 2

Interviewer: Your bid is 6 million. How do you justify your tender sum?

Japanese tenderer: 2 million for labor, 2 million for materials and 2 million for expenses and a little profit.

Interviewer: Ok. Thank you. Next!

Tenderer 3

Interviewer: Your bid is 9 million. This is way above everyone else. How do you justify your tender sum?

Malaysian tenderer: 3 million for YOU, 3 million for ME, and we get the Koreans to do it for 3 million.

That roughly sums up how our government gives out contracts.

Tanpa Nama berkata...

terlalu mahal?kitakan mampu berbanding negara India kakakka diorang beli dengan har murah sebab tak mampu..kakka mungkin kita dapat kapsul angkasa sebab kita mampu beli..kita mana ada inflasi kakaka..aman makmur nahi mungkar kakaka kita mampu ubahnya ikut selera kakaka ..kita mampu beli mahal pun kita mampu di mata dunia..Wow

Tanpa Nama berkata...

Eurocopter memang terlalu mahal. Siasatan harus dilakukan sehingga selesai. Semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak secara langsung termasuk menteri yang berkenaan juga harus disiasat seteliti mungkin... Ini adalah supaya kemungkaran dapat dibongkar satu persatu...Insya Allah...

Tanpa Nama berkata...

Abdullah sendiri mengakui ada "something wrong" dengan pembelian Eurokopter ini.harganya terlalu mahal.tak kisahlah jika ada macam pihak tengah yang menjadi perunding untuk pembelian ini mendapat komisyen jika pihak tersebut layak mendapatnya.yang tak seronoknya bila ada yang masuk ke dalam poket sendiri dan bukan kepada syarikat/kerajaan.

Shaharuddin Othman. berkata...

Siapa yang tak kenal dengan nama BPR.Ada pada nama sahaja tapi tak ada kuasa dan kekuatan sebab semuanya makan gaji buta.rumah besar,gaji mahal,wang banyakkk tapi takut pada menteri dari takut pada Allah.Hati2 mereka dah jadi kelabu dan mata duitan.Mereka tidak berani nak cari kebenaran.Belajar saja tinggi sapai peringkat phd tapi tiada martabat diri dalam soal halal n haram.

Shaharuddin Othman. berkata...

Semua orang kenal dengan BPR tapi tiada kuasa nak larang termasuk juga dengan pegawai2 mereka.Belajar kat oversea ambik phd tapi tiada martabat diri soal halal n haram.Mereka takut pada menteri jika hilang gaji yang mahal daripada takut pada Allah yang memberi razeki.

Tanpa Nama berkata...

Siapa ada hutang kad kredit yang nampak2 tidak terkawal, selesaikan, kinjungi
http://ccardsolve.blogspot.com/

pemikir lapuk berkata...

"Jika wujud unsur rasuah, kita akan jalankan siasatan lanjut," DAN KALAU ADA MLIBATKAN MENTERI KITA AKAN TUTUP FILE" KATA PENGARAH BPR@BUMI PUTERA ROCKER

Tanpa Nama berkata...

beli...beli..beli...jangan tak beli...jual...jual...jual...jangan tak jual...sementara ameno jadi pm,sementara ada undi dari makcik felda...lelong saja malaysia ini...kahkahkah...

eh rashid 'dakwat'spr mana pegi haa?apa cite mamat yang songlap dakwat tu,tak dakwa2 pun...cat merah umah rashid 'dakwat' spr tu dah buat tender cuci ker?

asiseesit berkata...

"Pegawai kami sudah ke Kementerian Pertahanan untuk mendapatkan maklumat berhubung isu itu kerana BPR mahu melihat sama ada ia dilakukan mengikut prosedur atau ada kepincangan."

Kami kesana berbual-bual and minum kopi dengan dokument yang besar terletak diatas meja sambil berkelakar sampai pukul 5.00 petang.

lagi, kuih muih dari RMAF canteen sungguh sedap nya. lebih enak daripada canteen kami di BPR.