SATU MALAYSIA WASPADA - FIRAUN MENIPU LAGI
MENYAMBUT CABARAN MAHATHIR – kenyataan resmi PKR
Walaupun kami tidak percaya Mahathir Mohamad serius, namun Parti Keadilan Rakyat (KEDILAN) mengalu-alukan cabaran beliau supaya pemerintah membentuk sebuah Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pendedahan Barry Wain dalam buku tebarunya bahawa di bawah bekas PM itu lebih RM100 bilion lesap akibat rasuah dan pembaziran.
Sebenarnya Mahathir mencabar pemerintahan Umno-Bn yang dipimpin oleh Najib Razak. Najib tidak perlu bertangguh-tangguh atau berdolak-dalik dan harus membentuk segera Suruhanjaya tersebut. Suruhanjaya itu hendaklah diberi bidang kuasa luas bagi menyiasat pendedahan Barry Wain dan juga mengkaji segela bentuk rasuah dan pembaziran yang dikaitkan dengan mantan PM Mahathir itu. Bahkan, jika perlu dan sesuai, Suruhanjaya ini boleh juga mengkaji segala yang belaku di bawah mantan PM Abdullah Badawi, sebgaimana didakwa dan didesak oleh Mahathir.
Sesuai dengan “cabaran” Mahathir, Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai bukan saja oleh hakim serta bekas hakim, tetapi juga tokoh-tokoh politik kerajaan serta bukan kerajaan dan tokoh-tokoh professional (misalnya dari golongan academia serta Majlis Peguam). Seharusnyalah ada jaminan supaya segala perakuan Suruhanjaya diambil tindakan oleh Kerajaan serta pihak berkuasa lain. Janganlah hendaknya ia ditimpa nasib seperti suruhajaya mengenai polis dan “Pita Lingam”.
Dr SYED HUSIN ALITimbalan Presiden PKR
25 Disember 2009
NAJIB DI GESA SAMBUT CABARAN MAHATHIR - malaysiakini
PKR menggesa perdana menteri menubuhkan suruhanjaya bebas seperti cabaran Mahathir Mohamad untuk menyiasat pendedahan dalam buku tulisan Barry Wain bahawa di bawah pentadbiran mantan perdana menteri itu, lebih RM100 juta lesap akibat rasuah dan pembaziaran.
Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, walaupun pihak tidak percaya mantan perdana menteri itu serius, namun PKR mengalu-alukan cabaran beliau itu.
"Sebenarnya Mahathir mencabar pemerintahan Umno-BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak.
"Najib tidak perlu bertangguh-tangguh atau berdolak-dalik dan harus membentuk segera Suruhanjaya tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, suruhanjaya itu hendaklah diberi bidang kuasa luas bagi menyiasat pendedahan Barry Wain dan juga mengkaji segela bentuk rasuah dan pembaziran yang dikaitkan dengan mantan perdana menteri itu.
"Bahkan, jika perlu dan sesuai, suruhanjaya ini boleh juga mengkaji segala yang berlaku di bawah mantan perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi, sebgaimana didakwa dan didesak oleh Mahathir," katanya lagi.
Sesuai dengan cabaran Mahathir itu, katanya, suruhanjaya tersebut hendaklah dianggotai bukan saja oleh hakim serta bekas hakim, tetapi juga tokoh politik kerajaan serta bukan kerajaan dan tokoh profesional, termasuk Majlis Peguam.
"Seharusnyalah ada jaminan supaya segala perakuan suruhanjaya diambil tindakan oleh kerajaan serta pihak berkuasa lain.
"Janganlah hendaknya ia ditimpa nasib seperti suruhajaya mengenai polis dan "Pita Lingam"," tegasnya.
KAH KAH KAH…kah kah kah…
FIRAUN INI KAKI KELENTONG… kah kah kah…
kah kah kah…
MALAOAN INI TAHU… ISTERI ROSMAH TAK KAN BERANI….kah kah kah…
woit…
ITU PASAL FIRAUN BERANI MENIPU LAGI…. kah kah kah…
woit…
SAJA NAK TUNJUK BERANI…. kah kah kah
woit…
SELAMA 22 TAHUN SATU MALAYSIA KENA TIPU…kah kah kah..
kah kah kah…
HAIRAN ! kah kah kah…
kah kah kah…..
ADA LAGI MELAYU YANG SEDIA KENA TIPU… kah kah